Monday, 24 February 2020

BEKAL SEPANJANG MINGGU 8 2020

Bekal Sepanjang Minggu ke-8 2020

BEKAL HARI ISNIN


Sandwich Telur Mayo
Abangnya bekal
Guna Roti Putih

SANDWICH TELUR
5 biji telur - rebus keras
3 sudu besar mayonis
1 sudu makan serbuk cheese super ring
1 sudu teh lada sulah/ lada hitam
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan gula
1 sudu bawang cincang
1 biji tomato- slice
1 pokok daun salad
1 sudu besar butter/marjerin
Lidi cungkil gigi
1 bungkus roti Gardenia-pendek

1. Lenyek/parut kasar telur rebus
2. Tambah garam,gula.bawang dan lada sula kedalam telur lenyek
3. Gaulkan pula bersama mayo & serbuk cheese super ring
4. Sapu butter nipis2 pada setiap roti.Tujuannya supaya menjadi lapisan water proof agar roti tidak lembik kerana fillingnya basah
5. Sapu inti pada permukaan sekeping roti dan susun salad dan tomato slice
6. Sapu lagi inti pada sekeping roti dan telangkupkan atas roti pertama.Roti kedua juga disapu inti supaya inti tebal dan lebig cantik dan sedap
7. Hiris nipis kerak roti sekelilingnys upaya kemas

8. Cucukna lidi cungkil gigi sebelum potong supaya lebih kemas

Kakak pun sama
Guna Roti Putih
Sebab kami semua suka Roti Putih
Hanya mak aku yang suka roti Wholemeal

Mak aku nyer
Guna Roti Wholemeal


Bekal ready


Aku nyer sarapan pun dah ready



BEKAL HARI SELASA
Ni bekal mak aku
Mak aku bawa laksa
Kakak & abang bawa carbonara
Actually abang ngan kakak nyer bekal
& aku nyer makanan is  Fettucinni Carbonara
Tapi pic dah tersalah delete
Huhuhuhu


BEKAL HARI RABU
NAsi Goreng Ikan Lengat



Dah tulis pasal NASI GORENG IKAN LENGAT...kat sini

NASI GORENG IKAN LENGAT
4 cawan nasi
4 ikan lengat- ambil isi
10 kacang buncis- hiris nipis
1/2 batang carrot- hiris jejari halus
1 sudu teh garam
3 sudu minyak

Bahan Tumbuk
7 cili padi
1/2 bawang besar
3 bawang putih

1. Panaskan minyak & goreng isi ikan lengat hingga garing
2. Tambah bahan tumbuk & carrot serta garam
3. Masukkan nasi & sayur buncis
4. Gaul goreng hingga panas berasap
5 sesuaikan rasa

*** Tips Telur Mata Goyang
- Minyak kena banyak & panas berasap
- Masukkan tekur dengan hati-hati sambil siram minyak panas atas telur

- Bila minyak panas putih telur akan cepat beku & dalamnya kuning telur masih cair




BEKAL HARI  KHAMIS
Mihun Goreng Rencah Daging Burger

BEKAL HARI JUMAAT

Bekal Samosa Frozen


Mak aku nyer bekal Bubur Nasi

5 comments:

  1. Dik cella dah beli no unik upu online di bsn? Utk lepasan spm last beli 30 mac

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum beli..
      Tengok juga kawan2 ramai up status pasal no pin ni..
      In sha Allah esok kita gi BSN..
      Tq tau..huhuhu😭terharu + terima kasih🌹🌹

      Delete
    2. Cepat2...🎵🎶jngn terlambat..🎵🎶 melodi lagu datuk m.nasir😅😅😅

      Delete
    3. Heeee.... Lagu pasal keretapi kat youtube..

      Delete
  2. As stated by Stanford Medical, It's really the ONLY reason this country's women live 10 years longer and weigh on average 42 pounds lighter than we do.

    (And by the way, it really has NOTHING to do with genetics or some secret diet and absolutely EVERYTHING about "how" they are eating.)

    P.S, What I said is "HOW", and not "what"...

    Tap this link to discover if this short quiz can help you discover your real weight loss potential

    ReplyDelete