Wednesday 11 August 2021

KIRIMAN CEMPEDAK .


Durian dah beransur,cempedak pula menyusul.Harga kat KL sekitar RM15/kg untuk cempedak kawin & RM10 untuk cempedak kampung.Saya belum beli lagi cempedak musim ni.Tapi Alhamdulillah dah merasa coq cempedak..


Dapat kiriman cempedak by helikopter ni🤣🤣🤣

Dua biji..tapi buah yang belum masak la..Kalau kirim buah masak memang tak lepas sebab ada bau.Cempedak pulak baunya boleh tahan.

Dulu sebelum PKP senang nak berkiriman bila-bila masa sebab bas ekspres banyak.Selain cepat,ia juga menjimatkan.Tuan badan takyah naik bas,kasi barang sahaja kat perut bas. 
Dalam 7 jam dah dapat.Tapi bungkus la elok-elok barang tu & patut-patut la nak kirim pun..
Pastu huloq la skit habuan upah...hihihi


Semalam buah cempedak dah masak.Patutnya isi dia oren-oren skit tapi ni kuning ja

Bau dia semerbak

Perisi ,simpan dalma bekas,masuk peti ais.Boleh la dua kali goreng lagi ni.

Dah dua kali dah goreng cempedak.


Yang sepinggan lagi letak belakang sikit sebab hangus skit..Hihihi teralit.
Goreng cempedak sambil tengok berita kat TV...hihihi



Tapi cempedak tu bukan pokok ni..Ni pokok pusaka  arwah  tokwan.Yang kiriman tu pokok kat rumah kampung mak.
Tahun ni buah cempadak tak lebat.Tahun lepas lebat sampai ke pangkal.
Semalam Achik share pic balik kampung.Tapi ni kampung lama,kampung arwah tokwan.Tempat saya dilahirkan & dibesarkan hingga habis sekolah rendah.Masuk sekolah menengah,kami dah pindah ke tanah mak kampung sendiri.

Pokok cempedak ni lebih tua dari umur saya,sebab seingat saya dari kanak-kanak lagi pokok cempedak ni dah berbuah.

Pokok manggis ni pun seingat saya memang dah ada & setiap tahun berbuah.Paling saya ingat dulu selalu berebut buah yang belum masak dengan sepupu,Malik & Ina.Depa ngelat.Ajak kait ramai-ramai & campak dalam rimbunan semak pokok duri semalu untuk peram konon.Tapi depa dua orang tu selalu curi  ambil buah kami bila dah masak...Sampai la ni ingat tau..!
Hihihihi..

Paling sedap buah yang baru masak merah & belum hitam kulitnya

Isinya masih keras & rangup...Oh,sedapnya..!
Semoga Allah ganjarkan pahala untuk arwah tokwan Hj Awang bin Bakar(1900- 1983) & arwah tok..Aminah ( tak ingat nama penuh) yang meninggal di Mekah 1975
(saya tecik lagi masa ni) tak ingat .Mak yang cerita.



7 comments:

  1. Penuh berisi cempedak tu ye. Sporting betul buah-buahan... durian berlalu, cempedak ambil tempat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...sedap ayat tu..Buah-buahan pun sporting...

      Delete
  2. Tahun 75 tu, tahun sy lahir. Sy pun berapa kali goreng cempedak tahun ni, untung tu dapat cempedak penuh isi

    ReplyDelete
  3. Wah.. jarang2 berjaya beli cempedak yg isinya padat mcm ni.. tp jrg sgt plk sempat digoreng.. sdpnya!!

    ReplyDelete