Sunday 13 December 2020

KUIH UBI KAYU GULUNG PISANG-NOSTALGIA KAMPUNG BARU

Kuih Ubi Kayu Gulung. Kali pertama makan kuih ni pada tahun 90's @ Kampung Baru, KL.Masa tu Kg Baru memang syurga makanan.Paling saya suka bubur nasi berlauk kat situ memang sangat sedap beraneka lauk. Dekat tepi gerai bubur berlauk tu ada jual aneka kuih Kelantan & Thailand. Antara yang selalu saya beli tentulah akok, nekbat & kuih ubi kayu gulung pisang ni. Akok & nekbat boleh jumpa merata kalau bulan puasa. Tapi kuih ubi kayu gulung pisang ni saya hanya pernah jumpa di Kg Baru & kadang-kadang nasib baik ada jumpa tempat kuih-muih Kelantan. Saya pernah buat kuih ni beberapa tahun yang lalu. Tapi memang sudah agak lama tidak mengulanginya

Kuih Ubi Kayu Gulung Pisang. Dalamnya pisang abu. Keliling yang hijau tu ubi kayu parut. Luarnya digaul kelapa manis macam kelapa cicah ubi kayu zaman dulu-dulu. Saya memang tidak tahu nama asal kuih ni. Kalau nekbat, akok, buah tanjung, tahi itik memang tahu. Bila Google memang ada kuih macam ni tapi digaul kelapa bergaram sahaja. Saya nak kuih gulung ubi kayu ni macam yang dijual di Kg Baru tu. Kelapanya mentah tapi manis & sedikir sahaja masin. Memang sedap dapa tekak saya. Yang jualnya saya tak pasti orang Kelantan atau orang Patani sebab loghat mereka sama. Dijual pula bersama kuih-kuih Kelantan. Akok, nekbat, buah tanjung dan lain-lain. 

Puas hati dapat makan puas-puas. 
Beberapa hari yabg lepas nampak ada lori jual ubi kayu dan nanas madu depan klinik lama tu. Selori ubi kayunya yang masih melekat pada pangkal batang ubi. Bila pelanggan nak beli baru dipotongnya dari pangkal batang ubi tu. Rasa lah juga beli ubi fresh


Memang sudah lama  berangan nak buat kuih ni. Tapi selalunya ada ubi pisang tiada. Ada pisang ubi pula tiada. Bukan sebarang pisang boleh guna. Kalau pisang emas, rastali & pisang yang dimakan mentah tidak sesuai kerana akan benyek bila dimasak. Nak cari pisang abu memang susah nak dapat. Nak buat kuih ni pula kena pisang abu yang baru mula menguning baru sedap & bukan yang sudah lembik. 


Pisang abu & pisang raja baru ngam sebab pisangnya tidak mengecut. Walau dimasak isinya padat & tidak lembik bila dimasak.Baru bentuk gulungan stabil & kemas. 

KUIH UBI KAYU GULUNG PISANG

2½cawan ubi parut
5biji pisang abu/nipah  yang besar
1/2 sudu teh garam halus
1/4 sudu teh pewarna hijau
5 keping daun pisang /plastic cling

Bahan Salut:
2 cawan kelapa parut putih
¼cawan gula pasir putih
½sudu teh garam
*Semua bahan salut ini dicampur rata & dibiar ½jam supaya gula meresap kedalam kelapa

1. Ubi diperah airnya hingga kering & nampak berderai bila dilerai. 
2.Air perahan ubi dimendapkan & ambil pati mendapannya. 
3. Campur ubi, garam, pati mendapan dan pewarna hijau. Adunan jangan cair/jangan tambah air . Sekadar lembab sahaja
4. Bahagikan adunan kepada 5 bahagin sama banyak anggaran ½ cawan seriap bahagian(ikut jumlah pisang) 
5. Bentangkan daun pisang @ plastic cling 
6.Ambil 1 bahagian ubi hijau & leperkan anggaran muat untuk balut pisang
7.Letak pisang ditengahnya & gulung bersama plastic  sambil diketatkan supaya kemas. Lipat @ kemaskan kedua-dua hujungnya
8.Kukus anggaran 20-30 minit. 
9.Angkat dan sejukkan seketika dan buka balutan. 
10. Gaul kelapa manis tadi & hiris tebal. Hidangkan 
Sepatutnya bungkus dengam daun pisang. 
Tapi daun pisang tiada. Hanya guna plastic cling. Saya alas atas papan potong d selit plastic tu bawah papan tu supaya tegang d mudah diurus



Letak pisang abu ditengahnya & gulung kemas-kemas. Kelebihan guna plastil cling ni kita boleh gulung & wrap kemas-kemas. Kalau daun pisang mudah koyak. Tapi kalau guna daun pisang baunya lebih harum


Kukus hingga masak anggaran 1/2 jam. 
Memang gedabak gulungannya kerana saiz pisang abu yang besar. Sama seperti yang pernah dibeli dulu saiz  gulungannya besar lengan kanak-kanak. 


Biar sejuk sikit baru buka plasticnya & gaul dengan kelapa yang sudah digaul gula & sedikit garam. 


Sebaiknya kelapa tu dicampur secubit garam & extra gula dibiar 1/2 jam supaya gula. & kelapa mesra dan sedap. Rupa kelapa nya putih jernih kerana menyerap gula. Rasa kelapanya seperti inti kelapa & tidak basi dibiarkan seharian walaupun tidak dimasak kerana gula menjadi pengawet. 


Sedapnya menikmati kuih ubi kayu gulung pisang.Rasa pisang kukus ditengahnya. Lemak melekit dari ubinya & diluarnya lemak manis kelapa bergaram serta bergula. Rasanya sama seperti yang pernah dibeli di Kg Baru dulu. 





13 comments:

  1. Baru lepas minum petang santap kek pisang tunjuk dan kek ubi kayu mentega homemade panas2.syukur Alhamdulillah diusia kini masih boleh makan ubi kayu nostalgia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, kek ubi kayu mentwga homemade tu macam teringin la.. Buat macam kek butter juga ker macamana?

      Delete
    2. Ye ikut adunan kek butter cuma tambah 11/2 cawan ubi kayu parut.akak guna ubi mentega warna mmg kuning original. Suhu oven 150 bakar selama 1 jam

      Delete
  2. X pernah kakmim mkn kueh ni... mungkin x brp familiar utk org² kat sarawak ni kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini pun jarang nampak tapi ada.Nak kena cari tempat kuih-kuih pure Kelantan

      Delete
  3. Tak pernah nampak dan tak pernah makan, nampak macam sedap sangat ni dinikamti petang2 bersama seteko kopi o panas, seteko la baru puas minum kopi, hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..SK memang pemurah.Seteko terus kopinya...hihihi

      Delete
  4. Sedapnya macam teringin nak makan.Kalau lah ada yang jual pasti nak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah ada ubi kayu tanaman sendiri.Daun pisang pun ada.Tinggal cari kelapa & pisang abu.Caiyok kak..hihihi

      Delete
  5. Memang lebih kurang sama dengan kuih bandang @ kuih janda yg saya buat tu. Sedap betul kuih ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...Kalau tengok sama sahaja rupa dia.Beza kelapa sahaja manis & masin.Tapi cikgu lagi beruntung,dikelilingi kuih dari pelbagai etnik.Meriah betul...

      Delete
  6. ▪ Muhammad Afif Akasha bin Maruan, 17tahun(2022). Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2.

    Pada Mac 2017, Afif waktu itu berumur 12tahun. Dia tiba-tiba mengalami bengkak di leher dan bawah ketiak. Dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah kemudian diminta menjalani pembedahan kecil untuk ambil tisu di leher, kemudian pada Jun 2017, dia disahkan mengidap Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2. Dia menjalani kimo 12kali, selepas saja kimo, dia mengalami muntah, tak lalu makan,sakit badan,setiap jam kena urut. Kimo pertama dan kedua pun sama kesannya hingga tak sanggup nak teruskan kimo. Berat dia turun 2kg, semasa kimo. Datang kawan baik ibunya memperkenalkan Jutawan Herbs ,ibunya beli dan terus beri dia minum jus herba semasa rawatan hospital. Kimo ke 3 alhamdulillah dia ada selera makan, aktif balik seperti biasa, tak sakit badan lagi dan pada November 2017 iaitu kimo ke 6, berat badan Afif naik 5kg .Doktor sahkan tak ada lagi sel kanser dan sampai sekarang masih minum Herba Jutawan Herbs.
    -------------------------------

    ▪Puan Arbaayah bt Hussin, 72tahun dari Taiping. Pada tahun 2013 ,dia diserang demam, bengkak kaki dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia ditahan di wad Hospital Taiping dan doktor mengsyaki dia diserang kencing tikus. Tapi pada 2015 dia alami tanda yang sama dan doktor mengesahkan dia menghidap Sirosis hati tahap 3. Anaknya terjumpa blog Jutawan Herbs dan dia mula guna herba sejak 2019 sampai la sekarang. Mula-mula minum tak ada sebarang perubahan, tetapi 1 bulan lepas tu barulah dia perasan ,rasa seram sejuk dan takut nak mandi selama ni dah berkurang, sampai sekarang tak ada demam dah. Kesihatan bertambah baik.

    ▪Puan Siti Saharia, 44tahun. Kanser payudara tahap 2.

    Pada bulan Ogos 2020, dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 2, selepas menjalani proses ultrasound dan biopsi. Dia melalui pembedahan mastectomy, kimo 6kali dan radioterapi 15kali. Dia kenal Jutawan Herbs dari kawan yang sakit kanser panyudara juga. Dia minum herba Jutawan Herbs pada 2020 semasa sedang kimo. Kalau dulu kesan sampingan semasa kimo sangat teruk dengan alahan, tak ada selera makan dan badan lemah. Tapi lepas minum Jus Jutawan Herbs semasa kimo, kesan sampingan sangat berkurang,mkn berselera, bertenaga dan siap boleh pandu kereta. Pendek kata boleh jalani hidup macam orang sihat. Dia tidak berharap rawatan moden saja, sampai sekarang dia terus ambil herba dan makin pulih.
    -------------------------------

    ▪Puan Roziaton bt Mohd Kasini, asal dari Triang Pahang, Kanser Usus tahap 3.

    Pada Julai 2016 ,doktor mengesahkan dia menghidap kanser usus tahap 3 dan perlu buat kimo 12x. Dia terus patah semangat kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil. Tapi keluarganya membelikan Jus Jutawan Herbs untuk dia minum, ketahanan badannya menjadi kuat melawan kanser. Dia juga ada minum herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama dia buat kimo. Kimo seperti biasa, tiada sakit badan,tiada demam dan lain-lain. Pada 2017 doktor sahkan dia bebas dari kanser dan hanya perlu ambil darah CEA setiap 6bulan sekali. Tak lama lepas tu doktor cakap dia hanya perlu datang ambil darah 1tahun sekali saja. Alhamdulillah dia pun dah sembuh kanser.
    ------------------------------

    ▪Puan Aida dari Pahang, anaknya mengidap Leukimia Acute Limphoblastik (ALL) .
    Pada hujung tahun 2016, anaknya disahkan menghidap penyakit Leukimia Acute Limphoblastik (ALL). Dia terjumpa blog Jutawan Herbs dan memberi anaknya minum 2jenis herba dari Jutawan Herbs sebelum masuk ke hospital untuk kimo. Lepas 3tahun ,dia perasan anaknya makin cergas ,makan bertambah dan x lesu seperti sebelum minum Herba. Dia yakin Jus Jutawan Herbs banyak membantu anaknya makin sihat.
    ------------------------------
    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete