Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Saturday 1 February 2020
MIHUN GORENG RENCAH SOSEJ
Mihun Goreng Rencah Sosej
Haaa.... Ada pulak nama macam tu
Hahaha.. Actually sebab dah banyak postihun goreng
So, kasi nama lain skit
Sebab rencahnya sosej
Maka namanya Mihun Goreng Rencah Sosej
Mak aku masak pagi Khamis
Untuk bekal & breakfast
Bekal mak aku
Bekal abang
Oops bekal kak xde single pic..
Haaa yang tupperware biru tu la kakak nyer
Cam biasa dalam pukul 10 mak aku akan update makan bekal vs kopi O
MIHUN GORENG RENCAH SOSEJ
1 paket mihun - rendam 15 minit
10 batang sosej - hiris jejari halus
1 batang carrot - hiris jejari halus
1 pokok daun sup
1 sudu garam
1 sudu gula perang
1/4 cawan kicap lemak manis
3 sudu minyak
Bahan blend:
5 cili kering rebus
1/2 bawang besar
3 bawang putih
1. Panaskan minyak & goreng sosej hingga masak & ketepikan
2. Tumis bahan blend hingga garing & naik minyak & masukan garam & gula perang
3. Masukkan carrot & terua masukkan mihun yang masih basah.
4. Kacau gaul & jika perlu tambah sikit air supaya mihun lembut sambil direnjis kicap
5. Masukkan semula sosej goreng & gaul rata
6. Sesuaikan rasa & tabur daun sup cincang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Boleh la ni ganti ayam ke udang ke 😍
ReplyDeleteHee.. Ni mak kiter cakap menu bajet... 🤣
Delete