Saturday 27 January 2018

KERABU PEGAGA DENGAN SARDIN

Kerabu Pucuk Pegaga Bersama sardin
Lauk lunch tadi...
Selalunya mak aku akan buat KERABU SRDIN DENGAN PUCUK GAJUS macam kat sini...
Tapi hari ni versi Sardin dengan Pegaga 


Kerabu Pegaga mak aku dah selalu buat...
Pegaga da banyak jenis
Aku pernah tengo beberapa jenis pegaga..
Antaranya PEGAGA BIASA mak aku pernah buat
MASAK LEMAK PEGAGA IKAN MASIN kat sini...
KERABU PEGAGA GAJAH kat sini..
KERABU PEGAGA DENGAN ISI IKAN kat sini..
Selain daripada tu Pegaga juga banyak Khasiat..
Mak aku dah pernah buat JUS PEGAGA kat sini...

 
Kerabu Pegagag dengan Sardin..
Kerabu ni mak aku buat untuk dinner
Balik dari amik kakak kat Puncak Perdana petang tadi
Huhhh...dalam hujan lebat..siap banjir kilat kat Puncak Perdana..
Sepanjang jalan mak aku soh zikir sebab takut sangat air nai penuh jalan
Siap kon-kon yang kat tempat construction tu berenang2 tengah jalan..
Alhamdulillah sib baik selamat..


Daun Pegaga ni mak aku cakap Acik cleaner yang bagi..
Aku tengok daun dia macam daun teratai jer
Mmmmm mak aku cakap ni Pegaga Air namanya..
Oooo...macam teratai juga la hidup kat air



Mak aku cakap achik2 cleaner tu yang tanam pokok-pokok pegaga tu
Dorang petik bagi mak aku
Mmmmm...kan dah selalu citer
Achik2 cleaner tu baik2..
Selalu bagi ulam2 kat mak aku
Kalau bualn puasa siap petikkan pucuk2 ulam bermacam jenis untuk buat NASI ULAM..


Daunnya licin dan bulat-bulat

KERABU PEGAGA DENGAN SARDIN
2 mangkuk pegaga- hiris kasar
1 tin kecil sardin
1 bawang besar-hiris
1 limau nipis
sikit garam

Sambal Belacan:
10 cili padi
1sudu teh belacan

1. Tumbuk sambal belacan..( boelh guna cili padi hiris sahaja tetapi kalau sambal belacan lebih sedap)
2. Hiris daun pegaga
3. Campurkan daun pegaga,sardin bersama sosnya..bawang dan sambal belacan
4. Gaul sebati dan perah limau dan garam secukup rasa
5. Siap
 


Daun pegaga kena cuci betul2 sebab ada pasir


Daun pegaga hiris kasar..Mak aku cakap sebab nak bagi rasa daun pegaga.
Kalau anak dara mak aku cakap kena hiris halusw macam bunga rampai..hahahaha

Campuekan semua bahan termasuk sos sardin
Gaul rata sambil lenyekkan isi sardin
Sesuaikan asam dan garamnya..



Mmmmm......sedap...
Kakak pun suka...
Aku suka tapi x boleh nak makan sangat tadi sebab perut tengan x selesa...senak perut orang perempuan sebulan sekali..huhuhu..

Selain guna sardin..
Aku lagi suka bila mak aku guna tuna macam KERABU TUNA MAGIC kat sini...

No comments:

Post a Comment