Tuesday 10 August 2021

PULUT KUNING SELAMATAN & GILA YANG TIDAK GILA...!

 

Pulut Kuning Rendang Ayam 


Semalam punya story.Hari terakhir 1442H
Asalnya entri ni nak tulis pasal cara masak pulut kuning untuk KAK MIM....
tapi belum terkongsi.Saya dah ambil video masak pulut kuning tu tapi nak minta tolong Cella edit dulu supaya lebih jelas.Saya rakam sorang-sorang sambil masak,lintang pukang jadinya.Tu nak minta Cella cut mana yang patut.Saya memang tak reti langsung..hihihi.
So,dah ada pic pulut ni..tulis pasal ni dulu lah..

Sebenarnya dah dekat sebulan niat nak masak pulut kuning ni.Hari tu plan nak masak masa birthday Adah,tapi Ada & abangnya demam.Tangguh dulu la.Tapi memang berniat dalam hati nak buat.
Sekali,sedar-sedar dah hujung Zulhijjah.Sebelum melangkah tahun,lunaskan dulu niat.Walaupun niat dengan diri sendiri,tapi takut pula menjadi  dosa jika diabaikan

Makanya semalam lepas la sudah niat tu.Disamping makan keluarga sendiri,panjangkan juga untuk beberapa orang jiran.


Saya hanya isi dalam 15 pack sahaja.
Ops..17 pack..
Lupa sebab lagi 2 pack tu dah  bagi awal-awal kat jiran bujang 2 orang sebelah ni.Dalam pukul 7.²⁰ pagi dengar depa buka pintu nak pi kerja,kelam kabut saya panggil suruh tunggu sekejap nak bagi pulut kuning.Pastu baru sambung bungkus yang lain.
Masa saya hantar untuk security guard perumahan kami ni,ada 5 orang kat pondok tu teasuk 2 orang pak guard.Nasib baik saya bawa 6 pack.Bagi pak guard tu 2 pack.1 untuk sorang visitor yang sedang menulis buku pelawat.Ada sorang akak cleaner Indonesia.Masa bagi tu akak tu tanya ..."Berkat untuk Selamatan ke dik?"
Dari situ la saya namakan pulut kuning selamatan..Hihihi
Jumpa pula dengan sorang penduduk perumahan sebelah.Orang cakap dia gila.Tapi bagi saya dia bukan gila tapi mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan fikiran dia(hihihi..nak kategorikan apa tu?)
Orangnya berkulit gelap,cegas & paling istimewa saya perhatikan sejak sekian lama,penampilannya sangat kemas & bersih.Kemeja kemas bergosok,seluar bersih & bersepatu.Kalau pakai T-shirt pun berkolar,berseluar jeans bersih & siap berkasut sport.Pernah nampak dia berbaju melayu sepasang tanpa sampin,tapi tetap kemas.Sekali pandang memang langsung tak nampak perbezaan dia dengan lain-lain kakitangan kerajaan dipersekitaran perumahan  kami ini.Saya tidak pernah menegur dia.Tapi semalam berselisih betul-betul depan kedai runcit mamak tu.Saya hulur 1 pack pulut kuning kepadanya & dia terkejut,tapi terus menyambut & pantas mengucapkan "thank you!! "
Firasat saya semakin kuat mengatakan dia tidak gila ..Pasti ada cerita yang tidak saya tahu disebaliknya..!



8 comments:

  1. Alhamdulillah
    Rezeki dikongsi bersama
    Semoga bertambah melimpah ruah rezekinya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Berbahagi rezeki. Moga berlipatganda keberkatannya.
    Misteri juga orang itu ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...selalu nampak dia berkawad sepanjang jalan

      Delete
  3. Mungkin si gila itu orangnya kuat berfikir. Gila berfikir la kot, tapi orang yang begini ahli syurga, kan. Maafkan sy jika salah.

    Sy pun tgh berangan nak buat pulut kuning, tapi berangan jer la.. order lagi senang kot 😂😂

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki dikongsikan bersama. Sedapnya pulut kuning makan dengan rendang. Setiap pemberian bungkusan pulut dan rendang ada ceritanya. Semoga dimurahkan rezeki akak sekeluarga. Aaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Insha Allah ..
      Amiiinnn...
      Terima kasih Azhafizah

      Delete