Monday 21 December 2020

REZEKI SETANDAN PISANG BIJI

 Awal minggu hari tu, hari Isnin, melawat KEBUN BANDAR ITA... kat siniSelain daripada ulam-ulaman, Ita ada bagi setandan pisang yang belum masak

Hari ini genap. Seminggu, pisang pemberian ita sudah menguning kesemuanya. Pagi warnanya masih ada hijau


Biar sekejap sampai petang. Dah semua kuning tiada hijau lagi dah.. Semua masak serentak pulak tu. 


Pisang ni spesis Pisang Awak, Tapi awal-awal lagi Ita sudah bagitahu pisang ini jenis ada banyak biji. Kata Ita dia segan nak bagi jenjirannya. Kata Ita, takut mereka tidak makan pula pisang ni sebab banyak biji. Tapi bagi saya pisang ada biji masalah kecil sahaja. Kalau buat pisang goreng biji pisang mudah dibuang. Kalau cekodok, struggle la nak asingkan bijinya. 

Saya sikat-sikatkan pisang ni. Ada 6 sikat/sisir semuanya. 

Haa.. Memang semua berbiji. Tiada sebiji pun yang tiada biji. Tapi kalau buat pisang goreng sebenarnya bukan masalah besar sebab nanti sudah masak bijinya mudah dibuang. 


Tapi untuk anak-anak bertuah 3 orang tu, semua untuk depa saya gigih  buangkan juga biji. Bertuah depa ni, mak siap buangkan biji. Tak buangkan depa tak makan. Kalau saya dulu, pepandailah nak hidup. Tak adanya mak saya nak tolong buang biji pisang bagai ni.Anak-anak la ni memang bertuah. 

2 sikat saya goreng. Ha, puas makan sampai tak terhabis. Selalu kalau beli pisang memang la tiada biji tapi beli 1/2 sikat pun dah dekat sepuluh ringgit. Ni rezeki percuma  1 tandan, apalah sangat takat nak bersusah sikit buang bijinya. 

Pisangnya manis & sedap. 


Pisang goreng berbiji jangam terus digigit. Buang dulu bijinya. Biji pisang lebih mudah dibuang bila pisang telah di masak pisang goreng. Biji-biji pisang semuanya memang melekat sepanjang jalur keras ditengah pisang.Sebelum goreng, kan pisang sudah dibelah dua. Jadi, hanya buka pisang ikut jalur tengah pisang & biji pisang mudah dibuang kerana sudah lekang dari pulurnya. Saya tunjukkan kepada anak-anak cara nak buang bijinya. Tapi mereka bukan nak peduli sebab untuk mereka maknya dah buangkan bijinya. 
Bagi saya walaupun pisang ini berbiji, namun ia rezeki yang harus disyukuri. Walaupun Ita cakap segan nak bagi pisang ada biji. Tapi saya tidak segan-segan untuk masak dan makan.Malah berterima kasih kerana Ita sudi kongsi rezeki dengan kami. Kalau pisang ini tidak berbiji, mungkin sebahagiannya dikongsi dengan jiran-jirannya. Tapi asbab pisang ini berbiji, setandan penuh itu menjadi rezeki saya anak.beranak.





7 comments:

  1. Pisang awak ni ada dua jenis
    Jenis berbiji dan tidak berbiji.
    Wak tanam yang jenis takde biji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, memang ada 2 jenis yer. Saya ingatkan sebab faktor tanah berbatu tempat tanam pisang tu. WP bersahabat dengan flora memang sudah pasti cakap berilmu. Terima kasih infonya

      Delete
  2. Sy pernah baca fakta tentang buah2an berbiji ni, tapi Tak berapa ingat. Yg sy ingat sedikit kebanyakan buah sekarang tidak berbiji kerana telah melalui satu fasa pembiakan tanpa biji yg sebenarnya tak berapa elok.contoh, tembikai, limau, anggur, skrg kan mmg jenis Tak ada biji. Pisang pun dulu katanya mmg semua berbiji, ntahlah, betul ke tak artikel yg sy baca tu, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. SK pun suka baca info about pertanian yer.. Betul kan, banyak buah-buahan sudah tiada biji. Buah yang masam pun dimaniskan macam buah asam jawa. Dikacukkan untuk hasil lebih baik. Tapi takut juga nanti hilang identiti buah tu kan..

      Delete
  3. Kecik2 dulu memang selalu arwah mak gorengkan pisang yg ada biji.di situ lah thrillnya waktu makan.kita makan aje pisang tu dan baru di buangkan biji nya.kalau di jadikan cekodok mak akan tapis biji tu guna tapis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. Kita dulu nak memang struggle nak makan apapun.Bukan semudah sekarang kan. Nak hidupkan api dapur kayu pun kena ada skill kan..

      Delete
  4. Pisang ni sedap makan masa muda, hiris nipis pastu tumbuh kasar dengan kuah rojak, sedap sangat2

    ReplyDelete