Friday 25 June 2021

SERAWA PISANG NANGKA MAKAN DENGAN CREAM CREAKER

Beberapa hari lepas pesan anak bujang tolong belikan pisang raja @ pisang nipah kat pasar.Takdak...!

Pesan pula suruh dia pilih pisang nangka sesikat.Pesan suruh pilih yang masih keras kerana saya nak buat pisang goreng.Alhamdulillah dia bawa balik pisang nangka yang sudah masak tapi masih keras & sesuai sangat digoreng buat cemilan petang...



Tapi kesudahannya kesibukan berBDR + tak bersungguh nak masak.Maka pisang tu merajuk lalu masak sendiri sampai dah agak lembik.Jadi akhiran pisang nangka tu adalah serawa.Semalam punya story.

Cara saya makan serawa wajib kena ada biskut kering.Makan waktu petang semalam,boh biskut masin keras ni.

Paling biasa ..inilah biskut cream creake.Ni mentong waktu maghrib semalam.


Kalau serawa plain tanpa biskut,bagi saya kurang umph..!


Kalau makan serawa plain,takdak texture.Makan pun senyap sunyi ja..Cedok,suap,telan...
senyap sunyi..hihihi


Haaa..makan dengan cream creaker baru feel..slrup...krup..krap..
krup..

SERAWA PISANG NANGKA
10 biji pisang nangka 
1 kotak santan
3 sudu sagu - basuh & rendam 15 minit
2 helai pandan
2 keping gula melaka+ gula pasir secukup manis
1 sudu teh garam

1. Pisang hiris + 5 cawan air & masak bersama pandan  hingga mendidih.

2. Tambah garam & sagu & biar mendidih hingga sagu jernih

3. Masukkan gula melaka  hiris & tambah gula pasir jika kurang manis.

4. Akhir sekali,masukkan santan kotak & kacau rata serta perlahankan api.Biar mendidih sekejap & matikan api

**Masak beberpa jam awal sebelum makan supaya pekat & sedap dimakan.Saya masak waktu tengahari untuk makan waktu petang.

Hasil hirisan 10 biji pisang nangka.


Sebenarnya sebab beberapa hari lepas ternampak serawa pisang nangka kat Lahad Datu nun....terus jadi terliur...
Ketamakan kerana sudah agak lama tidak masak manisan,menggoda saya untuk masak seperiuk serawa pisang ni.Natijahnya sejak semalam dok pulun makan hingga harinni masih ada ½ periuk lagi.Semuanya salah anak-anak bertuah 3 orang tu sebab depa langsung takmau jamah.Sesudu pun depa tak usik.Huhuhuhu...!

Dah bermangkuk saya makan.Sia-sia sebulan bulan puasa takmau masak kuih & manisan konon nak kurangkan gula.Tapi dua hari ni bermangkuk manisan saya bedal...huhuhu..

Depa sanggup makan biskut kosong ni.Bila suruh makan ngan serawa depa tak mau..!
Kalau saya tau,baiklah semalam lepas masak,hantar kat jiran,kiri,kanan & depan tu.Ni dah makan dah,takkan nak hantar kat lebihan kita..Memang tak la jawapannnya.Baki lagi ½ periuk tu tak tahu apa nasibnya.Pasni tak mau duat dah serawa pisang...huhuhu!
Ya ka tak mau buat..????


6 comments:

  1. Hahahaaa... orang Lahad Datu asyik tercari-cari pisang nangka!
    Dulu-dulu celup biskut dalam air kopi, air milo dah cukup lazat! Apa lagi dapat celup dalam kuah serawa pisang yang lemak manis! Masuk freezerlah serawa lebihan tu. Bubuh dalam bekas plastik yang kecik2 tu. Kalau nak makan, keluarkan satu. Lama-lama habislah heheheee. 10 biji pisang nangka tu memang banyak sungguhlah kalau sorang nak habiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...kalau dekat boleh buat batter trade..tukar pisang nangka dengan pisang nipah...

      Delete
  2. Replies
    1. Kalau kat tempat saya pengat pisang tu macan talam pisang la.Tapi bila dah dok KL dah faham kebanyakan panggil serawa sebagai pengat..hihihi

      Delete
  3. Klu saya lauk tgh hari tk masak lagi,pengat pisang buat sarapan.letak semangkuk dulu dlm fridge bagi sejuk,baru makan.klu ada biskut mmg layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan makan sejuk-sejuk.Layan dengan biskut pulak.Kalau hujan makan serawa panas dengan biskut..aum

      Delete