Thursday 4 February 2021

BEKAL PASTA KERANG GORENG SARDIN

Pagi ni tidak perlu siapkan bekal berat sebab semua gi kerja lambat. Hanya nak kongsikan bekal 2 hari lepas yang tertunggak


Pasta  kerang kecik... Mini shell pasta. 

Pasta goreng pedas. Selalu sangat dah pun masak pasta pedas ni. Tapi tukar-tukar bentuk pasta sahaja untuk elak bosan.. Hihihi


Pasta ni bagusnya sebab memang cepat kenyang kerana kaya karbo macam makan nasi jugak. Lagipun seronok sikit nak makan bila tukar-tukar bentuk dia. Kalau zaman anak-anak masih sekolah dulu, memang saya suka beli macam-macam bentuk pasta. Kadang masak sama sahaja. Goreng sardin, goreng dengan tuna, goreng, pedas, carbonara, bolognese & olio sahaja. Tapi sebab bentuk & warna lain-lain, nampak la macam maknya pandai masak. Padahal benda yang sama. Kita hack la sikit.. Hahahaha



Bekal Adah. Abangnya keluar lambat sikit, ingatkan dia nak sarapan siap-siap,rupanya taknak. Takut sakit perut katanya. Kelam kabut isi dalam bekas bekal & terus lupa nak snap pic bekal abangnya. Tapi sama sahaja la bekalnya. Bekas sama. Isi pun sama. Hihihihi. 

Hari ni saya gunakan small shell. Macam kuih siput zaman kita lanak-kanak la pulak. Kalau dulu, kuih siput mak saya hanya akan buat time nak raya sahaja. Menggiling serai, jintan, cili kering sebesar penumbuk & uli tepung seketul besar.Duduklah menggentel keliling talam bulat besar tu. Pedih juga la ibu jari menenyeh pada papan bergaris lurus tu nak bentukan siput.  Silap haribulan masa goreng meletup-letup jadinya sebab gentel besar sangat bila dah bosan. Bukan siput lagi dah, tapi dah jadi gondang. Hihihi


PASTA KERANG GORENG SARDIN

PASTA SARDIN
1pack pasta(bolwh guna apa-apa bentuk)
2 tin sardin/macerel
2 pokok daun sup:cincang
1 sudu garam
1 sudu lada sulah
1 sudu chilly flakes(boleh tambah jika nk. Lg pedas)
3 sudu minyak
1 bawang holland-cincang
3 bawang putih - cincang

1. Jerang air untuk rebus macaroni
2. Panas minyak & tumis bawang holland & bawang putih.Tambah carrot. 
3. Bila harum masukkan sardin & sosnya. Sementara tu rebus pasta  hingga lembut
4. Tambah garam, lada sulah ke dalam sos sardin & masak hingga naik minyak
5. Tapis macaroni & masukkan kedalam sos yang sedang mendidih
6. Gaul rata & taburkan chilly flakes..
7. Sesuaikan rasa & tabur daun sup cincang


Sekuali pasta kerang goreng. Jangan cari isi kerang, memang tak ada. Yang ada hanya sardin.. Sebab hari Isnin kan masak Pulut Lemak Sambal Sardin. Sambal sardin tu 1 pack ada 6 ketul. Yang berusik hanya 2 ketul. Lagi 4 ketul tergolek. Maka hari Selasa pagi recycle la sardin tu. Selalu buat nasi goreng sardin,sampai anak-anak dah hafal, kalau masak sardin, esok mesti menu nasi goreng sardin. Kali ni tekaan mereka salah. Mak dia kona sikit, tukar jadi pasta kerang goreng sardin. Hihihi


Ni untuk tukang masak. Saya lebih suka buat  telur rebus. Makan nasi goreng ke, mihun ke lagi suka telur rebus berbanding telur goreng. Salah satu sebab selain dari sedap, telur rebus juga lebih jimat. Kalau telur goreng mata kena goreng sorang sebiji.Kalau telur rebus boleh belah dua. Hihihi.. 




10 comments:

  1. Saya pun nak buat jugalah.masak sambal sardin dan esoknya masak pasta.nasi goreng pun dh biasa buat.ikut mcm mak cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom.. Jom masak pasta sardin berjemah.. Hihihi

      Delete
  2. Eh.. eh.. sama pulak tajuk entri Kita Hari ni, pastaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama tapi tak serupa. Mana boleh lawan pasta nelayan laut dalam SK tu. Saya pasta ikan lurung sahaja... Hihihihi

      Delete
  3. Baru malam td tengok ig permaisuri..masak pasta jugak. Nampak sedap sangat. Jalan kesini pun pasta jugakk.. nak kene buat jugak ni bila². Hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Masakan kayangan lagi la sedap. Ni pasta kampung ja.. Hihihi

      Delete
  4. Lamanya tak jumpa pasta.
    Nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat jejak kasih tu wak.. Kalau lama tak jumpa. Hihihi

      Delete
  5. Sejak anak x sekolah jarang buat pasta... selalunya sy buat goreng dgn minced beef utk bekal anak² ke sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna minced beef lagi sedap Mim. Tambah sikit sayur dah complete dah.. Makanan seimbang. Semoga anak-anak akan dapat kembali ke sekolah dengan selamat selepas ini.

      Delete