Assalamualaikum..
ππππππhttps://youtube.com/shorts/GY1DltggRhA?si=fakjBbHzJVMzXOQq
Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Assalamualaikum..
ππππππhttps://youtube.com/shorts/GY1DltggRhA?si=fakjBbHzJVMzXOQq
Menjawab pertayaaan SK dalam komen posting JUADAH BUKA PUASA 5 RAMADHAN..iaitu kena ada ayam untuk Cella...Dia tak makan kari kepala ikan ke?
Mungkin sebab SK dah selalu baca blog ni & tahu selalunya Cella makan je kepala ikan kan...
Ok..ni jawapannya kenapa Cella tak dapat makan kari kepala ikan tu...Sebab mata Cella makin bengkak takut gatal.Esoknya Jumaat tu appointment hospital.
πππππ
7 Mac (Jumaat) Cella buat pembedahan kecil untuk mata kirinya ( dalam gambar nampak macam kanan sebab dia selfie π€)Assalamualaikum...
Salam Ramdhan ke 8 dah yer hari ni..
Assalamualaikum....
Rezeki iftar 4 Ramadhan...hari Rabu.Berbuka dua beranak dengan anak jantan tu ja..Cella berbuka kat MyTOWN dengan rakan-rakan UniSZA yang sama sama tengah cuti sem..Anak jantan tu juga bawa balik 1 kotak kurma Ajwa & beli roti john black pepper daging selambak ni..Banyak betul dagingnya melimpah bersama sos black pepper.Katanya ada rakan sekolahnya buka gerai jual kat Seri Perindu..RM13....
Kalau orang jual roti john telur semata takda daging dengan harha mahal rasa nak mengata..
Ni roti john daging selambak..jual RM13 rasa macam kesian la pulak ..Balik modal ke?Bahan mentah daging hancur tu saja pun dah harga tu..Macamana nak cover modal dan kos lain?Semoga Allah limpahi peniaga tu dengan rezeki yang melimpah.π€²π€²π€²
Juadah iftar 3 Ramadhan...Hari Selasa.
Assalamualaikum...
Salam Ramadhan ke 4 dah hari ni yer..
Assalamualaikum...
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan .
Assalamualaikum rakan-rakan maya semua..
Selamat menunaikan ibadah puasa & semoga Ramadhan tahun ini lebih baik untuk kita daripada sebelumnya..
Bila bulan puasa pastinya kita alan terimbau nostalgia berpuasa zaman kanak-kanak kan..Seakan masih tercium bauan Ramadhan masa lalu.
Namun setahun dua kebelakangan ini saya begitu rindukan ketenangan menunaikan ibadah puasa sepanjang PKP Covid dulu.Walau gundah wabak melanda namun Allah hadirkan ketenangan untuk kita semua fokus puasa dan beribadah tanpa gangguan lain..
Rindunya pada masa lalu yang semakin jauh meninggalkan kita.
Tahun ini saya berazam nak rajin masak kuih muih nostalgia puasa zaman kanak-kanak.Nak buat dalam portion kecik yang boleh disiapkan dalam masa 1jam ++ nasi dan lauk.Orang berazam nak tingkatkan iman...saya pula sibuk nak makan..hihihi...
In shaa Allah semoga Allah kurniakan kerajinan dan dalam masa yang sama dapat menjalani obadah puasa dengan lebih baik..
Begitu juga doa untuk rakan rakan semuaπ€²