Tuesday 14 July 2020

APPOINTMENT HUKM KALI KE-9 & NASI DAGING PANGGANG vs MEE KOLOK SEDAP (PKPP-COVID 19)

Appointment kali ke 9  dalam tempoh PKPB & PKPP Covid-19
Tapi appointment ni xde kaitan ngan covid la..
Nauzubillah.....


 Pagi tadi appointment kali ke 9 kat Unit Aftalmologi HUKM
7.45 dah masuk lobby
Gi ngan kakak
Lepas hantar mak aku kerja
Terus gi HUKM

Dah 2x rekod datang awal aku dirampas oleh patient lain😁😁
Walaupun datang 1 jam lebih awal dari masa yang dicatat dalam kad appointment
tapi aku dapat nombor 1002
Maknanya 1001 dah ada patient lain sampai dulu..

 Tak lama pun tunggu
Belum pukul 9 nama aku dah dipanggil
Masuk jer dalam Bilik 1
Doktor sambut
"Yeeeeeeeyyyy mata awak dah x merah..!!! “
Huh, tanjat gegirl tau dengar doc beryakyak yeay macam tu🤣🤣🤣🤣
Nampak excited giler doc tengok mata aku
Doc cakap happy sebab usaha keras untuk rawat mata aku dah nampak kejayaan.
Mereka cakap (dalam Bilik 1 tu ada beberapa orang doc & pembantu) sebab masa tengok mata aku 1st datang appoinment tu mata aku memang bengkak dan  merah giler.


Masa 7th appointment tu lagi la...
2 minggu lepas... Masa 1st surgery
Haaa... ngeri nak ingat bai..!!!
Haaa.. logik la doc nak rasa happy sebab mata aku dah x merah dah,.
Sekarang kalau gi appointment dah rasa macam gi jumpa classmate jerk😁😁
Sambil check mata sambil berbual jer dah macam kawan-kawan..
Maybe sebab setiap minggu appointment kot😅
Sambil kelepet mata aku, doc cakap luka dah bercantum
Kulit selaput mata dah mula sembuh.
Taapi masih ada 2 biji chalazion tu dalam kelopak mata
Sebiji dah lembut tapi sebiji lagi masih degil xnak lembut walau  dah berminggu dituam. Doc cakap still kena teruskan juga tuam hingga sebiji tu lembut.
Nanti baru boleh buat 2nd surgery supaya boleh surgery kedua-dua biji chalazion tu.
So, hari ni doc just belek-belek mata aku
Sambil sharing pengalaman dorang masa study
Doc cakap dorang akan cuba sedaya upaya untuk pastikan mata aku sembuh sepenuhnya sebelum Ogos..
In sha Allah...


Next appointment hujung bulan nanti
Lama skit gap dia kali ni
Doc cakap 27hb tu in sha Allah buat 2nd surgery.
Doc cakap, sama-sama doa supaya  semua settle sebelum  daftar
Tapi andai ditakdirkan x settle juga doc kata beliau akan buat surat untuk follow up kat Hospital Sultanah Zahirah.
Doc kata kat situ memang ada aftalmology..
Hari ni doc cakap xyah amik ubat dah sebab dah berlori dah antibiotic aku makan. Doc cakap dah kena stop makan antibiotic.
Just teruskan tuam ngam sudu panas
Syampu bulu mata & tunggu sebiji lagi chalazion tu lembut
Lepas dah buat appointment, singgah MyNews beli roti
Lapar sebab belum sarapan
Pastu terus balik rumah
Tidur sementara nk tunggu gi amik mak aku
Gi amik mak aku melangut dalam kereta kat dalam kereta.
Sebab lama sangat, kakak matikan enjin plak sebab  nak jimat minyak
Harap-harap mak aku ajak gi makan la sebab dah petang dah lapar semula dah..
Heee
Kat umah ada jer macaroni gorneg mak aku masak pagi..
Tapi aku x boleh makan sebab ada sardin



Heeeee.. Sib baik mak ajak gi makan
Kakak suggest gi makan Nasi Ayam Panggang
Berasap-asap bai..!
Tapi zebab dah petang x ramai orang
Kalau lunch hour mesti ramai nih


Kakak kata kat sini sedap
Aku ngan mak aku tek pernah lagi datang sini


See.....
Mata aku dah x bengkak sangat dah
Dah nampak kelopak mata
Walaupun mata kanan tu masih nampak benjol
Tapi dah kecik banyak dah kan..
Syukur Alhamdulillah

Mak aku & kakak order Nasi Daging Panggang

Nampak sedapnyaaa
Tapi daging kotttt
Belum berani nak makan


Aku order Mee Kolok Ayam Panggang
Heeeee..... baru jer doc yak yak yey tadi pagi
Petang aku dah berani2 nak makan ayam
Sambil baca bismillahilazi......

Setelah lebih sebulan x makan  ayam...


Sedapnya mee kolok ayam panggang ni
Smoke smell
Licin aku makan

Takde lah sedih sangat tengok mak aku ngan kakak makan nasi dafing panggang tu

Sebab aku pun dapat makan ayam panggang gak
Ya Allah.... Jadikanlah makanan yang aku makan ni sebagai penawar kepada sakit mata aku....
امين.... 🤲🤲🤲

4 comments:

  1. Yey! Mata dah tak bengkak tu.. ingat pesan doc, tuam selalu. InsyaAllah, boleh sembuh sbelum mendaftar nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeeee...
      yak yak yey...
      TQ aunty SKDTJ...
      TQ doakan kiter...
      Happy bac to poli untuk iman
      Dulu kiter selalu terfikir juga
      kalau rezeki kat sama tempat ngan iman leh jumpa aunty
      hihihihi

      Delete
  2. Alhamdullilah syukur.semoga lekas semboh anak yg baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALhamdulillah..
      Terima kasih sis mendoakan kiter..
      Semoga yang baik-baik juga Allah turunkan untuk sis
      amiinn

      Delete