Sunday 13 December 2020

PULUT KUKUS IKAN LENGAT YANG TAK PERNAH JEMU

 

Untuk kebelas ratus kali..Sarapan yang menggamit memori. Sarapan yang tak pernah jemu. Sarapan yang sentiasa berulang pusingan gilirannya.. 


Pulut Kukus vs Ikan Lengat Goreng Garing. Asyik mengunyah sambil mengimbau kenangan lalu yang getir untuk dilalui. Tapi sangat manis untuk dikenang. Kenangan yang kian hari kian menjauh meninggalkan kita. Semakin jauh ia berlari. Semakin laju rasa ingin dikejar. Kerana rasa rindu semakin menebal dalam jiwa. Umpama pungguk yang merindu bulan. Pungguk bukan gila memuja bulan. Namun kerinduan dihati pungguk hanya dia yang merasa. Siapa kita hendak mengadili pungguk. Biarkan ia memuja bulan kerana hanya dia yang rasa

4 comments:

  1. Kenangan-kenangan itulah yang mendewasakan kita. Adakalanya sedih dan pilu, ada masanya senyum sendiri bila terbayang yang manis-manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cikgu.. Kita bukanlah he dak kembali ke zaman itu. Tapi kita tetap merindui kenangan lalu

      Delete
  2. Jarang mkn pulut sbb kena beli mahal harganya.biasanya musim tengkujuh ubi kayu menu wajib buat Ubi tonyoh mcm yg viral di kelantan skrg.mkn ngan kelapa muda parut. Ikan masin pn yg koman2 je spt ikan pari ,isi ikan yu bila rendam bau ancing masak sambal belimbing buluh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan masin koman tu win.. Hihihi
      Arwah ayah saya suka sangat beli isi ikan yu. Mak pula memang akan bising kalau ayah beli ikan yu kering & memang bau hancing kan...

      Delete