Thursday 24 December 2020

MASAK NASI GORENG SAHAJA

Pejam celik, pejam celik.. Eh, esok cuti Krismas la. Maknanya dah 25 Disember la. Lagi 6 hari nak langkah tahun baharu 2021...


Dinner nasi goreng sahaja. Penat seharian menyiapkan 5S tempat kerja  agar dapat bercuti dengan aman.Sudah plan untuk merehatkan diri seminggu. Penat yang amat walaupun saya bukan kerja buruh.Bayangkan buruh kasar yang bekerja dibawah terik matahari,hujan dan panas. 


Petang tadi sesampai di rumah, nak masak tengok sink pula tersumbat. Badan penat ya ampun. Plan nak biarkan sahaja, tunggu esok pagi baru nak kisahkan. Tapi serabut la pula kepala bila sink tersumbat, rasa kepala pun sama sumbat dengan sink. Paksakan diri buka saluran bawah sink & minta jugak la si bongsu tu bantu sebab nak buka saluran tu kena tadah basin. Guna getah paip untuk settlekan masalah. Dalam 1/2 jam siap. Sink sumbat  dah elok. Tapi memang berpeluh kepenatan. Lupa pula nak kecikkan semula kunci air. Kebanjiran dapur. Aduh, rasa nak nangis sebab penat.. Perut pun sudah lapar. Sudahnya, tanak nasi & jadikan nasi gorwng sardin + sayur kailan.. Brrrr, Alhamdulillah nikmat makan bila perut lapar..


4 comments:

  1. Ns goreng pn dh syukur buat mengalas perut selepas kepenatan bekerja.. yg best masak nasik goreng ni kita boleh letak protein, sayur dll semua skali.. sekali harung je 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Min...
      Kiranya all in one la..
      Lengkap & sedap

      Delete
  2. Sinki rumah sy pun selalu tersumbat. Baru ni beli asid, tuang sikit hilang semua yg tersumbat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah juga beli asid tapi untuk cuci lantai. Entah silap kat mana lantai jadi peta. Asid yg untuk sink sumbat tu apa namanya yer SK..

      Delete