Saturday, 28 November 2020

ABUK-ABUK SAGU KUIH NOSTALGIA

Semalam seharian dalam rumah. Tidak kemana-mana.. Saya masak Kuih Abuk-abuk Sagu. Kuih nostalgia juga ni. 


Kuih abuk-abuk sagu ni emak saya tidak pernah buat pun. Kali pertama makan & kali pertama belajar buat masa subject Sains Rumah Tangga ketika tingkatan 2 dalam Bab Kuih Tempatan. Antara menu & resipi kuih tempatan dalam bab tersebut yang masih saya ingat ialah kuih abuk-abuk, onde-onde keledek, kuih keria, cucur badak, lepat pisang, kuih kasui, pulut panggang, kuih cara.Dalam jadual  subject SRT akan ada 2waktu seminggu. Pelajar lelaki  tidak belajar SRT. Mereka boleh pilih hendak Sains Pertanian(bertani) atau Seni Perusahaan(bertukang) Jadi masa subject SRT/S. Pertankan/S. Perusahaan, kelas akan berpecah. Lelaki ke kebun @ bengkel. Perempuan ke Bilik Jahitan/Bilil Masakan. Cikgu SRT akan ajar masak berselang minggu. Seminggu memasak. Minggu berikutnya menjahit. Saya masih ingat nama-nama cikgu SRT dari tingkata1 hingga tingkatan 3.Tingkatan 1 Cikgu Rahimah, cikgu yang paling cantik. Tingkatan 2 Cikgu Azean, andalusia garang macam singa. Tingkatan 3 Cikgu Fauziah sangat bertimbang rasa. (siap lablekan cikgu) hihihi. Cikgu Rahimah cantik & kalau waktu masak/jahit  kena cermat & bersih. Masak tak jadi pun tak apa kalau dengan Cikgu Rahimah. Janji bersih & cermat. Cikgu Azean paling garang. Kalau dia marah waktu jahitan kat Bilik Jahitan boleh dengar sampai seluruh sekolah. Selalunya sayalah yang kena marah tu, nanti saya cerita sebabnya dalam siri yang lain. Tapi kalau waktu memasak Cikgu Azean terpaksa suka kepada saya kerana Cikgu Azean tahu saya sangat komited kalau waktu memasak. Kalau masak tak jadi, jahit tak ikut apa yang beliau nak.. Siaplah kau.. Dicubit dipiat telinga sampai tercabut tudung kau. Cikgu Fauziah pula sangat bertimbang rasa. Cikgu Fauziah juga garang tetapi sangat bertimbang rasa. (dapat tahu Cikgu Fauziah dah meninggal-Al Fatihah untuk arwah) .Tapi.judgement saya la terhadap cikgu-cikgu SRT.Mereka juga pastinya ada judgment terhadap saya juga kan.. Hihihi


Kuih abuk-abuk ni pun Cikgu Azean garang macam singa tu la ajar. Hihihi
Kalau time masak masuk Bilik Masakan  1 meja 2 kumpulam. 1 kumpulan 2 orang. Partner saya masa form 1 saya dah lupa. Masa form 2 sampai form 3 parnet saya Siammese. Namanya paling pendek kat sekolah. Ti A/P Tian.Ti ni adik beradiknya nama simple-simple semua. Yang saya ingat abangnya form 5 nama Siang. Abang kepada Siang nama Asun. Dulu sekolah Bilik Masakan peti ais pun tiada. Tiap kali ada masak banyak bahan  utama kena bawa sendiri, kecuali bahan-bahan kering banyak yang disediakan kat Bilik Masakan. Kalau kena bawa barang basah seperti kelapa, cili giling bagai memang saya yang akan bawa.Saya tak benarkan Ti bawa, Ti pun faham kita masyarakat Islam ada halal haram. Kalau kena bawa kelapa parut, pagi-pagi buta saya sudah kena bangun, kukur kelapa bertemankan pelita minyak tanah. Pernah masa masakan dalam topik lauk pauk, saya kena masak  Asam Pedas Tumis & dalam topik telur, saya kena masak Sambal Telur. 
Saya curi. telur ayam dalam sarangnya 5 biji. Tak berani cakap sebab tahu ayah memang tidak akan bagi.Bab cili memang saya menggiling cili kering pagi-pagi sebelum gi sekolah.Can you imagine? 
Pengalaman macam ni saya selalu ceritakan kepada Cella waktu sedang memasak & waktu dalam kereta. Masa tu form 2.Bila dah form saya dah tinggal di asrama, tak boleh nak bawa barang basah lagi dah. Saya pun dah  tak ingat masa form 3 kalau kena guna barang basah apa solutionnya untuk saya yang partner dengan Siam. 

Masih ingat lagi Cikgu Azean cakap, sagu ni dia tawar, sebab tu kena campur kelapa, garam & intinya gula. Kalau cekodok pisang tidak apa sebab pisang sudah manis. Apa saja Cikgu Azean cakap memang kena ingat sebab dia memang garang nak meninggal(sebenarnya garang nak mamp*s) tuttttttttttt.... 


Tapi masa Cikgu Azean tunjuk beliau tidak tunjuk kon ni disemat lidi. Cikgu ajar lipat bagi kemas & dirikan dalam kukus lubang besar tu. Yang ni saya semat lidi cungkil gigi sebab saya nak kukus sambil baringkan kuih. Kalau tak semat lidi nanti dia terbuka pula. Kuih abuk-abuk ni antara yang selalu juga saya masak sebab mudah & tak banyak bahan. 

ABUK-ABUK SAGU...
2cwn sagu (rendam kembang)- sebaiknya direndam semalaman @ beberapa jam
2cwn kelapa putih
1 sudu teh garam halus
15 keping daun pisang -anggaran setiap satu selebar tapak tangan orang dewasa
  (jika daun segar-layur atas api supaya lembut
   jika daun layu x perlu lagi layur)

Inti:
1/2 ketul gula melaka
1/4 cawan gula pasir
( boleh ganti brown sugar)

1. Sagu dibasuh dan direndam dalam air yang banyak..(Jangan dikacau-kacau sagu tersebut... in sha Allah  sagu tidak akan hancur)
2. Toskan sagu dan buang air rendamannnya
3. Campur sagu dengan kelapa parut putih dan garam halus.gaul rata
4. Gula Melaka diracik halus atau disagat kasar dan gaul bersama gula pasir
5. Buat kelongsong atau kon menggunakan sekeping daun pisang (Rujuk kat sini.. & KAT SINI... juga 
6. Isikan 1 sudu besar campuran sagu  dalam kon dan gunakan batang sudu untuk membuat lubang ditengah2 sagu untuk mengisi 1 sudu teh inti gula Melaka yang dicampur gula pasir)
CARA ini akan menjadikan intinya berda ditengah-tengah kuih.
7. Tutup kon dan lipat dengan kemas supaya kuih tertutup
8. Buat sehingga habis dan kukus anggaran 15 minit sehingga kuih masak
9. Cara menguji kuih sudah masak ialah dengan mengambil sebungkus kuih dan buka untuk lihat isinys
10. Jika semua sagu berwarna jernih itu manandakan kuih sudah masak.\
11. Jika masih ada bintik pitih pada sagu..tambah masa mnegukus beberapa minit lagi

** Satu lagi cara ialah dengan memasukkan 1 sudu campuran sagu
     Kemudian masukkan 1 sudu campuran inti gula melaka
    Tutup semula campuran inti dengan 1 sudu lagi campuran sagu
    Kemudian baru dilipat kemas
    TETAPI cara ini akan menyebabkan kuih terputus dua bila sudah masak


Sagu sudah dibasuh & direndam  1/2 jam

Sagu dan kelapa parut bergaram

Gaul rata

Daun pisang pemberian Rohanita. Semoga Allah menggadakan pahala buat Ita yang selalu bagi macam-macam hasil tanamannya. Pisang, kantan, jantung, ulam sehinggalah umbut batang pisang pun Ita bagi
Sepatutmya saya nak guna gula kerek yang beli kat Pasar Payang masa hantar Cella tu. Tapi sebab sudah 3 bulan, gula sudah melebur. Saya cuba guna gula merah ni. 

Gula merah + gula perang. Tengok juga gula merah tu ada yang jenis berpasir.Tapi jujurnya lagi sedap inti gula nissey




Dah siap bungkus. Daunnya cantik & bila sudah dimasak pun daunnya masih hijau memawan. Ita cakap daun pisang ni pokoknya ditebang kerana buahnya banyak biji.Baru ni baca info dalam blog Warisan Petani ada cakap pasal Pisang Benggala. Nanti saya nak sampaikan info tu kepada Ita


Kukus dalam rice cooker  sahaja

Siap masak

Try buka 1. Tengok dah betul-betul masak ke 


Alhamdulillah.. 



9 comments:

  1. Aslmkm eh nape mata masuk abuk pepagi ni.ini kuih nostalgia musim hujan.sagu dan gula dulu murah jadi pengganti nasi. Daun pisang dan kelapa kait je ada keliling rumah . sekarang tak jumpa orang jual jadi tatap je la gambo kuih ni jadi pengubat kepinginan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alo lo lo ciannya tatap gambo jer ek..Kalau dekat boleh buatkan.. Hihihi

      Betul zaman dulu lebih ramai orang susah dari orang kaya tapo sesusah2 orang dulu masih ada altenatif untuk makan menetuskan hidup. Ada pondok untuk berteduh.Alhamdulillah kesusahan masa lalu menjadikan kita lebih bersyukur kan

      Delete
  2. Kuih feveret nii.. hihihi. Pernah cuba buat tapi, tak pandai nak bungkus. Sudahnye saya letak dalam tipuware dadih tu, kukus..settle..hahaha.. tapi xfeel la makan camtu. Kene guna daun pisang jugak baru best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bungkus macam nasi lemak pun boleh sahaja cikjaja.Smalam kawan saya cakap dia tak pernah bungkus dengan daun pisangpun walaupun ada pokok pisang. Dia cakap dia alas loyang basar dengan daun pisang & lambak sahaja dalam tu. Lagi brutal dari kukus dalam tippuware.. Hihihi

      Delete
  3. Zaman kanak-kanak dulu selalu ikut emak pergi rewang. Kiranya kuih abuk-abuk ni cukup popular di tempat orang kenduri. Banyak betul emak-emak rewang buat kuih abuk-abuk. Dapat makan panas lagi. Dah berpuluh tahun tak jumpa kuih abuk-abuk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... Rewang masak ramai-ramai seronok kan. Tempat saya di kampung dulu-dulu kalau rewang & kenduri kahwin tiada kuih basah. Hanya dibuat kuih kering seperti karas, peniram, baulu, wajik, kuih loyang etc. Cuma dalam 10 tahun kebelakangan ni memang kenduri kahwin dah macam pasar malam.buffet & kios makanan bermacam pilihan

      Delete
  4. Akak masa sekolah dulu amik Sains Pertanian ,mak yg suruh sebab mak kata tak mampu bila ada disuruh beli bahan masak dan beli kain bila ada kelas jahitan.
    Akak tak pandai bungkus abuk2 ni .Akak guna loyang je untuk mengukus.Stail kuih dangai .Try juga bungkus abuk2 guna daun pisang tapi tak menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh saya pun kalau diberi pilihan mesti pilih Sains Pertanian kak.. Tapi sekolah saya pelajar perempuan diwajibkan amik SRT sahaja.. Memasak saya masih boleh ikhtiar bahannya. Huhuhu banyak kenangan sedih kalau waktu jahitan bila saya tak mampu beli kain & peralatan menjahit. Ditengking cikgu & dimalukan depan kawan-kawan masa form 2 masih kekal dalam ingatan sampai bila-bila. Bukan berdendam dengan cikgu tapi ingat sampai bila-bila supaya anak-anak tidak lalui pengalaman itu

      Delete
  5. Salaam, srt kelas memasak ok. Lela's jahitan flopped. Cikgu paling garang pun lembut dgn saya. Org dah advanced says Masih practise kat kertas guna mesin.harukan....
    Lama lama cikgu tak pressure sebab says Ada dyslexic ..so mends Camtu not normal. Bless their kindness. Markah kelas masakan made up for Markah kelas jahitan.

    Pisang Berbiji namalain Pisang Batu. Mash Kan Dan letak Dalam pasubdan tutup. Peramn tapi jadi cuka Pisang.

    ReplyDelete