Wednesday 9 June 2021

SARAPAN LEMPENG CAIR


Sarapan lempeng cair.
Cicah asam pedas.


Sesekali makan lempeng cair,sedap juga.

Baki kuah asam pedas ikan pari.Ada baki ikannnya pun yang bahagian tepi tu dua keping takdak sapa nak ambil.Berulang kali panaskan sampai dah bergulung dah ikan tu.

Cuma hari ni lempeng tak berapa nak kenyal.Mudah koyak.Sebabnya guna tepung rose baki stok buat cookies raya hari tu.Memang tepung rose ni sesuai untuk buat biskut,tapi kalau nak buat lempeng elok guna tepung gandum biasa yang lebih berglutin & bila kita adun dia pekat & kenyal elok.Kalau nak buat lempeng cair ni bila bancuh dia macam tak melekit tak bergam.


Guna tepung rose ni lain kali  mungkin kena kurangkan sukatan air kot.

LEMPENG CAIR
3 cawan tepung gandum
3 1/2cawan air( bergantung jenis tepung)
1 telur
sikit garam
2 sudu minyak
sikit minyak lagi untuk sapu kuali

1. Blend semua bahan tu hingga berkrim
2. Jika guna kuali biasa sapu sikit minyak & dadarkan kuih sesenduk demi sesenduk..
3.Jika guna pan..just sapu minyak sekali sahaja masa dadar pertama..
4. Buat hingga selesai  & boleh hidang dengan sambal tumis,asam pedas,kari atau sambal sardin


6 comments:

  1. Favourite kita ni, kalau makan dengan asam pedas memang bergenang kuah, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🎼Bergenangggggg....
      Air mata ini....🎶

      😁Ingat dak lagu ni ..zaman SK remaja ourba dulu.....hihihi

      Delete
  2. Uish.. rare ni cicah asam pedas.. selalu sy cecah kari @ susu je.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cicah macam-macam.Cicah sardin sedap...Kari pekat pun sedap.Susu pun sedap.Eh,cicah coklat cair pun...hihihi

      Delete
  3. Banyak kali berangan nak melempeng asyik tak jadi sebab Encik Suami asyik beli nasi kuning untuk sarapan pagi.
    Zaman remaja purba di kampung, selalu buat lempeng cair cecah kuah durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah....cicah kuah durian sedapnya...Macam roti jala la pulak...Bilanla durian nak turun harga

      Delete