Saturday 14 August 2021

LEMPENG CICAH KACANG KUDA PEDAS

Jalan ke Johor hingga ke Sabah disajikan lempeng cicah asam pedas la,cicah sardin la...makan dengan kuah durian pun hado..,maka kita pun terjangkit melempeng juga...hihihi


Lempeng dengan kacang kuda pedas.


Ni pengaruh Indian Street Food.Nampak berselera mereka makan roti leper macam roti naan tu cicah dengan aloo gobbi & masala kentang untuk vege & yang muslimnya disajikan dengan keema kambing.Aduh terliur sungguh..!

Saya olahkan kacang kuda sebagai cicahan.Kadang kuda dalam tin ready to eat.Dah lama beli tapi tak digunakan.Ni dah dapat idea nak makan dengan lempeng,berguna juga lah kacang kuda tu..


Saya punya.
Lempeng dengan kacang kuda pedas vs kopi 0 pekat.Lepas makan jantung berdebar bagai berlari pecut  100 meter.Kuat juga kafien dalam kopi cap gantang ni..

Lempeng saya....hihihi
Tak kemas langsung.Tak boleh lawan kekemasan lempeng Cikgu Amie & tak secomel lempeng Yusarima.
Saya hanya guna sukatan  2 ½ cawan tepung gandum cap kunci + 3 cawan air suam +1 telur ,1 sudu teh garam & 2 sudu minyak.Blend hingga creamy & biar 1 jam sebelum melempeng.



Guna kuali melengkung ni saja.Kuali non stick besar takdak.Yang ada hanya nonstick saiz mulut cawan sahaja untuk masak pancake.Saya hanya tuang sesenduk bancuhan & ratakan dengan belakang senduk.



Pastu masak pula kacang cicahan  kuda ni

CICAHAN KACANG KUDA PEDAS
1 tin kacang kuda siap rebus
2 biji kentang- dadu
1 bawang besar-dadu
1 sudu serbuk cili
1 sudu rempah kari
½ sudu teh jintan manis
½ sudu teh jintan putih
1 kiub ikan bilis
1 tangkai daun kari
1 pokok daun ketumbar/daun sup
Minyak

1. Panaskan ¼ cawan minyak & goreng kentang dadu hingga masak.Ketepikan

2. Dalam minyak yang sama,tumis daun kari & bawang dadu & jintan.

3. Masukkan serbuk kari & serbuk cili serta sedikit air.Masak.hingga naik minyak.

4. Tambah kiub bilis,kentang,kacang kuda & air kacang kuda secukupnya untuk mendidih.

5. Bila pekat,kecilkan api & biar mendidih perlahan  supaya naik minyak.Tabur daun ketumbar cincang.Tapi saya hanya ada daun bawang.


Licin....
Alhdulillah....

14 comments:

  1. Wah! Lempeng tiga penjuru!
    Apalah yang ada pada kecomelan hihihiiii... yang penting sodap, masuk perut dan mengenyangkan. Seronoknya jalan sana jalan sini, jumpa lempeng pelbagai rupa tapi tetap menggamit selera!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau sedap & cantik kemas,kan pakej lengkap...Nanti saya akan cuba buat kemas macam cikgu

      Delete
  2. Hah.. siapa kata tak comel. Bukan sahaja cantik lempengnya, dicurah pulak kacang kuda pedas tu, presentation dah macam food review tau. Bak kata Kak Amie, menggamit selera gitu

    ReplyDelete
  3. Wow... pengaruh rakan2 sebaya sungguh la.. hihihi... cantik dh presentation akak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kan....
      Bukan rwmaja sahaja midah terpengaruh oleh rakan sebaya...Remaja purba pun...hihihi

      Delete
  4. Kak lin pun sama, jantung laju tiap kali minum kopi..
    Tp, lempeng dgn kopi mmg best fren.. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...kopi juga yang best.
      Tapi tu la,kata kopi ada antioksida tapi kalau minum macam kelemasan dalam oksigen pula..hihihi

      Delete
  5. Sana sini ada citer pasal lempeng la....terus teringin nak makan lempeng

    ReplyDelete
  6. Tengok pun dah terasa2 sedapnya. Bakal dicuba hujung minggu nanti. Terima kasih atas perkongsian resepinya mak cella.

    ReplyDelete