Friday 25 June 2021

SAMBAL TEMPOYAK PETAI BEKU

 Minggu menyambal..Serius sepanjang minggu lepas & minggu ni tiada hari tanpa sambal..


Sambal tempoyak petai beku


Tak dapat makan durian,dapat makan tempoyak pun jadilah,hilang kempunan walaupun bau tempoyak  tidak lah sesegar durian


Masak tempoyak petai ni hanya guna petai beku.


Tak ingat petai bila punya.Tapi kalau tengok bijinya yang agak kecil tu rasanya ni petai yang beli masa balik kampung awal bulan Januari  sebelum PKP 2021.Dah ½ tahun dah.

TEMPOYAK PETAI BEKU
1 mangkuk petai beku
1 cawan tempoyak
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 helai daun kunyit
minyak

Bahan Blend kasar:
1 mangkuk cili padi merah
2 batang serai
1 ketul kunyit segar(jika tiada gantikan 2 sudu serbuk kunyit)
1 mangkuk bilis bersih
1 bawang besar

1. Panaskan minyak & tumis bahan blend.Tambah garam,gula & asam keping.(jika tempoyak baru tak perlu gula).Masak hingga naik minyak

2. Masukkan tempoyak & gaul rata.Jika perlu tambah air & masak hingga pekat naik minyak semula.

3. Masukkan petai beku.

4. Masukkan pula daun kunyit hiris & sesuaikan rasa.

Masak hingga naik minyak


Masukkan petai beku yang dh defross

Tabur daun kunyit yang dimayang halus.Tak la halus pun..hihihi


Siap
Menjadi kesukaan semua isi rumah.Tambah telur dadar,ulam timun & seperiuk nasi panas.Ops,air suam untuk hilangkan kepedasan..hihihi













12 comments:

  1. Sedap sgt2 menu lunch akak hr ni..wfh buat saya selalu lapar..Insha Allah ptg ni nak keluar cari tempoyak..harap2 jumpa udang segar sekali..hahahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya keluar tadi ke Tesco Ampang tadi..udangnya segar..hihihi

      Delete
    2. klu area sy ni kak pasar borong klang la tempat nak cari brg2 basah yg segar..tp time pkp ni konpim dah tutup klu ptg..klu guna udang kering agak2 apa rasa ye kak..hahaha..

      Delete
    3. Yang saya masak ni saya guna bilis sahaja..tak guna udang pun🤭

      Delete
  2. Hari ini kita pun bertempoyak juga. Dan hari ini juga hari pedas sedunia sebab lauk-pauk kita semuanya ada rasa pedas cili! Jangan lupa sedia minuman panas untuk redakan kepedasan hihihiiii!

    ReplyDelete
  3. Wah! Nmpknya harini semua mkn tempoyak yer 😁 Sambal makcella nmpk sedap betul. X blh jadi ni, besok pun saya nk buat sambal tempoyaklah, bhn2 semua dh ada.🤤🤤🤤

    ReplyDelete
  4. Maaf dua2 wak tak makan
    tak makan petai
    tak makan tempoyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak takyah makan tempoyak dah sebab durian sepanjang tahun...hihihi
      Tapi petai rugi kalau tak makan wak...hihihi

      Delete
  5. Aduh sedapnya.saya hari ni msk sambal bilis n petai je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun sedap tu..
      Sekarang bekalan petai dah mula sampai kot merata masak petai ni...hihihi

      Delete