Monday 31 May 2021

KETUPAT PALAS RAYA 6 TOTAL LOCKDOWN

 Dah  dua tahun Raya Aidil Fitri dalam PKP.Nasib baik Raya Haji tahun lepas dapat sambut dalam PKPP.Sekurang- kurangnya boleh rentas negeri & jalani ibadah qurban walaupun kena patuh SOP.

Hari tu bila dengar PKP sampai 2 minggu lepas raya,hati sedikit berbunga dengan harapan boleh rentas negeri ketika masih dalam bulan Syawal.Siap pakat plan kena habiskan puasa 6 awal agar semua dapat sambut Raya 6 sama-sama.Sudah plan nak buat ketupat, rendang,lontong sama-sama untuk feel raya yang tak dapat bersama tu.Belum sempat hati nak berbunga,diumumkan total lockdown untuk seluruh negara bermula  1- 14 Jun.Itu fasa pertama.Fasa berikutnya tak tahu sampai bila.


Ini cerita weekend semalam.Ketupat Syawal kali ke-2
Dah tak dapat beraya 6 bersama di kampung.Raya sahaja lah sendiri- sendiri..


Sebelum subuh lagi menyiapkan sarung ketupat
 palas

Daun palas yang dah lebih sebulan.Memang dibungkus & dijaga nak bagi tahan untuk sampai raya 6.Daripada 10 pelepah tu,hanya dalam 5 plepah dapat diguna walaupun dah kering.Dapat beberapa puluh sarungnya.Selebihnya,daun sudah kering teruks & tak sampai hati dah nak buat sarung ketupat.Ini kalau mak saya tengok ni,menggeleng kepala ni.Mak saya kalau nak buat ketupat,la la tu juga amik daun palas & la la tu juga buat ketika daun masih fresh.Kat kampung boleh la,pokok palas keliling rumah.Kat KL ni dengan PKP ke lockdown bagai ni,tak boleh nak sempurna sangat.Asal ada sahaja sudah memadai.

Pepagi mengarun pulut untuk ketupat palas.

Biar sejuk sikit sebelum dibungkus daun palas 

Siap bungkus,tinggal nak kerat tangkainya sahaja.Dapatlah 55 biji ketupat

Dah kerat tangkainya,kita mulakan proses merebus

Isi air hingga tenggelam ketupat.Rebuslah hingga kering airnya.



Ni airnya dah hampir kering.Bunyi mendishnya pun nyaring sikit & tidaklah membuak.


Kalau risau takut hangit,ada baki air sikit-sikit kat bawahnya dah boleh off & toskan ketupat dalam bekas jarang supaya keluar wap & ketupat tidak mudah basi.


Kita nak ambil gambar,tuan tanah blog ni pun sibok nak expose juga,padahal tengah online class tu.Katanya sampaikan salam untuk semua pembaca yang membaca catatanya sebelum ini.Dia cakap sekarang baru terasa betapak makciks-makciks nya dia dahulu kerana ada blog macam ni.Sedangkan orang muda tak main blog dah..Hahahaha...
Sekarang bila pensyarah suruh buka akaun Facebook pun dia kata rasa oldschoolnya sebab kebanyakan orang muda dah tutup akaun FB digantikan Ig la bagai.Hihihi..tak apa,dalam mendapatkan ilmu oldschool pun tak pa.Bukan ke di sinilah satu medan mengasah bakat menulis yang banyak membantu dalam BM tu,Dah lupa ke???
Kalau tak ada yang lama,mana nak datangnya yang baru.

Sementara saya menyiapkan ketupat,Adah merendang daging.



Dah beberapa kali masak rendang daging,dia dah boleh buat sendiri dah.Sekejap- sekejap nak upload kat IG katanya..Inipun pinjam video dari dia la ni.Saya mana reti nak edit- edit bagai...Pada saya semua video tu sama sahaja...Hihihi


Ketupat dah masak,rendang pun dah siap.

Suruh dia ikut sahaja rendang Adabi dari old post.Tapi ini sebagai panduan sahaja.Untuk rendang yang hari ni guna 1½kg daging & 2 bungkus rempah Adabi.Kerisik pun Adah kata terlebih masuk.

RENDANG DAGING ADABI.....
1 kg daging lembu -
1 paket rempah rendang Adabi
1 kotak santan
1 asam keping
1 sudu besar kerisik
1 daun kunyit
1 sudu garam
1 sudu besar gula melaka(1/2 ketul)
½ cawan minyak

Bahan  Blend:
20 cili kering
3 batang serai- kecik
1 ketul lengkuas - besar ibu jari
1 ketul kunyit - saiz ibu jari
1 bawang besar
5 bawang putih

1. Daging dipotong 4 dan rebus empuk, baru dihiris- hiris.( rebus dulu baru potong supaya lebih manis & berjus).Tetapi jika hendak dimasak terus dalam kuah,hiris dahulu,tetapi perlu masak lebih lama hingga empuk.
2. Panaskan minyak & tumis bahan blend + rempah rendang hingga naik minyak
( perlu tumis kerana guna santan kotak.Jika guna santan segar ,tidak perlu tumis,hanya terus masukkan bahan blend bersama dagng hiris dan masak hingga pekat kerana santan akan mengeluarkan minyak bila dimasak lama.
3. Bila naik.minyak masukkan daging rebus hiris dan air rebusan daging
4. Tambah garam,gula melaka,asam keping dan masak hingga agak kering baru masukkan sangan kotak.
5. Masukkan kerisik dan masak dengan api kecil sambil dikacau sesekali supaya tidak berkerak
6. Masak api perlahan supaya naik minyak cantik dan sesuaikan rasanya..
7. Tabur daun kunyit



Alhamdulillah,rendang dah siap.Ketupat palas pun cukup lemak & kenyal padat.Kalau istilah mak saya..ketupat ni liat &  sedaging elok & kena la dengan tekak.Ketupat ni kena biar sejuk dulu baru isinya jadi sedaging & kenyal.Biar sejuk,kemudian isi 10 biji & sepiring rendang untuk jiran yang piringnya dah dekat seminggu terperam.Nak pulangkan piring jiran takkan la kosong kan..Dah terlanjur masak ketupat ni elok sangalah..Hihihihi.Potongkan juga kek buah yang order hari tu & bagikan sekali.Kemudian teringat pula 2 teruna bujang  jiran sebelah kanan rumah ni.Isikan sikit rendang & bagikan beberapa biji ketupat untuk depa.Selebihnya raya la anak beranak.Hihihi



13 comments:

  1. sedapnyaaaa... macam tu lah kak kita bahagiakan kita sendiri dok umh ni... xde lah stres² x baik utk kesihatan mental.. stay safe kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketupat palas ni hidangan wajib kalau raya @ Kedah.Tapi saya terliur benar ketupat pulut yang anyaman bulat dalamnentey mim minggu lepas tu

      Delete
  2. Mualaikumsalam.Dari blog ni jugalah makcik2 ni kutip serba sedikit resipi dan cerita2 nostalgia sebagai panduan hidup yg mak cella lalui tapi kami tak rasai.syukur sangat2 dgn apa yg kami ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah jika ada manfaatnya blog ni.Rupanya seronok juga bila menulis.Dapat ramai kawan.Terasa macam berbual di alam maya

      Delete
  3. Wah 55 biji banyak tu.
    Dah bagi jiran, ada lebih lagi tu. Bagilah kat saya, jiran maya barang 5 biji hihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...Ada lagi baki 7 biji ni.Itupun sebab hari ni tinggal anak bongsu tu sorang kat rumah.Kalau semua ada rasanya wassalamu dah..hihihi

      Delete
  4. tahun nih tak merasa makan ketupat palas sebab tak dapat balik kampung beraya
    sedih tul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai sini Hans...Ada lagi ni..Faham perasaan tu..Bersabar yer,kita sedang diuji,pasti ada hikmahnya

      Delete
  5. Bagi sy, inilah dia ketupat palas yang asli, yg tidak masuk air bila direbus, barulah dapat rasa liat liut bila disuap ke dalam mulut.. lemak masinnya tak hilang dalam air rebusan. Kebanyakan ketupat palas sekarang dikukus sebab bimbang masuk air ketika direbus, sebabnya teknik membungkus tu tak betul, kata mak mertua sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,SK dah pandai dah pasai ketupat palas.Memang saya hanya tau ketupat palas yang direbus.Kukus tu just kalau nak panaskan ketupat yang dah mula keras.Tak puas kalau tak rebus.Hihihi.
      SK...
      Jujurnya masa masak ketupat ni saya ingat SK tau.Kalau takat SK ni dok kat Selangor ja,boleh gagah cilok pi hantar tau!

      Delete
  6. Salaam. Mcmana proses mengarun itu. Ingin tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk sini..
      http://namakucell.blogspot.com/2020/07/buat-ketupat-palas-versi-kelantan-kedah.html?m=1

      Delete