Saturday 5 June 2021

GETUK UBI BUAT MINUM PETANG

 Meneruskan acara mengisi perut


Getuk ubi kayu.Semalam punya kudapan petang


Rebus ubi kayu.Baki ubi kayu pemberian Rose sehari sebelum lockdown.


Ubi muda elok jer empuknya..

Ubi yang siap direbus tu ketika masih panas dicampur kelapa parut putih,2keping gul nisan Kelantan & secubit garam.
Balut botol kicap dengan plastik supaya tidak melekat ubinya nanti.Dengan botol kicap berbalut plastik tu,tumbuklah semuanya sambil sesekali digaul dengan sudu hingga lumat & sebati.
(sila bayangkan sahaja) hihihi

Kerja-kerja menumbuk ubi telah dilaksanakan oleh Adah.Kalau guna alu @ antan lesung menumbuk padi macam dulu- dulu mesti lagi feel.
Mana nak cari.Kat kampung pun ramai dah guna lesung besi buatan Thailand.Saiznya sebesar pasu bunga sahaja.

Tak la halus sangat tumbukan Adah.Tapi boleh lah untuk beginning....hihihi

Potong-potongkan

Potongan basic sahaja.Patutnya lerak sikit kelapa bergaram atas getuk tu.Tapi lupa,dah habiskan masuk dalam ubi masa tumbuk tu..So,togel takdak kelapa atasnya....hihihi

Kena dengan kopi O kaw baru ngam.Hihihi
Alhamdulillah,sedap makan 3 beranak.Tinggalkan 5 ketul untuk anak bujang.Malangnya bukan taste dia.Kalau tahu,baiklah kami habiskan ...hihihihi


8 comments:

  1. Sekarang makan getuk frozen aje.
    Yang digoreng bulat2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih getuk goreng tu sedap kan Wak..Lupa pulak ada kuih getuk goreng

      Delete
  2. Xtau kt sini panggil apa kueh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada nsma lain.Mak saya panggil puteri mandi ubi kayu.Tapi semua bahan tu dimasak dlm kuali hingga berkerak

      Delete
    2. Kesian pulak namanya puteri mandi tp kena sampai berkerak 😂😂 gurau je kak eh

      Delete
    3. Hahaha..puteri mandi dilautan api namanya...hihihi

      Delete
  3. Memang nampah fresh betulubi rebus tu. Kecik-kecikdulu memang puas makan getuk terutamanya ketika sarapan pagi. Kadang-kadang Bonda buat getuk vguna gula pasir, kadang-kadang gula merah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubi antara makanan pengenyang perut zaman kita kanak-kanak kan.Mak-mak pun kreatif menggunKan sumber makanan sekeliling rumah

      Delete