Monday 21 June 2021

WAJIK PULUT PUTIH

 Tiba-tiba rasa nak makan sesuatu yang manis.Tapi tak mau la makan gula pasir tu.Hihihi...


Eh,jumpa dalam draff & tarikhnya baru jugak lagi.Sah,saya pelupa.Ingat dah post pasal ni.Rupanya belum.

Wajik Pulit Putih.Wajik gula merah & wajik gula melaka dah biasa.Wajik putih ni favourite saya.Saya suka bau harum asli & warnanya juga putih memikat.



WAJIK  GULA PUTIH  BERKILAUAN
1kg pulut
1kg santan (anggaran 4 cawan santan pekat)
1kg gula pasir putih
3 ketul gula batu (anggran sebesar ibu jari kaki) 🤣
1 sudu teh garam
3 helai pandan
bunga rose/melur ( jika suka)

1. Pulut dibersihkan & direndam semalaman & sekurang-kurannya 4 jam
2. Kukus pulut hingga masak. Setelah masak biar sejuk

3. Masak santan, gula batu, gula pasir, garam & daun pandan. Kacau sentiasa hingga pekat. Mula-mula mendidih buihnya laju.. Bila pekat buihnya perlahan. Air gula bersantan akan jadi buih-buih pekat.

4. Masukkan pulut kukus kacau sebati.
**Gula pekat akan kembali cair selepas mashk pulut. JANGAN risau. Terus kacau hingga pekat semula & semua pulut bersalut

5.Bila sudah kental, . Masa mengacau bergantung kepada jumlah pulut.Kaut & masukkan dalam loyang @ bekas acuan yang diingini.Biar sejuk  sebelum tutup Untuk haruman asli ,tabor bunga kesukaan & tutup beberapa jam untuk haruman diserap kuih.

6. Biar sejuk sebelum dipotong @ dihias untuk majlis special...

***Wajib guna gula batu untuk dapakan effect berkilau . 


Berkilat.Kesan penggunaan gula batu.


Guna plastik cling supaya mudah nak keluarkan dari bekas.


Yang atasnya tu rose bud.
Warna pulut lebih jernih untuk yang ini berbanding sebelum ni.Saya pernah buat & pernah ceritakan kenapa saya sukakan WAJIK GULA PUTIH....kat sini
Resipi nu pun c&p dari situ.Cuma bunga ros kering tu kali ni warna kurang cantik sebab bunganya sudah lama.Tapi masih harum .
Ok,nak ke dapur jap.Nak masak sesuatu yang manis...Hihihi


8 comments:

  1. tiba tiba teringat arwah mak
    biasa raya mesti mlm baru kacau wajib gula merah
    akak suka mkn yg lbaru masak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkan ....
      Saya dulu tak suka wajik.Mungkin sebab mak selalu sangat buat.Bila dah mak tak mau buat lagi dah,baru rasa teringin nak makan...kena la buat sendiri...hihihihi

      Delete
  2. Nampak cantik berkilat. Oooo...rupanya gula batu boleh bagi kilat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia cikgu...Itulah antara tips nya..Semoga bermanfaat

      Delete
  3. Tetiba teringat arwah nenek..dia suka buat wajik ni..tapi guna gula melaka la...akak kureng skit wajik sebab x suka manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA tak perlu makan manisndah sebab sudah cukup manis..hahaha cia cia cia...

      Delete