Tuesday 1 December 2020

ZAMAN ONLINE vs OFFLINE

 Memang betul-betul penat hari ini. Baru menjejak rumah ketika azan Asar sudah lama berlalu. Matahari sudah berayun ke ufuk barat. Sebentar lagi senjakala. Pagi tadi dah siap masakkan nasi & lauk kat rumah. Masak sardin sahaja hari ni sebab nak cepat. Pukul 7.30 dah keluar rumah dengam Cella.Dia nak ikut sebab nak siapkan assignment & nanti nak kena  pos. Pukul 8.20 sampai, tengok Dila pun baru sampai  tengah buka ofis. Orang pertama sampai si Siti cleaner tengah tunggu depan ofis nak punchcard la tu agaknya. Kiranya saya orang ketiga  la. Hihihi ..Orang kata jangan jadi orang ketiga kan.. Hihihi.. 


Hari ni membeli nasi lemak PakSu. Sudah lama teringin nak makan Nasi Lemak Paksu. Hajat nak beli lauk rendang daging tapi baru pukul 7 lebih dah habis. Beli sambal kerang. Pukul 9.00 mak call bagitau dia balik kampung kemas almari pinggam habis dimakan anai-anai. Tengah mak call kak S masuk mengadu masalah negara. Pinjamkan sekejap telinga kita. Kawan tengah serabut kan, tak mampu tolong pun hanya mampu jadi pendengar. Sib baik Dila call panggil kak S. Lagi 5 minit nak pukul 10.Tengah tunggu link dari En Shahrul. Hari ni En Nazri nak bagi online workshop. Kelam kabut kejut cella tolong. Pukul 12 habis & sambung kerja. Cella mata dah terjojol macam burung hantu dah menahan mengantuk. Apapun semua kena settle hari ni juga.Pukul 3.45 dah siap.kunci pintu & berkejar ke pejabat pos. 2kali pusing belum dapat parking. Terpaksa parking jauh d menapak. Saya ingat nak drop Cella kat depan pejebat pos & nak parking berlapis & tunggu dalam kereta. Tapi Cella tetap nak ajak.juga mak dia. Katanya dia nervous nak berurusan kat pejabat pos sebab tak pernah & tak tahu nak berurusan. 

Hahahahahahahahahaha...untuk pertama kali saya ketawa kuat-kuat. Selalu saya rasa saya bodoh sebab langsung tidak reti nak beli barang online,tak reti bayar bil online, waima online banking pun saya tiada. Semua saya berurusan by cash. Paling pun sejak PKP nak bayar segala bil saya transfer duit di ATM keakaun Adah & minta dia bayarkan walaupun 2 kali kerja. 


Hari ini dengan bangganya saya nampak lebih pandai dari anak.Walhal, ajar masuk pejabat pos sahaja pun. Hihihi.. Satu-satu mak ajar anak macam nak ajar anak bertatih
-Mula-mula masuk gi kaunter dulu cakap nak sampul & borang pos laju. (masa ni tak. perlu ambil nombor lagi

-Nanti dah dapat sampul & form tu, tengok keadaan. 

-Kalau orang ramai, amik nombor dulu, baru isi borang supaya sambil tunggu Q boleh isi

-Kalau orang tak ramai, isi la form dulu, baru amik nombor. Sebab nak isi tu banyak juga, nama & alamat pengirim & nama serta alamat penerima. Takut belum sempat isi nombor dah naik. 

-Dah siap isi form tu tunggu nombor dipanggil. 

- Bila nombor dipanggil, baru gi kaunter. Barang akan ditimbang & bayar kos.. Kalau nak buat pos laju bagi sahaja barang dikaunter, Tak perlu masukkan dalam tong pos

-Siap urusan. 

**Kalau pos selepas pukul 3 petang, barang akan gerak esok. Sebaikmya pos sebelum pukul 3 petang

**Semua ini dari pengalaman saya la. Mungkin ada perubahan mengikut tempat atau keadaan

Resit bayaran harga pos. Ikut berat barang. 
Assigment Cella hari ni kos posnya  RM10. 90

Sebab orang tak ramai, isi dulu form baru ambil nombor

Ssmentara Cella isi, saya ambilkan nombor. Lagi 2 orang sebelum giliran Cella

Nak isi pun tanya mak


Yang kelakarnya, 2 orang kawannya juga call untuk bertanya bagaimana nak berurusan dalam pejabat pos.Cella minta saya terangkan kepada kawannya...
Anak-anak muda zaman online jangan pandang rendah kepada mak-mak yang tak pandai online tau.. 
Oh..Terasa diriku begitu berharga.. Hihihihihi...



10 comments:

  1. Sy pun nk share pengalaman hr tu pegi poslaju. Dh lama sgt x buat pos2 ni..hehe.. punya la beratur panas2 kt luar..yelah pkl 3 pm..kt dlm boleh 3 org je msk..sb tmpt kecik nk jaga social distancing. Dh msk rupanya kena download apps pos malaysia dulu. Isi dulu kt dlm tu detail penghantr n penerima. Lps tu scan. Br keluar sticker yg nk tampal kt bungkusan poslaju. Huh..berpeluh jugak menyetelkannya. Tp kali kedua pegi dh mudah sgt..kjp je..siap boleh eksyen dgn org yg dtg awal tp blom download apps.. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak,kalau nak kena d/load aps bagai ni memang saya lemah ni..hihihi
      Tapi setiap beribu langkah itu kan bermula dengan langkah pertama kan...hihihi

      Delete
  2. Kalau tengok pada sampul yang Cella guna tu, tu sampul prabayar, harganya memang dah ditetapkan. Utk saiz besar tu berat tak lebih dari 1 kg dan pos dlm semenanjung sahaja. Bagi barang yang lebih dari sekilo skrg dah guna sistem e-consignment, kena install apps poslaju dalam phone.

    Kita dah lama terlibat dalam bisnes online dan mmg gunakan poslaju utk sebarang urusan pengeposan, poslaju pun dekat jer dgn office kita ni ha. Iman masa sek2 dulu, mmg dialah jadi PA, klu tak ada parking dialah yg akan turun buat semua urusan. Kita boleh bayangkan debaran dua beranak ni first time nak buat poslaju, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa...macam tu ka SK..
      Saya baru nak berlagak sikit..hihihi
      Banyak lagi la saya kena belajar ni...Kalau nak kena install bagi ni kalah la saya..hihihi

      Cakap ngan cella ni lepas ni kena install aps..Dia cakap dia pun baru tahu.Sebab ada kawan yang pos asigment tu kat J&T bagitahu..Hihihihi

      Pasni kena belajar lagi lah sebelum boleh berlagak lagi..hahaha

      Delete
  3. Aduhai... perkhidmatan pos laju di LD dihentikan selama 2 minggu mulai kelmarin. 3 kakitangan positif covid-19.
    Hahaaa... seronok juga bila kita rasa sebenarnya diri kita begitu berharga pada masa-masa tertentu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu....
      Semoga kita seua dilindungi ya cikgu..

      Kan..kadang terasa la diri pandai sikit.Tapi perasan sahaja lebih sebab orang lain dah lama tahu..hihihi

      Delete
  4. Ha ha ha saya pun tk pernah guna pos laju.selalunya guna tnt.depa dtg ambik kt ofis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo boleh yer minta merwka datang amik... Aduhai lagi banyak saya kena belajar ni... Hihihi

      Delete
    2. Buka account dgn depa.siapkan segala document,masuk dlm flyer,call dan depa.akan ambil.cukup bulan dia hantar invoice

      Delete
    3. Ish....Rasa gemuruh la pulak kalau nak berurusan 1st time ni..hihi..TQ info

      Delete