Sunday 16 February 2020

MEE KERING GORENG


Mee Kering Goreng

Hari Rabu nyer sarapan & bekal

MEE KERING GORENG
1pack mee kering (10 keping)
5 batang sosej - potong jejari
15 ekor udang
1 batang carrot - potong jejari
1 pokok daun sup + daun bawang
1/4 cawan minyak
2 sudu teh garam
1 sudu gula perang
1/4 cawan kicap

Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 bawang besar
5 bawang putih

1. Jerang air 1/2 periuk untuk celur mee
2. Semantara air memndidih panaskan minyak & goreng udang hingga masak. Angkat & ketepikan udang.
3. Dalam minyak udang tadi tu. Iakan sosej hingga harum & masukkan bahan blend
4. Bila bahan blend naik minyak tambah garam, gula & carrot.
5. Celur mee dalam air mendidih anggaran 2 minit sekadar untuk mee boleh dilerai. Jangan rebus lama nanti mee lembik x sedap.
6 Cedok mee & terus masukkan kedalam bahan tumis.Biar ada sikit air supaya mee dapat menyerap bahan tumis
7. Masukkan juga udang  & gaul rata sambil direnjis kicap
8.Sesuaikan rasa & tabur daun sup+daun bawang

Bekal abang
Bekal mak aku
Bekal kakak
Bekal extra

Abang punya penuh bekas bekal ni
Tapi abang kata bukan abang makan sorang
Setiap hari abang kata akan makan ramai2 ngan kawan semeja..
Kecuali kalau bawa bekal nasi macam hari tu bawa nasi putih ayam goreng kunyit abang kata makan sorang
Kalau bekal lain abang kata buka  jer bekal ramaiw akan makan berjemaah
Abang kata dulu abang sorang jer bawa bekal..
Tapi sekarang dah ada beberapa plorang follow bawa bekal juga termasuk cikgu abang.
Haaaa... follow mender yang baik xper kan...


Bekal. Kakak


Bekal mak aku



No comments:

Post a Comment