Friday 5 February 2021

BUAT SWAB TEST COVID 19

Ceritanya pendek sahaja tapi sengaja didetailkan menjadi panjang sebagai ingatan. Kisah bermula hari Jumaat 29 Januari,  kat tempat kerja.Cella ikut sekali sebab lepas tu nak post asignmentnya kepada pensyarah. Saya suruh Cella ke bilik saya siapkan asigment dia. Saya jumpa Kak S bagi surat khabar lama & terus jumpa PT untuk tandatangan borang bebas rasuah. Penjawat awam kan.. kena la tandatangan. PT ambil borang tu dalam file bagi kat saya sambil terangkan apa yang perlu diisi. Sebab pen yang saya pegang warna biru,tak sesuai la pula. PT ambil pen hitam dari lacinya terus bagi kepada saya. Memang bersentuh-sentuh la sebab sesama perempuan. Lepas selesai urusan tandatangan dan ambil fail,, saya terus ke bilik saya. Sebab belum makan, saya terus ke bilik saya & makan bekal  mee kering goreng. Buat kerja sampai pukul 4.30 baru bergegas cari pejabat pos & the end post kat J&T.Lepas pos kat J&T tu la beli nasi lemak chicken chop tu. 

Nak dijadikan cerita, beberapa hari kemudian, dalam group rasmi, big bos buat pengumuman salah sorang staff ofis +ve Covid 19. Sesiapa yang berurusan di ofis pada hari Jumaat diminta self quarantine di rumah masing-masing. .Yang +ve tu pulak PT. Hari Jumaatlah saya memang berurusan terus dengan PT. Siap bertukar-tukar pen, borang rasuah & bersentuh-sentuh sebab nak tunjuk kat mana nak isi & nak tandatangan. Katanya PT & suaminya +ve. Sedang menungu KKM datang jemput.PT pula sedang pregnant tu. 

Allahu, kecut perut macam nak meninggal!! 
Kata big bos, semua yang mempnyai kontak rapat dengan PT sudah dihubungi.Nasib baik saya baca. Dalam group rasmi semua dah kecoh. Suruh tutup ofis lah. quarantine lah.. KKM lah..Banyak la lagi. Nak sahaja saya menyampuk dalam group tu bagitahu, saya juga kontak rapat. Tapi teringat pesan Achik "Apa juga perkara, jika kita diam, kita masih ada 2 pilihan iaitu  memberitahu atau tidak. Tapi jika sudah diberi tahu, kita sudah tiada pilihan untuk menarik balik" 

Makanya setelah difikir berkali-kali, saya ambil keputusan whatsApps kepada big bos bahawa saya kontak rapat kepada PT hari Jumaat. Jawapan big bos,tak apa kalau tiada simtom, jaga jangan sampai sakit tekak. Beli ubat sakit tekak. 

Selepas whatsApp saya termenung. Saya berkurung dalam bilik & merenung nasib. Apakah nyawa saya sudah sampai ke hujung. Kain batik lepas saya letakkan dipintu almari. Kalau +ve macamana dengan anak-anak. Kalau umur tak panjang, tak sempat jumpa mak, takdak sesapa boleh ziarah. Siapa sahajalah yang sudi kirim doa untuk saya.Kalau mati. kerana wabak dikira syahid kecik tapi tergolongkah saya dalam nya. Hasnul Khotimah bolehkan memjadi milik saya Allah terima kah amalan saya yang sejemput cuma. Banyaknya dosa-dosa saya. Allah terimakah lagi taubat saya. Kalau saya dijangkiti Covid 19,adakah anak-anak saya juga berisiko. Teringat, lepas berurusan dengan PT saya terus makan dengan cella di bilik saya. Aduh, dah la beberapa hari ini Cella asyik selesema.Sebelum ni tak kisah sangat kerana ingatkan sebab dia alah dengan cat. Beberapa hari ni dia banyak bermain dengan cat. Tapi bila dah macam ni, takut lain la pula. 
Dalam hati nak call mak saya lah. Nak bagitau mak,nak minta mak doakan kami selamat dari Covid. Tapi tiba-tiba teringat, hari Jumaat saya beurusan dengan PT. Hari Sabtu mak ada call saya bagitahu jiran depan rumah baru sahaja dibawa pergi oleh ambulance KKM. Kata mak jiran tu bawa beg & semua staf ambulance pakai PPE. Tak lama lepas ambulane pergi, kata mak, 4 orang datang sanitise rumah & kereta jiran tu. Mak cakap mak takut. 
Aduh, kalau saya call mak bagitahu saya kontak rapat +ve Covid.. Mau mak saya terduduk ni. Pada siapa saya nak mengadu ni. Nak cakap kat anak-anak takut dorang panic.. Jadi saya amik keputusan diam dulu sambil berdoa sepanjang masa agar saya - ve. Kalau saya - ve, insha Allah Cella & anak-anak yang lain kontak rapat dengan saya juga - ve. 

Setiap pagi bila Adah & abangnya salam nak peluk cium saya, saya mengelak dengan alasan badan berpeluh baru lepas masak & alasan saya selesema. Saya tahu Adah kecik hati saya hanya salam & tiba-tiba  xnak peluk cium dia. Anak bujang walau saya dah cakap salam sahaja jangan peluk cium saya sebab saya selesema, dia tetap peluk cium juga sambil pakai mask. Tapi hanya laga pipi beralas mask. Saya dah cakap jangan cium saya, tapi dia kata nak juga laga pipi amik berkat sebelum gi kerja. Cella, lagi la Tidur pun dengan saya.Dah suruh dia tidur bilik kakak, dah dikatanya saya nak "halau" dia balik kampus.Kata dia tak dapat tidur atas katil dengan saya, dapat tidur kat lantai pun tak apa, asal sama bilik. Aduh, kita ni takut. Risaunya hati hanya Allah yang tahu. 

Akhirnya hari Rabu, saya bagitahu Cella cerita sebenar. Lagi la dia pun panic. Dah la sejak 1 Februari setiap hari kena isi
 Chase  iaitu isi ada gejala atau asa contak rapat. Kira macam isi My Sejahtera la. Sama macama sebelum daftar sem 1 hari tu juga. Kena isi setiap hari selama sebulan sebelum dibenarkan ke sana. 

Setelah beberapa hari berbelah bahagi, berdoa & mohon petunjuk dari Allah swt, akhirnya pagi Khamis saya call klinik yang memang ada swab test service. Setelah mendapatkan pandangan, saya disarankan membuat swab test kerana memang saya dalam katagori kontak rapat. Saya dikehendaki  memberi butiran diri & buat janji temu untuk sesi petang. Bila bagitahu Cella, dia dah kecut perut dah sampai tak lalu dah nak makan..Saya janji saya akan buat dulu. Saya sudah dimaklumkan semua  perlu buat swab test secara drive thru dibelakang klinik.Pembayaran dibuat di luar klinik  dengan staff  perpakaian PPE akan datang & bawa 1 plastik zip lock yang siap dingangakan mulut plastic tu & saya perlu lipat duit & masukkan dengan  hati-hati agar tidak tersentuh plastik.Ratusan ringgit jugak la. Itu simpanan kecemasan tu. Tak apalah, inipun kecemasan. In sha Allah ada rezeki lain Allah kurniakan lepas ni. Kemudian terus drive thru di belakang klinik. 



Di depan kami ada kereta & motosikal yang juga drive thru. Juga sekumpulan pekerja warga Indonesi & Bangladesh. Rasanya lebih daripada 10 orang juga sedang menanti giliran untuk swab test. 
Boleh bayang tak macamana dia jolok stick nak ambil cecair melalui lubang hidung kami yang tak mancung tu. Hihihi



Kalau nak tahu sedalam mana cintamu.. Hihihi.. Kalau nak tahu sedalam mana stik tu dijolok dalam hidung, boleh tengok pic dsri Google  ni.. Boleh bayang tak.?? Ada la rasa peritnya dirongga hidung, tapi saya masih boleh bertahan supaya Cella tak la berasa  takut. Padahal nampak jelas penunggang motosikal  yang depan kami, sampai bergoyang-goyang bahu masa hidungnya dijolok. Habis bahagian saya, tiba giliran Cella pula. 


Sampai part Cella.. 2 kali percubaan. Kali pertama baru stick tu dijolok hidung, dia dah terbatuk. Kali kedua dijolok, pun dia terbatuk lagi tapi alhamdulillah lepas juga sampai kedalam rongga hidungnya. Siap berjurai air mata dia. Dandan tu la dia minta nak minum air,tapi air tak bawa la pulak.

Balik rumah dia punya lapar tak memyempat.Katanya tadi tak lalu nak makan sebab risau memikirkan nak kena swab. Sekarang dah lega sikit, baru rasa nak makan. Katanya lagi nak makan puas-puas takut kena hangkut menginap di MAEPS Covid Centre. Dalam banyak benda boleh makan, dia boleh teringin nak makan bawang putih goreng.Buang tebiat ke apa budak ni.. Hihihihi..

Berdebar menunggu result. Lepas maghrib dapat whatsApp dari klinik. Berdebar nak baca... 


Syukur Alahamdulillah..... Keputusannya - ve. Berdebar lagi sekali nak buka pdf result Cella pula.. 


Alhamdulillah... Juga - ve... Terus sujud syukur. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Lega rasa hati walaupun ketepatannya buka 100% tapi sekurang-kurangnya sudah mampu bertenang. Baru nampak, hikmah disebalik semua yang berlaku. Kata Cella nanti dapat juga la dia gunakan result ni untuk lampiran masa balik Trengganu nanti. Apapun sangat bersyukur. Mati itu pasti. Tapi doa mampu mengubah takdir. Ok, nak call mak saya jap. Baru lega nak cerita kat mak. Adah & abangnya saya masih belum beritahu.Biarlah mereka tidak tahu supaya mereka tidak risau & boleh bekerja seperti biasa. Lagipun,kalau saya yang kontak rapat ni - ve. In sha Allah mereka selamat. Nantilah masa yang sesuai nak bagitau mereka. 


15 comments:

  1. Take care akak n family. Pengalaman buat swab test tu memang boleh terkenang² sampai sekarang. Terasa² hidung kene jolok. Ahnaff pun masih ingt lagi, dia pernah buat test tu. Tapi dia cakap, tak sakit pun mami 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat Ahnaff..!!
      Aunty yang tua ni pun takjt & rasa la ngilu dia. Sampai hari ni masih ngeri nak kenang hihihi

      Delete
  2. Semoga Allah lindungi Cella sekeluarga..

    ReplyDelete
  3. Takutnya kena cucuk hidung tu
    Mudah2an selamat daripada jangkitan pendemik ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngilu bila dikenang.. Dia lebih kurang macam air masuk hidung.Hihihi.
      In sha Alah Wak, semoga kita dilindungi Allah

      Delete
  4. Allahu Akbar. Jaga diri. Tak tahu nak kata apa, sebab saya pun jenis penakut berhadapan dengan swab test.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun memang takut.. Berhari-hari fikir sebelum buat keputusan untuk buat swab test tu.. Hihihi
      Alhamdulillah...

      Delete
  5. Allahu Akbar! Sungguh benar, doa itu boleh mengubah takdir - yang tertulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita jaga diri & berdoa agar dihindari corona virus & penyakit2 bahaya yang lain.

      Delete
  6. Alhamdulillah kak.. sy baca pun berdebar.. take care kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Mim dan family pun jaga diri juga...

      Delete
  7. Alhamdulilah...anak dara akak yang bekerja pun kalau dia selsema biasa pun tak berani bagi dia salam cium masa gi kerja .Berhati2 sebab banyak yang positive di tpt keja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. La ni memang kena berjaga-jaga sungguh. Kadang jumpa jiran pun bukan tak nak sembang tapi nak kena jaga-jaga

      Delete