Friday, 14 February 2020

JUMPA SATERAWAN NEGARA A.SAMAD SAID


Jumpa Saterawan Negara,Datuk Seri  Dr A.Samad Said kat UKM Bangi
Semalam nyer cerita
Semalam mak aku ada event kat UKM,Bangi
Aku escort mak aku..
Hahahaha

Pic x senonoh ketawa nam[pak gigi ni pun nak up juga
Sebab bila soh mak aku yang tolong snap pic memang gini ler jadinya
Kena redho jer jika pic xde kepala,senget & sewaktu dengannya
Dah itu jer yang ada


Masa emcee ada umumkan yang Datuk Seri Dr A.Samad Said (haaaaaa....sib baik dengan emcee sebut gelaran penuh tu)
Kalau aku ...selalu sebut A.Samad Said jer..
Bila emcee umumkan A.Samad Said ada kat barisan VIP dibelakang tempat duduk Tun Mahathir Mohamad aku dah aim nanti nak bergambar ngan A.Samad Said
Actually event semalam tu VVIPnya PM Malaysia,Tun Mahathir Mohamad..
Tapi aku x target pun nak bergambar ngan Tun sebab namapun VVIP kan
Takkan dipandangnya rakyat marhain macam aku kan...
Lagipun sebeluim majlis berakhir dah diumumkan keberangkatan pulang Tun M
Bila emcee cakap jer majlis bersurai...\
Kelam kabut tarik tangan mak aku dari tingkat atas tempat duduk tu & terus menyelinap dicelahan orang ramai mencari A.Samad Said
Hampir give up juga sebab manusia menag x putus-putus mengerumuni beliau untuk merakamkan gambar...
Mak aku tarik tangan aku ajak tunggu tepi red karpet..
Kena tunggu skit la nak nyampaikan perjalanan beliau ke red karpet tu sebab beliau gerak sikit jer akan ada yang tarik untuk bergambar
Rezeki aku dapat juga menyelit sebelah beliau walaupun masa tu pandangan mata beliau tidak sempat fokus pada camera mak aku


Datuk Seri Dr A.Samad Said dalam persalinan serba putih bersih dari hujung rambut sampai hujung kaki...
Idola  puisi asa aku sekolah dulu
Sejak sekolah rendah aku memang biasa dengan sajak-sajak & novel karya A.Samad Said & Usman Awang...
Masa standard 5 & standard 6 sekolah rendah memang aku juara bertahan untuk sajak
Tapi peringkat sekolah jer ler...
Takde la sampai ke mana pun
Tapi kerana sering masuk pertandingan sajak lah aku mengenali A.Samad Said & Usman Awang
Walaupun sekadar kenal melalui karya mereka & wajah mereka melalui gambar

 A.Samad Said ketika zaman mudanya ( sumber Google)


 A.Samad Said 10 tahun yang lalu ( sumber : Google)
Wajah inilah yang aku kenal melaui gambar dulu

TB deklamasi sajak masa standard 6
Haaa...rindu sekolah wei....
Pernah jadi johan sajak masa deklamasi sajak Usman Awang yang bertajuk "Ke Makam Bonda"
Ingat lagi siap bawa prop bentuk kubur siap ada tulis Al-Fatihah kat batu nesan..
Memang cantik prop tu tapi sayang xde pic..
Antara sajak A. Samad Said yang selalu aku deklamsi ialah sajak bertajuk " Tetamu Senja"
Sajak ni berkaitan amalan kita semasa hidup untuk di bawa mati. So, sesuai jer untuk pertandingan BM & juga untuk aktiviti Agama Islam pun..
Dulu sajak ni memang aku hafal jer kat bibir...
Tapi sebab dah lama x seklamasi, banyaj yang aku dah lupa...
Now, kalau nak deklamasi, kena tengok skrip dah🤭


TETAMU SENJA
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat


~ A. Samad Said

Semoga Datuk Seri Dr A. Samad Said  diberikan kesihatan yang baik, umur yabg panjang lagi berkat & dirahmati hiduonya di dunia & akhirat... 
امين.... 

2 comments: