Friday 6 August 2021

IKAN DORY GORENG TEPUNG vs SUP TELUR

Hari ini kebizian.Baru balik.Baru nak lurus kaki.Azan Asar sedang berkumandang.Sambil tanak nasi.Belum fikir nak masak lauk.Buka blog sat.Tengok galery ..Ada gambar lauk semalam.


IKAN DORY GORENG TEPUNG
1 keping besar fillet ikan dory beku.
1 cawan tepung pedas Bestari
Minyak 

1. Defros ikan dori & potong kiub besar-besar.Ni saya guna 1 keping sahaja fillet ikan tu.Potong petak dapatlah dalam 10 ketul
2.Dah defos fillet ikan tu,gaulkan dengan 2 sudu tepung pedas Bestari.Baki air pada ikan akn buat ikan bersalut pes macam pisang goreng.Biar 1 jam supaya ikan menyerap perisa tepung..

3. Masukkan ikan dalam plastik,tuangkan lagi 1 cawan tepung pedas Bestari  yang kering & goncangkan plastik hingga ikan bersalut tepung.Setiap kali masukkan tepung dalam plastik & goncang mesti ingat..sebap tip tu dari YUSARIMA IBARAHIM ..hihihihi.

4.Pastu gorenglah macam buat pisang goreng.Masak sampai garing rangup

Garing diluar,juicy di dalam..Memang sedap


Pastu masak sup telur ni untuk anak-anak.Saya tak suka sup.Kalau sup ekor & sup perut saya suka.Tapi suka ratah sahaja.So,buat 3 biji telur sahaja untuk 3 beradik tu.

SUP TELUR 
3 biji telur
1 batang carrot
2 biji kentang
3 tomato ceri -belah dua
½ kiub ikan bilis 
¼ bawang besar cincang
1 bawang putih-ketuk
3 hiris halia muda -racik
Sikit minyak,garam & lada sulah
1 pokok daun bawang
1 pelepah daun sup


1. Panaskan anggaran 2 sudu minyak & tumis,bawang besar,bawang putih & halia.


2.Masukkan 3 cawan air & kiub bilis,kentang,carrot & tomato.


3. Bila mendidih,perlahankan api & masukkan telur sebiji demi sebiji.Jarakkan telur agar tidak melekat antara satu sama lain.Biar mendidih gongga telur masak.


4. Tambah garam,lada sulah & daun bawang.


5. Sesuaikan rasa & tabur hirisan daun sup.


Bubuh sup sorang semangkuk kat depa.Sorang sebiji telur + sayuran & kuah.Depa dua beradik tu kata sedap.Licin depa makan.


Semangkuk simpan untuk Adah.Juga simpan 3 ketul ikan dory goreng tepung.Kesudahannya terbazir sebab sampai pagi tadi nampak masih elok bawah tudung saji.Agaknya dah kepenatan dia terus mandi & tidur.Tak makan sesiap sebelum balik.Ikan dory tinggal seketul sebab dah di ratah Cella & abangnya.




4 comments:

  1. Hihihi.. tip tu sy share kat tuan tanah lama, kan.

    Sedap ikan dory goreng, lama tak makan 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul...
      Tak ingat masa tu saya masak apa tapi yang perlu breaded la...Bila dah tau tip tu..sampai la ni saya praktik..Ilmu baik yang dikongsikan in sha Allah menjadi pahala berpanjangan.

      Delete