Thursday 31 December 2020

BUAH JAMBU KELING

Penatnya rasa sejak sebulan dua  ni. Banyaknya kerja nak dibereskan.Mujur minggu lepas hampir selesai. Apapun alhamdulillah, kerana penat bekerja dan ada gaji, ada rezeki.Astaghfirullah... Semoga Allah ampunkan dosa. Berapa ramai lagi diluar sana penat memikir kerana tiada kerja.Huhuhu.... 


Jambu Keling... Post  terakhir  2020.Esok dah 2021..

Jambu Keling. Memang itu nama yang orang kampung saya beri kepada buah ini. Walaupun ada yang panggil jambu bol,jambu bola, jambu apa lagi ek. Tapi kalau orang kampung saya memang panggilnya jambu keling. Sejak beberapa bulan ni, buah ni asyik lalu lalang..Terliurnya nak makan....

Nak jadi rezeki.. 


Tengok dalam group komuniti ada orang Kelantan jual.. Terus gi beli. Sekilo Rm10. Walaupun, saya bukan pecinta buah-buah masam. Bukan juga penggemar colek atau menyicah kerana gigi mudah ngilu kalau makan buah masam. Tetapi saya begitu beria-ia sangat nak beli buah jambu keling ni lebih kepada kerinduan pada masa lalu. Harapan saya, bila saya beli buah jambu keling, anak-anak akan mencuba & bertanya untuk saya ceritakan pasal buah jambu keling ni. Tapi, memang tak lah.... Depa tak hairan pun
Tak jeling pun.. 
Takpa lah, sekurang-kurangnya saya dah kenalkan kepada mereka. Walau teringin untuk mekan, tapi gigi memang ngilu. Kunyah jugalah sebiji...hihihi




Buah jambu tiga serangkai, 
Datang dari tanah Jawa, 
Apa ilmu cik adik pakai, 
Makin dipandang makin katawa. 



Setiap kali nampak jambu keling saya akan teringat kisah tu. Sekarang, geng nak curi jambu keling tu semua sudah tua pun. Semua sudah bercucu pun kecuali saya & kak Syun. Tapi Pak Din yang lebih tua daripad emak saya, masih lagi sihat bila berjumpa sesekali ketika balik kampung. Saya tidak pasti Pak Din & semua geng pencuri tu masih ingat atau tidak peristiwa ini.Tapi saya memang tidak lupa. Semua cerita & watak dalam cerita ini memang benar-benar wujud & cerita di atas juga memang benar-benar berlaku. Tapi bila sudah dewasa tiada lagi dag perangai kanak-kanak tu... Dengan Pak Din pun dah lama minta halal pasal jambu tu.. Hihihihi.. 


Jambu Keling.... Sejenis flora yang pernah mencipta kenangan dalam hidup saya. 

1 comment:

  1. kalau yg dah merah tu masam dia kurang.saya pun teringat juga waktu kecil jiran depan rumah namanya mak itam.umah dia pun ada sepohon pokok jambu ini.tapi walau pun rumah tak berpagar, tak berani curi dan minta pun, kecuali dia bagi.pokok tu pun dh tak de lagi.

    ReplyDelete