Saturday 28 August 2021

BUAT KUIH BOM INTI KACANG

 

Hari ni sudah berjaya melawan rasa malas...


Buat kuih bom untuk minum petang.


 
Kuih bom inti kacang 
Bukan kacang merah.Tapi kacang hijau tanpa kulit aka mung bean.

Mung bean atau kacang hijau yang sudah dibuang kulitnya.


Rupa dia macam ulundu dal pun ada Macam isi halba pun ada kan.Tapi ni isi kacang hijau.
Untuk inti kacang hijau ni boleh tengok step by step dalam old post 


Eh,tengok kuih peria kat oldpost tu,teringin pula nak buat kuih peria lagi.
Hihihi ..

Inti Kacang Hijau
1 cawan kacang hijau split
1 cawan air
½ cawan gula
¼ sudu teh garam
1 helai pandan.

1. Basuh & rendam isi kacang hijau beberapa jam supaya lembut.

2. Masuk kacang hijau dalam periuk + 1 cawan air.Masak hingga mendidih.

3. Bila mendidih,tutup periuk & matikan api.Biar ½ jam.Nanti air akan kering diserap kacang & kacang akan lembut.

4. Setelah kacang agak sejuk,lenyek kacang & + gula,garam & pandan.Masak hingga kental.

5. Sejukkan kan & bulat-bulatkan inti mengikut saiz yang diingini.

Inti dah siap.Bulat-bulatkan sebesar fishball


Tepung pulut,sebiji kentang lenyek & sikit garam.

Masukkan air sikit demi sikit & uli hingga jadi dough yang bokeh dibentuk.Hari ni tak sukat pulak tepung & air.Main agak sahaja.Tapi guna tepung pulut,sebiji kentang rebus dilenyek ,sikit garam & air agak-agak sahaja sampai dough boleh bentuk 

Bahagi dough sama banyaj agak-agak jumlah inti.Balut bebola inti dengan dough tepung.

Celup sekali lalu dalam air & golekkan pada bijan.

In sha Allah bijan lekat elok


Masukkan minyak dalam kuali.Masukkan bebola kuih ,kemudian baru hidupkan api.Api perlahan sahaja.
Dengan cara ini in sha Allah kuih tak meletup.

Tapi hasil hari ni tak berapa kemas.Bebola tak sama besar sebab main cubit sahaja dough..ada M,ada L...hihihi.


8 comments:

  1. Wah rajin cik adik ni mengolek2 bomb bijan. Kuih homemade ni keenakan mmg power kena pulak buat sepenuh kasih sayang. Semuga bertambah kerajinan dan murah rezeki dari Allah SWT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      Kena mood rajin kak anje.Kalau kena mood malas ...kelaut dalam jadinya...
      Amiin atas doa yg baik.Semoga kebaikan juga kepada pendoanya

      Delete
  2. sedapnya kuih bom!
    kalo kat teganu kuih bom inti sambal ikan.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang inti ikan tu sedap kan..Kuih Paung ke apa namanya @ Ganu

      Delete
  3. Replies
    1. Saya pun kala kerajinan menjelma jer buat.Kalau tak...membeli juga..hihihi

      Delete
  4. Teringat kelas masak... buat kuih bom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh...kongsi la resipi ..Tapi resipi berbayar boleh ke kongsi?

      Delete