Wednesday 16 December 2020

LAKSA LEMAK UTARA KUAHNYA MERAH

 Laksa Lemak Utara.Saya masak hari Ahad baru ni.Laksa Lemak Utara ni antara laksa yang saya sealu masak.Kalau semak balik dalam old post memang tiada laksa utara versi  laksa asam yang saya masak.Saya memang tak pandai nak masak laksa asam.Tak cukup kick macam adik saya Achik .Achik pandai masak laksa asam.Saya memang pernah masak laksa asam tapi saya sendiri rasa kureng.Saya lebih tahu masak Laksa Lemak Utara & Laksa  Kelantan.Laksa Kelantan kuahnya lemak putih tapi Laksa Lemak Utara kuahnya lemak merah

Laksa Lemak Utara masakan saya  hari Ahad .Adahla paling suka laksa lemak utara ni.Dia bukannya reti banyak cakap.Dia bukan reti nak minta tapi kalu saya masak memang berulang dia makan sampai ke malam.Esok pagi nya hari Isnin pun bila saya balik petang tengok kuah & laksa baki semalm tu dah habis.Memang say tahu Adah yang habiskan sebab dia memang suka.Kalau abangnya memang semua laksa pun dia tak makan sebab kuahnya ikan.Mana ada kuah laksa isinya ayam atau daging.Tak tahulah kalu Laksa Singapore yang ada isi ayam dia makan..mana nak cari..hihihihi

 

Sepatutnya kaya dengan ulaman & bawang besar, limau nipis macam ni...Kalu Laksa Lemak Kelantan kuahnya putih.Kalu di Kedah  yang saya tahu ada 3 versi kuah.Laksa Kuah Asam Pedas a.k.a Laksa Asam.Laksa  Kuah Belacan (tak pedas) & Laksa Kuah Lemak ni la.Laksa Asam biasa banyak gerai yang jual.Kat pasar malam pun banyak.Laksa Kuah Belacan sedap sangat tapi saya dah jarang jumpa ( atau saya yang jaranng balik Kedah) hihihi.Laksa Kuah Lemak ni memang ada dijual disesetengah gerai & kadang kat pasar malam pun ada jual.Kat kenduri kahwin pun selalu jumpa laksa kuah lemak utara ni.Tapi selalunya saya memang akan masak la kalau nak makan.Kalau di Kedah Laksamnya memang kuh macam ni kuah lemak merah ni.Kalau dulu jangan la cari laksam kuah putih kelantan tu memang tiada.Cuma sekarang rasanya sudah ada sebab ramai yang sudah mula pelbagaikan .Tapi itu dipanggil laksam kelantan la.Kalau laksam Kedah memang kuhnya gini.Laksamnya sama juga dibuat  dengan tepung beras & kukus & digulung sama juga.Ulaman pun lebih kurang sama.Cuma kuahnya berbeza



Saya masak kuah hanya guna 4 ekor ikan selayang tapi ikannya size agak besar.Ada la dalam 1/2 kg .Tapi sebab tekak dah nak makan juga.Masak la juga walupun ikan hanya ada 4 ekor.Bilangan ikan bukan jaminan kuah sedap atau tidak.Hihihihi

 

Laksa Lemak Utara:

1 bungkus laksa kering( rebus lembut)

1/2 kg ikan selayang

1 bungkus (2 sudu besar) rempah kari ikan

1 biji kelapa parut- perah santan pekat agak-agak 3 cawan..x perlu banyak sangat sebab nanti akan guna banyak air masa blend ikan

5 asam keping

garam & sikit je gula

daun kesum /bunga kantan pun boleh

sikit minyak untuk tumis

5 bawang kecil-hiris

2 bawang putih-cincang

 

Ulaman:

1 ikat daun selom- 

1 timun - potong bentuk batang mancis

1 Bawang besar-belah 2 & hiris nipis

cili padi- jika suka potong2

Limau nipis- belah2 & buang tengahnya



1.  Ikan yang dah direbus diambil isinya & blend bersama air secukupnya.Ketepikan.

2. Blend kepala & tulang2 ikan hingga halus & tapis untuk ambil airnya...Ulang tambah air & tapis sisa tulang.

3.Panaskan anggaran 1/2 cawan minyak & tumis bawang kecil & bawang putih hingga garing

4.Masukkan rempah kari yang dah dibancuh  dengan 1 cawan air.Biar hingga garing & naik minyak

5.Masukkan isi ikan yang dah blend & air tapisan tulang-tulang ikan.

6. Tambah garam,asam keping ,bunga kantan & biar hingga mendidih beberapa minit.

7.Tambah santan pekat & daun kesum & biar mendidih sekejap sebelum ditutup api...

8. Bila sentiasa dipanaskan kuah akan semakin pekat..Boleh saja tambah air untuk sesuaikan pekatnya.

 

 

Ulam pun tidak cukup syarat.Hanya ada timun ,bawang & cili sahaja.Sepatutnya ada daun selom atau pucuk putat baru ngam nak makan laksa lemak ni.Masa kanak-kanak memang gini la makan laksa.hanya ulam timun.Masa kanak-kanak & kebanyakan kanak-kanak pun memang tak suka ulaman daun-daun.Tapi bila dah berumur,ulam-ulam tu lah nak  extra.


Dulu masa duduk kat kuaters ,saya pernah masak laksa lemak utara ni hantar rumah jiran saya Kak Rose .Kak Rose ni pula panjangkan lagi kongsi pula dengan jiran lain Kak Zah.Katanya sebab kak Zah tu suka laksa Johor.Beriya kak Rose ceritakan pada kak Zah yang saya masak laksa Johor.Bila dia cerita kepada saya ,saya cakap lah ni bukan laksa Johor.Ni Laksa Lemak Kedah.Jauh tu Kedah & Johor.Kutub Utara & Kutub Selatan.Hihihi.Laksa Johor kuahnya lagi berempah & kuahnya lagi pekat dimakan dengan spaghetti.Saya pun sudah lupa saya pernah masak laksa Johor atau tidak.Tapi adik saya Achik selalu request suruh saya masak Laksa Johor.Katanya saya pernah masak masa tinggal dikuaters dulu.Kata adik saya itu Laksa Johor yang paling sedap pernah dia makan.Hihihihi nak cakap macamana tu? Sebab saya pun sudah lupa.Mungkin saya masak tu berpandukan majalah resipi .Dulu-dulu saya memang pembeli gegar segala majalah .Rumah kat kuaters tu memang ada book shelf khas untuk semua majalah.Segala mak nenek majalah saya beli setiap bulan tanpa miss.Wanita,Keluarga,Jelita,Nona,Saji & entah apa lagilah .Setiap bulan  beratus juga lah saya habiskan beli  majalah.Ada yang saya memang jilidkan ikut tahun dari 1990-an hingga pertengahan 2000's.Setelah berpindah ke rumah sekarang saya memang langsung tidak membawa semua itu.Ada sekali tu saya ikat  & isi penuh bonet kereta hantar ke sekolah  anak masa mereka buat Jumble Sale.Kata anak bujang saya masa tu cikgu-cikgu yang berebut majalah tu sebab banyak & semua masih kemas.Tak kisahlah siapa ambil,janji bermanfat.Kalau jual kat lori surat khabar lama pun bukan berapa sen pun dapat.Depa kira jengkal.dijengkalnya langkau sebatu-sebatu.Setahun punya majalah ,dapat lah seringgit dua lepaslah anak beli ais krim masa tu.Hihihi.Kumpul lagi hingga  tak muat rak.Masa pindah memang saya tak bawa langsung.Berat banget.Sekarang bacaan online menggantikan semua itu.Tapi kenanangan  yang dilalui tiada gantinya

10 comments:

  1. Oh, baru sy tahu ada Laksa Lemak utara ni, Mgkin sbb kedudukan kg mertua dekat dgn Penang, kami lbh byk makan Laksa Penang. Sy plak bukanlah peminat Laksa Penang, kalau ada sy makan, Tak ada sy Tak cari, tapi kalau Laksa Lemak mmg favourite la, haha.. tu pun bukanlah suka sgt, kalu Tak ada sy Tak cari jugak.

    Tak silap sy, Laksa sarawak Tak gunakan ikan, bolehlah si abang makan, hehe.

    P/S walaupun orang JOHOR, sy Tak pernah lagi masak sendiri Laksa JOHOR, tapi mmg tu favorite sy


    Panjang plak komen pasal Laksa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti tahun depan kalau raya turn Kedah boleh pi umah saya kat sana pekena laksa ni SK.. Hihihi.. Tak lama dah pun. Lagi 2 minggu masuk tahun baru 2021 dah.. Bulan April puasa. Bulan Mei dah raya.

      Delete
  2. Sedapnyee.. hujan² ni lapar pulaknye kak 😊.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan-hujan, jangan kata laksa Jaja.. Ubi rebus pun sedap

      Delete
  3. Semua laksa mmg faveret tapi malas msk sbb sendiri makan.tak beli yg di kedai biasanya order yg dah tau mana yg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jumpa yang sedap baik beli sahaja. Saya masak sebab laksa lemak kuah merah ni tak nampak lagi orang jual kat sini.

      Delete
  4. Saya apa jenis laksa pun dari kecil sampai ke lah ni tak minat.sedap mcm mana pun org cerita saya tak terliur

    ReplyDelete