Monday 14 December 2020

KEBUN BANDAR ITA

Hari ni belum 7.30 saya sudah sampai tempat kerja. Jadi orang pertama sampai. Tapi pukul 12 lepas habis bantu Fizah saya sudah keletihan & memang plan nak balik awal.Jumpa Ita, Ita kata kat rumah dia ada 2 pokok pisang tumbang ditiup angin. Ita ajak saya singgah rumahnya amik pisang tu. Ita memang selalu kongsikan hasil tanamannya kepada saya. Pisang, pegaga, kantan, nanas, segala ulaman selalu Ita bagi. Teruja saya bila. Ita ajak singgah amik pisang dari pokok.Selalu Ita bawa yang dah siap petiik. 


Sampai depan rumah Ita, pokok pegaga gajah ni menyambut. Memang daun pegaga tu sebesar tapak tangan. Sesuai namanya pegaga gajah. Semementara Ita masuk kerumah ambilkan parang, saya meninjau pokok tanaman Ita


Pokok Strawberry juga subur. Ita cakap ada bayak pokok strwberry ni & kalau saya nak dia nak bagi jer.Tapi saya taknak kerana malas menanam atas kayangan. Hihihi


Macam-macam pokok Ita tanam depan & belakang rumahnya. Rumah Ita jenis townhouse. Ita rumahnya yang bahagian bawah. 


Benih maman. Kata Ita hari tu dia tanam banyak. Ni tinggal. Sepokok sahaja untuk bela benihnya. 
 

Sepohon strawberry sedang berbuah. Ita suruh petik, tapi saya cakap biarlah dia bergayut macam tu lagi cantik dari biar saya makan. Hihihi

Parang sudah ditangan. Ita melongsor tebing belakang rumahnya turun ke pangkal pokok posang yang tumbang itu

Suami Ita,Duan, menyertai kami dibelakang rumag. Membawa setandan pisang yang sudah dicantas Ita. Tandan yang ini agak besar. Tapi kata Ita, pisang ni ada biji. Dia segan nak bagi jenjiran sebab pisang ni ada biji. . Hihihihi. Tapi kalau tebang pisang ni Ita mesti kongsi dengam saya. Kali ni Ita bagi terus setandan, sebab 2 pokok pisang yang tumbang tu buahnya sudah matang. Perlu peram supaya masak. 


Ni kata Ita pokok pisang Lemak Manis. Belum berbuah. Di luar sana tu jalanraya. Kata Ita kadang ada Bangla pemotong rumput terpotong pokok tanamannya. Kadang buah nanas dia pun mereka rembat. Dia cakap dia nampak dari dalam rumah, tapi malas nak sergah. Pernah nampak mereka petik sirih tanamannya juga dia biarkan sahaja. Malas nak bising katanya. Kalau dilapor kepada majikan dorang boleh sahaja, tapi kata Ita tak sampai hati pula.

Suasana belakang rumah Ita. Merangkap kebun   Bandar Ita
Ita sedang memotong daun pisang untuk saya

Kantan Ita juga sedang berkembang. Besar-besar bunganya. 

Ita potongkan saya beberapa kuntum kantan. 


Pokok nanas Ita pun banyak. Rasanya lebih 10 rumpun. Ada yang sedamg bebuah. Tapi susah nak snap gambar sebab saya memakai baju kurung dengan berkasut tumit & menjinjit setandan pisang. Bergalas handbag bagai. Memang  tak sesuai nak berjalan kerana tumit masut terbenam dalam tanah lembut


Ita juga keratkan beberapa helai pandan untuk saya

Ita petikkan pucuk gajus untuk saya

Pokok gajus ni rendah sahaja sebab Ita kata dia selalu pangkas

Ulam Tenggek Burung.. Pun Ita petik sikit untuk saya


Merimba pokok-pokoknya


Pokolk mulberry. Kata Ita dia baru pangkas & buang daun untuk galakkan berbuah. Memang penuh bunga mulberry ni. Kalaulah buahnya sedang masak, haruslah saya petik ni

Pokok Samak @ pokok salam. Orang Kelantan panggil Pokok Serai Kayu. Pun lebat berpucuk


Ini kata Ita, pokok kacang panjang. Pokok kacang ni jenis yang tidak perlu para-para. Buahnya agak pendek tapi nama ya kacang panjang. 



Bayam merah juga subur bersama pokok keledek. 

Pokok Inai


Melintasi lagi pokok gajus

Tenang & seronok meneroka kebun bandar Ita

Pokok kunyit


Peria katak bulat-bulat. Ada beberapa biji sedang berbuah. Ita suruh petik, saya taknak
Tangan sudah penuh dengan petikan hasil kebun bandar Ita. 

Melewati halaman Ita sekali lagi

Penuh dengam kembangan bunga rose Jepun. Mak saya panggil bunga kembang pukul 10.Saya pulang dengan sebeban hasil kebun bamdar Ita.Terima kasih Ita(walaupun Ita memang tidak tahu kewujudan blog ini) Tapi semoga Allah limpahkan lagi rezeki Ita sekeluarga. Saya kembali berangan untuk memiliki  edible garden bila sudah pencen nanti.Berangan sahaja  saya ni. Hihihihi

6 comments:

  1. Seronoknya tengok kehijauan di kebun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan syaz.. Ita ni memang jiwa flora.. Hihihi

      Delete
  2. Wah rajin betul Ita kan macam kat kampung dia berkebun,semua ada ditanam.Alhamdulilah rezeki mak cella dapat hasil fresh dari kebun ita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ita memang rajin & mina dengan pokok-pokok.Tangan dia memang menjadi. Kata Ita jiran-jiran dia pun selalu minta tolong dia tanamkan pokok jika mereka beli anak benih. Tangan sejuk tu. Kalau tangan saya pokok segar elok pun kalau saya siram, layu pokok tu.. Hihihi

      Delete
  3. Kreatif sgt Ita merealisasi kebun bandar.semua ada utk tampung keperluan harian dan sangat wajar ducontohi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tanam dan jaga elok. Tanam pun tersusun elok. Tidaklah bersepah. Ini jiran oun boleh tumpang mengulam. Saya yang bukan jiran pun dapat menumpang rezeki

      Delete