Monday 3 February 2020

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA TANPA TELUR


Agar-agar Santan Gula Melaka Tanpa Telur
Agar-agar kena letak telur ke?


Mak aku kata ada jer agar-agar yang dimasak d dicampur telur terutama agar-agar santan
Nak tahu bezanya boleh tengok dalam AGAR-AGAR SANTAN TRADISIONAL.. kat sini


Yang ni versi xde telur..
Mak aku masak minggu lepas lagi
Masa cuti CNY...

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA TANPA TELUR
1 paket agar-agar strip( 20gm)
1.5 liter air ( 3 botol air mineral yang 500ml)
1/4 cawan air pandan pekat + sikit pewarna hijau
1 cawan santan pekat( betul-betul pekat)
( kalau guna santan kotak = 1 kotak kecil)
1 cawan gula- ikut manis
1 sudu kecik garam halus
2 helai pandan - simpul

1. Basuh dan rendam agar-agar supaya cepat larut bila dimasak nanti
2. Boleh juga basuh dan terus masak bersama 1.5 liter air hingga mendidih dan agar-agar larut sepenuhnya.( hati-ahati sebab bila mendidih agar-agar mudah meruap)
Jika meruap ..cepat-cepat kecilkan api)
3. Bila agr-agar sudah larut,masukkan pandan simpul,garam dan gula.Biar gula larut
4. Masukkan perahan pandan + sikit pewarna hijau supya dapat warna hjau terang
5. Tambah santan pekat dan sentiasa kacau supaya santan tidak meruap
6. Selepas masukkan santan masak lagi agak-agak 5 minit
7. Basahkan loyang supaya nanti mudah nak kuarkan agar-agar
8. Tuangkan agar-agar dalam loyang basah dan biar beku sebelum dimasukkan dalam peti ais.

9. Bila betul-betul sejuk baru potong


Ni dah siap masak & biar sejuk supaya beku

Selepas dah beku
Baru masukkan dalam peti ais  supaya sejuk & sedap
Sekarang ni kan musim panas..
Sedap ooooo makan sejuk-sejuk



Untuk AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA versi guna telur...boleh tengok sini...
Kalau letak pandan lebih klasik macam AGAR-AGAR SANTAN TRADISIONAL ...kat sini
Kalau letak warna pink akan jadi 2 lapisan pink macam AGAR- AGAR PINKISH ....kat sini
Kalau nak rasa ori tanpa santan boleh cuba AGAR-AGAR SIRAP MERAH ...kat sini
Nak rasa lebih feeling lebih tengok AGAR-AGAR SELASIHKU SAYANG....

2 comments:

  1. Makan sejuk2 di waktu panas memang sedap 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.... Rasa macam telan salji jerk
      Hahahaha perbandingan melampau

      Delete