Saturday 5 December 2020

MIHUN SUP BEBOLA DAGING

Semalam punya lunch masak Mihun Sup Bebola Daging. Tak masak nasi sebab kehabisan idea untuk masak lauk

Terhasil lah Mihun Sup Bebola Daging.. 

Masak Sup pun dalam rice cooker sahaja. Celur dulu mihun dalam rice cooker. Pastu masak pula sup. Kunun-kunun dapur tidak berasap la. Tapi rice cooker mengambil alih.. Hihihi

SUP BEBOLA DAGING RAMLY

Kuah:

Tulang (jika ada) 
40biji  bebola daging Ramly
10 bawang putih
1 ketul halia
1 bungkus rempah bunjut sup tulang
2 camt serbuk lada sulah
Garam,gula
Mee /meehun/kuey teow

Bahan Sayur Tabur
kobis hiris halus2
taugeh
limau nipis
daun sup+ daun bawang

1. Buat kuah..Rebus tulang2 dengan semua bahan kuah sampai empuk.
2. Kalau meatball tu buat sendiri @ yang mentah...masukkan skali
3. Biar sampai meatball tu masak & timbul.Bubuh garam &gula & rasa...
4. Meehun tu rendam & celur sekejap...
5. Bubuh meehun sikit je dalam mangkuk..tambah sayur2 mentah  tu & tuang kuah yang panas...
6. Hidangkan bersama Sambal Bakso

SAMBAL MERAH BAKSO
1 cawan cili padi merah Bangladesh
1 bawang besar holland
2 bawang putih
1/4 cawan cuka
1/4 cawan gula
2 sudu teh garam halus
1/2 cawan air

1. Rebus cili,bawang besar dan bawang putih dengan 1/2 cawan air hingga mendidih dan bawag nampak jernih
2. Biar sejuk dan bllend  semua bahan rebus bersama airnya serta cuka,garam dan gula
3. Simpan dalam botol bertutup[.
4. Untuk tahan lebih lama simpan dalam peti ais.Lebih lama lebih sdap kerana semua bahan menjadi sebati
5. Bila jhendak makan perahkan limau nilis atau limau kasturi



Ala-ala bakso la kununnya tapi taugeh & kobis tiada. Apapun sup 1 rice cooker tu & sebungkus mihun celur selesai juga dikerjakan.. Hihihi.. ALHAMDULILLAH... 



2 comments:

  1. Ada sambal, ada bawang goreng...peerrgghhh! Menyelerakan sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... Kadang simple pun kalau kena dengan rasa, memang puas makan

      Delete