Monday 14 June 2021

SAMBAL SARDIN DAUN LIMAU PURUT

 Hari ni macam Monday blues la pulak...Hihihi


Masak lauk segera sahaja.Sambal Sardin Daun Limau Purut.


SAMBAL SARDIN DAUN LIMAU PURUT.

2tin kecil sardin(macerel)

5 helai daun limau purut.

1 asam keping.

½ sudu teh garam.

1 sudu makan sos ikan/nam pla

1 sudu teh gula perang.

minyak

** saya tambah 3 biji kentang wedges & digoreng.Patut guna 3 biji buah tomato hijau potong wedges lagi sedap.


Bahan Blend.

1 cawan cili padi merah.

5 cili merah (hari ni ganti dengan 2 sudu cili kering blend)

1 bawang besar.

5 bawang putih.

1 serai 


1. Panaskan anggaran ¼ cawan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak.

2. Tambah asam,garam,gula & nam pla.Biar mendidih.

3. Masukkan sardin bersama sosnya,kentang & daun limau purut.

4. Masak hingga pekat naik minyak & sesuaikan rasa 


Pagi-pagi satu rumah penuh aroma daun limau purut.


Ini sahaja lauk hari ni.Sapa nak tambah telur dadar @ telur mata sila buat sendiri.

6 comments:

  1. Eh, sejak bila emak berkira tenaga nak gorengkan telur ni??? 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...Ada ketika-ketikanya terlalu berkira🤣

      Delete
  2. Sedap.ada kelainan ni.letak daun limau purut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,baunya harum macam bau tomyam & rasa dia antara padprik & ikan 3 rasa...Bagi yg suka bau daun limau purut la

      Delete
  3. Harum aroma daun limau purut tu. Kena bagi teman telur gorengni. Haaa...memang kena dadar sendirilah sape nak makan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...Selalu gorengkan saja untuk depa.Tali sekarang masalah semut...huhuhu

      Delete