Wednesday 3 February 2021

CHICKEN CHOP vs NASI LEMAK. CHICKEN CHOP BAJET

 Malam semalam punya story.Entri ni dah tulis malam tadi, tapi terlena dengan phone kat tangan.. Hihihi. Jadinya, ni baru post.. Masa cuti Hari Wilayah. Siang makan pulut lemak sambal sardin. Malam dah kemalasan sebab makan pulut asyiklah mengantuk hihihi. Anak bujang keluar pergi amik air tebu saya order dari Ros yang buat cili boh sedap tu. Rajin betul Ros & suami serta anak-anak. Anaknya 5 hero & sorang perempuan. Tapi kerja rumah ligat kemas. Suami isteri kerja kerajaan tapi waktu balik kerja mereka tak duduk saja. Mereka sewa tanah di Langat & tanam tebu serta ubi kayu. Weekend tuai tebu, anak-anak mesinkan buat air tebu dan COD. Anak-anaknya juga diajar buat cili boh, pai tee, kuah rojak bagai untuk latih mereka cari duit poket. Hebat Ros & suaminya mendidik anak-anak.Keliling rumahnua juga penuh tanaman ulaman & siap ada mini kolam ikan talapia. Masa anak saya gi ambil pesanan air tebu, Ros juga sertakan free  gift kuah rojak.Hari tu dikirimnya sireh & pes pandan. Balik dari ambil air tebu, saya pesan anak belikan makanan apa yang patut untuk dinner. Malas pula nak masak. Sesekali beli la pulak.. Hihihi


Dibelinya lagi Nasi Lemak Chicken Chop bajet tu kat depan kuaters tu. 


Si Cella dah cakap awal-awal taknak nasi. Ada pula nak makanan berat. 


Inilah belian anak bujang tu untuk adik-adiknya.. Maknya sekali la.. Hihihi



Yang nak makanan berat dibelinya nasi lemak chicken chop


Yang tak nak nasi, dibeli chop tanpa nasi lemak. Hahaha... Cerita pokoknya memang chicken chop la kan... 



Minggu ni dah 2 kali la makan chicken chop. Tapi versi bajet la. Bajet pun Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan orang yang membeli & menjual. Harga nasi lemak chicken chop tu rm4.80 sahaja. Harga chicken chop bajet tu rm3.80. Selain chicken chop bajet & nasi lemak chick3n chop, foodtruct tu juga jual nasi goreng chicken chop,menggunakan nasi goreng cina. Pun harganya rm4.80.Selalunya kalau kami beli 4 pack rm19.20 & penjual tu hanya ambil rm19. Mana nak cari harga & portion macam tu. Sangat berbaloi untuk golongan B40 macam kami. Rata-rata penduduk sekitar sini pun memang kakitangan kerajaan B40 & kakitangan pakaian seragam yang gaji hanya cukup makan. Saya pesan kepada anak-anak, nanti sesekali biar kita pula bagi rm20. Walaupun dia selalu diacount 20 sen tapi besar pahalanya hanya Allah yang tahu. Ingat pesan tok guru. 
"Jangan pernah meremehkan sedekah yang sedikit, kerana kita tidak tahu pahala mana yang memberatkan timbangan pahala untuk ke syurga. Juga JANGAN pernah remehkan dosa yang kecil kerana kita tidak tahu dosa yang mana memberatkan timbangan ke neraka." 

Wallahua'lam... 

10 comments:

  1. Dekat sini paling murah pun sy jumpa RM5, itupun cuma chicken chop tanpa nasi lemak.

    Tapi yang penting walaupun cuma RM4.80, mesti rasanya sedap, kan. Kalau tak, takkan abang repeat 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada la rasa chicken chopnya. Berbaloi dengan harga. Lagipun tempat jual tu dwpan ni sahaja. Sampai rumah masih panas

      Delete
  2. Nampak sedap chicken chop tu.. kat puncak alam ni pun tak dapat harga murah camtu 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai sini Jaja.. Nak belanja chicken chop bajet.. Tapi dai start pukul 3 petang la.. Hihihi

      Delete
  3. Murahnya chicken chop .Murah hati sipenjual ,semoga mereka dilimpahi rezeki dengan berjualan sambil bersedekah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Tu la kak.semoga penjual tu dilimpahkan rezeki

      Delete
  4. Chicken chop lagi ni. Rezeki sangat tu, walaupun bajet tetapi sama saja dengan yang standard.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Harga mamlu makan untuk semua golongan. Yang anak ramai pun tak la terlari bajet sesekali layan permintaan anak

      Delete
  5. di pj nasi lemak ayam masak merah rm 6

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam kreativiti orang sekarang kan.. Kadang yang kita tak terfikir

      Delete