Sunday 20 December 2020

BETIK TUMIS PEDAS

 Makan nasik. yok... Lauk betik lagi la hari ni... (semalam sebenarnya) sebab tulis separuh jalan. Hihihihi. Ni bukan last entri pasal betik tau.. Ada 1 lagi waiting list pasal betik ni.. Yang ada pokok betik @ ada stok betik mengkal, jom jemaah masak lauk dari betik. 


Lauk Sayur Betik Tumis Pedas dengan ikan bilis



Lauk mak-mak ni.. Hihihi


Pasal betik lagiiiiii..... 
Betik mengkal. Rangup prup prup prup


Merah isinya. Tapi masih belum cukup masak. Masih keras dan hampir masak dipanggil mengkal. Mak saya  cakap betik mekai.. Warna merah macam ni mak saya panggil merah suasa. Kalau kat kampung banyak betik warna oren bila masak. Kalau dapat yang masak merah macam ni, mak saya cakap betik merah suasa.


Betik mengkal dikupas kulit d diparut kasar
Saya guna 1/2 biji betik mengkal. Saiz betik yang sederhana


Tumbuk cili padi dalam 7 biji. Saya guna cili padi merah Bangladesh sebab nak extra pedas. 1 sudu teh garam nak mudahkan cili lumat. 
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 3 ulas
Ikan bilis sejemput 
1 ketul kunyit


 Cili padi hijau ni biasa saya guna untuk masak rendang cili padi ayam. Tak pun untuk patah-patahkan masuk dalam masakan. Buat ulam pun sedap ni. Prup prup prup rapuh. Untuk masak betik hari ni saya guna cili padi merah Bangladesh la.. 

BETIK TUMIS PEDAS
1/2 biji betik mengkal-kupas kulit
Segenggam ikan bilis bersih
3 sudu minyak

Bahan Tumbuk:
7 cili padi Bangladesh
5 bawang merah
3 bawang putih
Sejemput bilis bersih
1 ketul kecik kunyit

1. Betik disagat kasar@ cincang halus
2. Panaskan minyak & goreng bilis hingga garing. Ketepikan
3.Dalam minyak yang sama tumis bahan tumbuk hingga naik minyak
4. Masukkan betik & kacau seminit dua. Jangan masak lama supaya masih kekal rangup. 
5. Sesuaikan rasa & tabur ikan bilis goreng
*Kalau masukkan daun limau purut lagi harum & sedap



Lauk kering-kering ni memang favourite saya nih. Dapat gaul dengan nasi panas-panas. Ada ikan masin sikit sudah cukup heaven untuk saya


Makan tengahari saya terasa cukup puas kerana lauk ini mempunyai cukup rasa, pedas, masin, sikit manis & lemak bersulam pula ikan bilis garing rangup. Anak-anak saya masakkan lauk lain untuk mereka kerana memang sudah tahu betik goreng pedas ini bukan taste mereka Selalau saya masa betik tumis pedas ni saya akan campakkan sehelai dua daun limau purut. Baru terangkat aromanya. Saya juga pernah masak lemak pedas betik. Bahannya macam bi juga, cuma tam ah santan pekat. Pun sedapnya lahai....Kalau dapat pucuk betik pahit dengan bunga betik jantan lagi la sedap masak lemak pedas. Masak pedas-pedas tapi bagi cukup lemak, masam, masin dan sikit manis semulajadi dari betik. Ish, mana nak cari bunga betik ni... Semalam plan nak ke Pasar Tani. Tapi berbelah bahagi. Cella dah cakap kalau kita ke Pasar Tani alamat kerja lain tak siap. Maka itulah jadinya masak lauk betik tumis pedas ni.. 
Alhamdulillah... 

4 comments:

  1. Sedapnye kak..memang sedap tumis betik pedas² nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dok dekat, saya dah ajak jaja mai makan.. Hihihi

      Delete
  2. Rajin mak cella buat sayur betik.Sedap kan tumis pedas betik ni,akak kadang buat juga tapi tulah biasanya makan sorang je...lauk mak2 kan😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lauk kampung ni jarang jumpa. Sesekali teringin memang kena masak, Demi anak tekak tersayang.. Hihihi

      Delete