Wednesday 23 June 2021

PISANG DAH MASAK!

Hari Isnin,masa ke tempat kerja untuk jenguk bilik kerja + hangkut kerja bawa balik rumah.Rose pun datang juga nak COD barang kat office katanya.Jumpa Rose kat parking.Rose bagi 2 sisir pisang yang masih hijau.


Sukanya saya bila Rose bagi pisang ni.Sudah terbayang esoknya Selasa saya nak masak lemak cili api dengan ikan haruan masin.Lama tak makan gulai pisang muda..Bukan semua pisang sesuai dimasak gulai.Kalau pisang yang selalu orang guna untuk goreng,pisangnya berkulit tebal & susah nak siat.Isi pun lebih padat & agak keras kalau masak gulai.Kena guna pisang jenis pisang yang selalu orang buat dessert baru kulit pisang mudah disiat & isinya gebu.Contohnya pisang ni la..Saya kenal pisang ni sebagai Pisang Emas Ringan.Ada yang panggil Pisang 40 hari.


Semalam pagi tengok pisang ni kat penjuru dapur tu..dah mula kuning.Memang tak sesuai dah nak masak gulai.Isinya dah mula lembut & manis.4,5 biji dah hilang.Cella suka sangat makan pisang.Tak sempat nak betul-betul masak,dia dah paw.Tak dapat kupas kulitnya,dia belah macam nak buat pisang goreng & keluarkan isi pisang ni & makan.Dia cakap pisang yang baru nak masak ni lagi sedap.


Malam tadi tengok lagi pisang ni dah kuning.Sesambil post Ayam Masak Sup dalam blog,terbayang esok pagi boleh buat cekodok.Buat kek pisang pun sedap gak.

Tapi teringat kerja belum susun.Esok pagi pukul 8 hingga tengahari nak berGM.Apapun belum susun.Terus keluarkan isi perut beg,gagau cari handphone nak semak kerja.Satu jam duduk kat birai katil tepi tingkap.Atas katil penuh berterabur sambil susun kerja.Meja luar penuh assignment Cellla,taknak la campur.Teringat esok nak masak apa bekal anak bujang.Baju seluarnya dah gosok ke budak bertuah tu.Esok kerja pagi tu.Eh,dah janji dengan kawan nak gi ambil barang pukul 10 pagi.Alamak,bil maintenance  rumah Kedah belum bayar la.Dalam group whatsApp perumahan sana dah sebut- sebut tu.Bil mantenance rumah sini dah bayar ke belum ek bulan ni?Eh,beras dalam bonet dah dua hari tak keluarkan,rosak ker tak?Beras dalam tong dah habis tu!
Kenapa macam bau hangus,siapa masak tak tutup api dapur ni...????

Aduh,tiba-tiba dada terasa teramat sakit menyucuk² .Rasa berdebar kencang & senak pada ulu hati.Puas mengurut,tapi makin sakit.Teringat tips untuk orang sakit jantung,kalau sakit menyerang kena paksa diri untuk batuk berulang kali supaya oksigen dapat dipam masuk.Terus paksa diri untuk batuk walaupun bukan pesakit jantung.
Terus cari minyak angin,minyak terapi bagai sambil mengucap tak henti.Takutnya kalau Allah tarik nyawa.Dah pukul 11 malam belum solat Isya'.Ya,Allah ampunkan hambamu ini yang lalai.Cecepat ambil wudhu' & tunaikan kewajipan.Kalau dah sampai masa berpisah nyawa dengan badan,biarlah waktu tengah solat.huhuhu
Lepas solat,baru rasa kurang sikit sakit dada & perhan-lahan cuba tenangkan hati.Fokus bahan nak GM esok dulu.Yang lain esok kita manage semula.Nak tidur...Pisang dah masak..
Eh,tidur la...takyah ingat pisang tu!


Pagi ni ...dah tinggal banyak ni...Ada yang makan la malam tadi tu..
Hihihi...
Alhamdulillah,kerja dah selesai separuh...slow slow kita kayuh...
Pasal pisang tu....
Petang ni tengok dia nak jadi apa..


3 comments:

  1. Allahu Akbar!
    Sampai macam tu sekali Mama Cella.
    Saya kalau dah banyak berfikir, lepas tu kerja tak putus-putus datang, diganggu tak kira waktu oleh mesej2 kerja tak kira waktu siang atau malam, itu yang rasa nak marah sangat.
    Last, saya tarik nafas panjang-panjang, hiburkan hati dengan hobi yang disukai (sekejap saja) seperti tulis entri atau masak-masak di dapur, lepas tu pelan-pelan buat kerja. Istighfar ulang-ulang kali. Akhir-akhir ini memang banyak tekanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang rasa dah cukup cool.Tapi kita juga manusia kan cikgu .Ada katika gagal mengawal diri & syaitan yang sentiasa menunggu peluang pun mula la bersorak riang....Astaghfirullah

      Delete
  2. Allahu.. semoga dipermudahkan urusannya. Cella hantu pisang macam saya rupanya

    ReplyDelete