Nasi Dagang Putih vs Gulai Ikan Tongkol
Sarapan makaku masak untuk weekend baru ni
Hari Ahad nyer breakfast
Makan Nasi Dagang
Nasi Dagang Putih ni mak aku kata famois kat Trengganu
Kalau kat Kelantan mak aku cakap nasi dagangnya versi merah macam mak aku pernah masa
RAYA HAJI 2017...kat sini....
Nasi Dagang Putih ni mak aku selalu masak
Mak aku cakap sebab Nasi dagang Putih hanya guna beras biasa + beras pulut
Kalau Nasi Dagang Merah ..berasnya susah nak jumpa orang jual
Haaaa...
Ni lauk Gulai Ikan Tongkol
Bset Friend kepada NAsi Dagang
GULAI IKAN TONGKOL... mak aku
2 ekor ikan tongkol
Anggaran 2kg & potong-potong & rebus bersama 2 cawan
air +10 asam keping + 2 sudu besar garam
10 biji telur rebus
2 asam keping
10 cili pdi merah
5 cili hijau
2 kotak santan
½ cawan rempah kari ikan
2 keping gula kelantan/ ½ cawan gula melaka
1 cawan minyak
garam secukup rasa
BAHAN BLEND:
20-30 cili kering-rebus
1 bawang holland
5 baaang putih
1 ketul kecik halia
1 ketul kecik kunyit
1 ketul.kecik lengkuas
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga naik minyak
2.Tambah serbuk kari yang dibamcuh dengan 1 cawan air dan
masak lagi hingga naik minyak sekali lagi
3. Masukkan ikan tongkol rebus.Masukan juga air rebusan ikan
+ secukup air untuk kuah (anggaran 5 cawan) biarbmendidih
4. Masukkan santan, asam keping, gula kelantan, telur rebus
dan masak hingga mendidih
5.Kecilkan api dan biar mendidih perlahan hinga naik minyak
6. Tambah cili padi dan cili hijau &
sesuaikan rasaGulai Ikan Tongkol
Lauk abang yag x makan ikan
Gulai Ayam + Telur
NASI DAGANG mak aku
1 cawan beras pulut
3 cawan beras biasa
1 sudu halba
1 ketul halia- mayang halus
5 biji bawang merah- hiris
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 helai pandan
1.Beras pulut dan beras biasa dicampurkan. Yang putih tu
beras pulut.Basuh dan rendam semalaman
2. Bila dah rendam sama jer warnanya....
3. Halba... guna 1 sudu jer...basuh dan rendam
4. Rendam berasingan dari beras sebab nanti air rendaman
halba ni akan berlendir dan baunya memang kuat
5. Panaskan kukusan dan kukus campuran beras pulut dan beras
biasa yang sudah direndam bersama pandan..Kukus anggaran 1/2 jam..
6. Angkat nasi yang separuh masak tu dan gaulkan dengan
santan cair yang kosong.Gaul rata dan kukus semula anggara 20 minit lagi
7. Rasa dengan makan sikit nasi tu.. Jika dah masak angkat
dan gaul bersama santan pekat yang sudah dicampur garam dan gula..
Campur dan gaulkan juga bawang merah hiris,halia mayang dan
halba yang sudah direndam..
Mesti guna santan segar,,,,
Kalau guna santan kotak
nasi xkan berkilat...dan nampak kusam x berseriRasa juga berubah8. Boleh
terus hidang tanpa perlu mengukus sekali
lagi..
Rasa akan lebih
sedap dan berlemak
*** PETUA NENEK AKU:
Mak aku cakap nenek aku pesan:
Jika untuk tahan lama supaya x cepat
basi,,,,,Kukus lagi sekali selepas digaul santan pekat
TETAPI
buka penutup pengukus....Kukus
dengan keadaan terbuka supaya wap x masuk dan
nasi x lembik...
NAsi Dagang
Gulai Ikan Tongkol
Aummmm
No comments:
Post a Comment