Sunday 20 June 2021

CEKODOK KEMBONG CICAH GULAI-NOSTALGIA DULU-DULU

 Kalau dah masak kari ikan.....

Haruslah disusuli cekodok kembong...cicah kuah kari

Cekodok kembong cicah kari ni salah satu makanan nostalgia keluarga kami.Seingat pun sejak kecil,kalau mak masak kari yang kami panggil gulai,memang esoknya mak mesti buat cekodok kembong.Tapi sudah pastilah gulai & cucur kembong mak lagi sedap.Mak buat cekodok kembong tak guna yis pun tapi cekodok mak tetap kembong bulat-bulat.Mak akan "tepuk" tepung hingga ringan berbuih & cekodok akan jadi kembong bila digoreng.


Cicah dengan KARI IKAN GORENG


CUCUR KEMBONG BULAT- BULAT
1½ cawan tepung gandum
1 cawan air suam
½ sudu teh yis mauripan
3 sudu gula
½ sudu teh garam
Minyak untuk goreng


1. Campur tepung,garam,gula dan yis dalam bekas.Masukkan air sedikit demi sedikit dan bancuh hingga dapat adunan pekat..
Perapkan 10- 15 minit supaya adunan sedikit mengembang..
JANGAN perap lama sangat

2.Bila dah biar dalam 10 minit adunan nampak lembut dan kenyal


3. Panaskan minyak dan jemputlah adunan tepung menggunakan hujung jari.Barulah kuih jadi bolat..
Kalau guna sudu pun boleh tapi kuih tak lah terlalu bulat.
4.Bila di masukkan sahaja dalam minyak memang kuih akan cepat timbul kerana yis sedang mengembang.Goreng sambil dibalik- balikkan hingga garing

***kalau guna tepung cap rose🌹yang halus tu dia macam kurang kenyal.Kena pakai tepung gandum biasa baru cantik


Cekodok kembong cicah kari vs teh 0

6 comments:

  1. Eh, kembungnya...tak pernah makan cekodok dengan kuah kari. Mesti macam span dia serap kuah tu, kan.. mehlah tukar pinggan ngan cekodok pisang kita 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh...cekodok pisang lagi aum.....pun sedao cicah kari...kari....kari...geng sekapal Pak Inche

      Delete
  2. Waupun cekodok ni makanan asasi kita tapi buatnya kena ada skill dan mood jugak silap haribulan ending ya dlm tong samp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3...kadang dianpunya peel toksak dok alter la dia tak menjadi kembung.Flat macam lumpur dibaling ke dinding....hahahaa

      Delete
  3. Comelnya cekodok kembong! Makan 7 ketul tak kenyang ni sebab ada kari!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastu kembang dalam perut,kita cari bantal berjemaah...hihihi

      Delete