Monday 28 December 2020

MUFFIN PISANG FROZEN

Tengah musim pisang.. Hihihi. Sebenarnya masih lagi menu pisang. Pisang setandan yang Ita bagi hari tu sebab masaknya serentak memang tak sempat nak makan sekaligus. Saya buangkan biji pisang tu & buat 4 bungkus berasingan anggaran 1 bungkus tu 2 cawan pisang lenyek & frozenkan. Dapatlah bertahan lama. Sebungkus sudah dijadikan lepat.Sebungkus saya buat muffin pisang ni


Muffin Pisang ni saya masak awal pagi semalam. Pagi-pagi lagi rumah berbau harum muffin pisang dibakar. 


Antara kuih yang mudah nak buat. Leburkan semua. Sudukan dalam paper cup & masukkan dalam oven. Dah boleh buat kerja lain. Sebenarnya memasak guna oven ni seronok sebab tak payah nak control api dan tak payah nak kacau bagai. Sebab tu nampak wanita-wanita barat mereka banyak leisure time sebab banyak masak guna oven. Tapi tu la...kos bahan masakan barat macam mahal la pulak walaupun cara masak mereka nampak mudah. Itu yang mata saya la nampak. Hakikat sebenar tak tahulah sebab tak pernah masuk dalam kasut depa. Hihihihi


Muffin Pisang ni memang guna pisang yang saya dh lenyek & frozen. Pisang frozen ni keluarkan sekejap sahaja. Dalam 5 minit sahaja  sudah nyahbeku. Memula ingat nak buat cekodok sahaja untuk sarapan sebab nak terus masak lunch. Tapi dah reheat pisang tu teringat nak buat muffin pula. Kalau buat cekodok, kadang saya sorang makan.Bila tak habis, sayang kalau dibuang. Kalau masak muffin boleh tahan lama.Makan panas-panas pun boleh, makan sejuk pun sedap. Lagi lama lagi moist & bertambah sedap. Selongkar "mini bakery store" cari paper cup & bahan lain. Setor mini saya tu tong Toyogo yang besar tu jer. Hihihi. Segala mak nenek bahan bakery saya susun dalam tu.Kadang bila sesekali selongkar memang feel macam masuk kedai bakery la. Padahal tong Toyogo jer kot.. Hihihi... 


Sambil Cella melayan online class, sempat dia pesan suruh letak coklat chip. Saya tak suka coklat chip. So, saya buat 2 versi. Plain & versi coklat chip.Selalu kalau baking Cella yang excited nak buat tapi ni dia tengah class. Tapi kejap-kejap dia datang jenguk. Pic-pic yang terang tu Cella yang snapkan. Yang kelabu asap skit tu saya snap sendiri. Hihihi... 




Dapat 15 pcs. Saya masukkan sikit essn pisang untuk serlahkan keharumannya. 



MUFFIN PISANG
2 cawan pisang lenyek
3 cawan tepung self raising
1 cawan gula perang
1 cawan minyak jagung
2 biji telur
1/2 cawan coklat chip (jika suka) 
1/2 cawan almond flakes(jika suka) 
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen pisang
15-20  paper cup tebal

1. Pisang lenyak dicampur garam dan soda bikarbonat. Biar 5 minit. 
2. Masukkan telur dan gula perang. Kacau hingga gula larut. 
3. Tambah minyak jagung & esen pisang. 
4. Kaup & balikkkan tepung sikit demi sikit hingga adunan agak pekat macam cekodok pisang. Tambah coklat chip jika suka
5.Sudukan ke dalam paper cup & taburkan almond flakes. Sementara tu panaskan oven 180°
6. Bakar selama 20-25 minit. Cucuk dengan lidi, jika lidi yang keluar tu bersih tiada kesan adunan melekit, tandanya kuih sudah masak. 


Saya memang tak suka coklat chip. So, saya sudukan yang plain tu dalam 5 cup & baru saya tambahkan coklat chip dalam adunan selebihnya. 


Sejukkan atas redai sesambil masak lunch. Makan panas-panas atas dan bawah kuih garing sedap. Kalau makan dah sejuk pula rasa moist. Saya suka haruman esen pisang. Tapi kena hati-hati masa tuang  sebab kalau terlebih letak pedih hidung baunya & silap-silap tak boleh nak telan kuih tu sebab bau dia kuat kalau terlebih letak. 

12 comments:

  1. gebunya muffin tu... mcm x terabis pulak nk mkn sorg 1 cup tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Mim.. Memang kenyang kena sebiji pun.. Hihihi

      Delete
  2. saya dh pernah buat muffin pisang ini, resipi mak cella.alhamdulillah elok kejadiannya dan di panjangkan juga resipi dan muffin ke jiran depan rumah.saya suka letak raisin dan walnut.saya pun mcm mak cella juga ada mini stor bakeri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Letak walnut lagi sedap kan... Lemak-lemak kacang.. Mini store kita sama yer... Hihihi

      Delete
  3. Nanti nak try jugak lah resepi ni 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Jaja.. Muffin tak banyak songeh. Main lebur jer semua.. Gud luck Jaja

      Delete
  4. sedap tu muffin banana., nyum2

    ReplyDelete
  5. Cantek nya kejadian muffin pisang mak cella buat.Mesti sedap ada almond flakes tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Rumah akak banyak pisang kapas tu.. Nanti boleh try... Hihihi

      Delete