Monday 28 December 2020

SAMBAL IKAN + UDANG vs MASAK LEMAK PUTIH SENGKUANG + SUHUN

 Panjang judul entri hari ini. Tapi lauknya 2 jenis sahaja.Panjang tajuk enti ni, panjang lagi cerita saya di bawah.... Hihihi

Sambal Ikan + udang. Lauk lunch semalam. 
Minggu ni memang x ke pasar langsung. Hanya mengorek peti beku mecarI fosil-fosil zaman purbakala sahaja.. Hihihi dhaif naw bunyi nya kan. Habit buruk saya suka menyumbat simpan makanan sampai terlupa. Saya selalu ada perasaan terlalu takut kehabisan makanan & akibatnya akan terjadilah longgokan fosil di kutub utara membeku keras dalam iglu tu. Hahaha, saya mudah terpengaruh dengan chanel Nat Geo Wild & kalau kat Hip TV saya selalu terperangkap dalam chanel Nat People. Malam semalam tengok pasal program penempatan semula nomad-nomad kutub di Iqaluit yang dilakukan oleh kerajaan Canada. (Kira macam penempatan semula orang asli la kat Malaysia ni) . Nama Iqaluit tu saya ingat sebab saya terjemahkan dalam bahasa Kedah jadi  i qaluit = saya kaluit. Kaluit tu kalut @ gelabah... hihihi) Dari dokumentari tu diceritakan bahawa mereka sukar menyesuaikan kehidupan baharu kerana sudah terbiasa kehidupan ringkas  iaitu memburu binatang untuk makanan & tinggal dalam khemah & igloo dalam suhu sehingga pernah mencecah - 50°C.Bila dipenempatan baharu mereka perlu servive dengam cara hidup baharu. Perlu mencari pekerjaan baharu, komitmen baharu seperti bil utiliti etc & budaya baharu. Kesannya dicatatkan kes bunuh diri yang tinggi.Saya hanya menulis apa yang saya tengok dalam dokumantari tersebut. Saya belum pernah mejejak kaki ke sana. Tapi bila tengok ramalan cuaca dunia hari ini suhu Iqaluit - 12°C dibawah paras beku.Matahari akan terbit pada pukul 9.22 pagi dan terbenam pada pulul 13.48pm.Pendeknya siang di sana . Syukur kita di bumi bertuah Malaysia ni sejuk tidaklah seperti salji, panas pula tidaklah seperti di gurun. Alhamdulillah... 
Meraban sampai ke Canada la pulak..Jom balik Malaysia... Hihihi. 



Sambal Ikan+Udang ni terjadi kerana hasil korekan dalam freezer jump ikan 3 ekor & jumpa udang adalah dalam 10 ekor kot. Rasanya udang tu saya beli nak buat rencah kue teow dah berbulan tu. Hihihi



Masak la dua makhluk laut ni menjadi sambal tumis. Saya ada jemputan majlis pertunangan anak jiran, tapi kena la juga masak untuk di rumah. 


Selain Sambal Ikan + Udang, saya juga masak sayur lemak putih sengkuang +suhun. Kalau masak lemak putih memang sesuai berjodohan dengan sambal tumis ni. 


1st time makan sayur lemak sengkuang ni masa darjah 5.Masa tu masih tinggal kat kampung lama. Emak saya buat masak lemak putih sengkuang ni bila bapa saudara beli sengkuang & ikan minta  mak masak. Bapa saudara tu abang ipar mak saya. Isterinya kakak mak saya merangkap mak sedara saya. Masa tu mak sedara saya ni pergi menjaga anaknya bersalin di Sabah hampir setahun lamanya. Bapa sedara ni tak ikut sebab kerja. Kerjanya pula dikilang padi  di bandar. Setiap petang waktu balik kerja, bapa sedara ni akan beli ikan & sayur minta mak saya masak.Makanan tu dibahagi 2.Sebahagian untuk bapa sedara dan sebahagian  lagi sebagai upah mak masak. Kemudian mak masukkan bahagian bapa sedara tu dalam sia(mangkuk tingkat) dan saya hantar ke rumah bapa sedara ni. Seronok kemain saya sebab setiap hari dapat makan sedap. Selalu mak masak ikan kering atau ikan sawah sahaja yang mak pancing. Tapi tidak lama lepas tu mak dah tak nak lagi masak untuk bapa sedara tu.Kata emak tidak manis emak selalu masak untuk bapa sedara tu kerana bapa sedara tu adalah ipar & bukan abang kandung. Masa tu saya langsung tidak boleh terima kerana pada saya apa yang salahnya. Yang sebenarnya saya sedih sebab kembali makan ikan kering & tak dapat lagi makan lauk sedap terutama sayur lemak sengkuang  yang sedap tu. Sampai hari ini, saya masih ingat kesedapan masak lemak putih sengkuang tu. Sesekali saya akan masak untuk menikmatinya seorang diri kerana anak-anak memang tidak akan makan. Biarlah saya makan bertemankan kenangan lalu yang penuh warna warni. Mengenang bukan untuk kembali. Tepi lebih kepada teringat sahaja. 


Kesudahannya hanya Cella yang makan nasi berlaukkan sambal tu. Saya ajak Adah temankan ke jemputan jiran tu kerana Cella nak siapkan assigmentnya. Adah temankan separuh jalan sahaja kerana dia nk keluar makan dengan Ziha kawannya. Di majlis tu saya hanya makan kuih kerana selera saya tertinggal di rumah untuk makan sambal & masak lemak putih sengkuang yang penuh kenangan. Hihihi



6 comments:

  1. Sambal ikan n udang tu memang la feveret saya 😁. Sedapnyeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Jaja.. Lauk makgmak belah kita selalu masak ni sambai ikan kan.. Kena ikan temenung fresh goreng garing-garing habih meta la.. Hihihi

      Delete
  2. kalau saya ikan, udang, ayam, sotong dll saya akan masukan ke dalam tipuware dan tampal sticker apa ke di dalam tu dan tarikh nya sekali.tidak lah ia menjadi fossil.sedap sangat masak sambal ikan di jodohkan dgn apa2 sayur lemak putih dgn suun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... Semalam dah kemas-kemas peti beku tu. Pasni leh guna idea tippuware ni.. TQ share idea

      Delete
  3. Kat rumah akak tak sempat jadi fosil ikan2 sebab rakyat kat rumah ramai.Lagipun akak beli ikan 3 hari sekali.
    Tak pernah lagi buat lemak putih senkuang ni .Biasa masak pun buat lodeh untuk lontong je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kes saya yang pemalas ni.. Hihihi....lagi pun ikan kalau dah lama simpan tak sedap kan..

      Saya suka kalau lodeh ada sengkuang.. Sedap.
      Kalau kat Kwdah selalu juga jumpa Kari Daging + Sengkuang. Rasa dia macam rebung.

      Delete