Tuesday, 16 January 2018

ROTI JALA KUAH DURIAN


Roti Jala Kuah Durian
Mak aku masak pagi Ahad
Sebab hari Sabtu kan beli Durian Untuk Kakak
Malam tu mak aku buat Kuah Durian untuk abang...
Tapi abang balik dah penat..
Abang x makan pun..
Abang balik terus mandi terus tidur..
Kakak makan sikit Kuah Durian tu campur pulut
Kuah Durian masih penuh periuk.
Mak aku cakap sebab tu lah buat Roti Jala
Tapi pagi Ahad tu abang cakap kena masum kerja awal...x sempat nak makan Roti Jala ni
Abang minta tapaw..
Mak aku cakap kalau nak tapaw kena la bawa lebih sebab Kuah Durian bau dia kuat..
Nanti orang lain pun bau juga..
xkan abang nak makan sorang..
So..mak aku just tapawkan abang 1 tupprware Roti Jala & 1 bungkus kecik kuah durian.
Untuk kawan2 abang mak aku bungkuskan 1 plastik penuh Kuah Durian tu.
Pastu mak aku pesan pada abang soh beli sebungkus Roti Gardenia bagi kawan2 cicah ngan Kuah Durian tu..
Seperti kata perpatah "Hati Gajah Sama Dilapah,Hati Nyamuk Sama Dicicah"...
Haaaa  tapi yang ni mak cakap Kuah Durian sama dicicah roti
Abang cakap boss abang yang belikan roti dan makan ramai2...
Alhamdulillah...
Kata mak aku walaupun durian ni hanya 2 biji..
Tapi ramai yang pakat boleh rasa soranv sikit..
Moga Allah berkati rezekibyang sedikit inj..
Moga Allah berkati dan limpahkan lagi rezeki pokok durian berbuah lebat supaya kita dapat beli dengan harga yang lebih murah..
Hehehe...

Dulu kalau musim durian memang mak aku akan buat juga

 ROTI JALA
2 cawan tepung gandum
2 cawan air suam
2 sudu minyak
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau (jika suka)
** minyak  untuk sapu kuali

1. Blendkan tepung,air,telur,garam dan 2 sudu minyak hingga berkrim
2. Masukkan adunan dalam botol muncung.
3. Panaskan kuali dan sapu dengan minyak menggunakan tissu atau daun pandan
4. Picitkan adunan tepung membentuk bulatan dan berselirat
5. Bila permukaan kuih telah mengering
6. Lipat atau gulungkan roti jala



Kalau mak aku masak Roti Jala warna Hijau memang dah tahu mesti kuahnya manis
Sebab kalau Roti Jala Kari Ayam..
Maka ku akan buatkan Roti jala Kuning


Abang la paling suka Roti Jala...

Ni versi guna Acuan Roti Jala style lama..
Mak aku cakap doluw hanya ada acuan macam cawan bocor ni jer
Ada yang dibuat daripada plasti...ada juga yang dibuat daripada aluminium dan tembaga



Versi guna acuan cawan ni mak aku cakap kena pandai nak agak sukatan airnya sebab kalau pekat sangat adunan tu xnak turun ikut lubang2 tu
Kalau cair memang adunan senang nak turun tapi x cantik la urat-urat dia


Ni mak aku cakap versi guna  acuan cawan tu
Hahaha...banyak yang jala dia besar-besar..
mak aku cakap kalau urat jala tu lebar tu sebab kuali x cukup panas.
Bila menjala jer tepung tu akan meleleh dan lambat nak kering sebab kuali x cukup panas


Dah masak..angkat dan gulung kemas-kemas



Haaa..kalau guna botol ni mak aku cakap lagi mudah
Tak kotor dapur sebab adunan dia dalam botol
Tak macam guna acuan cawan tu....macam cawan bocor kan..
Akan ada la yang meleleh
Botol ni mak aku cakap selain digunakan buat roti jala
Juga digunakan untuk isi mayonis dan susu pekat  atau sos coklat untuk senang nak picit mayonis dan susu pekat atau sos coklat nak siram atas maknan


Ni versi buat guna botol corong tu
Urat lebih halus  dan kemas
Mak aku cakap kalau guna botol tu adunan boleh buat pekat pun dia x banyak songeh sebab kalau adunan tu pekat lambat nak keluar ikut monconng ....boleh picit botol tu ...haaa...kuar lah adunannya
yang penting mak aku cakap kuali kena panas..tapi jangan la sampai berasap



Roti Jala dah siap untuk dimakan bersama kuah


Ni mak aku buat versi macam tikar
Rasa dia sama jer
Cuma corak jer lain



Makn ngan Kuah Durian



Versi aku..
Bubuh kuah banyak2 dalam mangkuk
Selamkan roti jala macam nak jala ikan
Aummmmm....!!!

KUAH DURIAN
10 ulas isi durian
2 kotak santan + 8 cawan air
( kalau santan fresh guna 10 cawan)
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula putih
1 sudu teh garam
2 daun pandan

1. Campurkan isi durian bersama santan air dan daun pandan
2. Masak hingga mendidih.
3. Tambah gula pasir,gula melaka dan garam
4. Masak hingga mendidih sekali lagi
5. Matikan api
*** Kuah Durian akan lebih pekat apabila dibiarkan sejuk


Sebelum ni mak aku dah selalu juga masak Roti Jala Kuah Durian..
Dah pernah post ROTI JALA KUAH DURIAN kat sini...
Tapi tu sebelum 2017 la..
Rasanya post tu 2016..
Tahun 2017 mana ada post pasal durian kecuali pasal  SEBIJI DURIAN & LUAHAN PERASAAN kat sini....
Itupun  dah hujung tahun dah...
Yer la kan....kan ramai orang yang suka durian pun terpaksa memendam perasaa  rindu yang membara pada durian pada tahun 2017..
2017 adalah Sejarah kenangan pahit untuk hantu durian..
Hahahaha....

UPDATE:
Sebab tengok ramai pageview about entry ni..
Aku link kan juga ROTI JALA PINKISH kat sini....
Kot ada mak- mak nak wat birthday gegirl tema pink ker...
Sekarang (Julai 2018) durian tengah murah ni..
Heee...ok...bye

3 comments:

  1. sedap nye...akak panggil serawa durian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa....nenek kitef pun panggil serawa jugak...abang jet cakap kuah durian..heee

      Delete
  2. sedap. dan santan durian sedap too tempoyak sedap tu..

    ReplyDelete