Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Thursday, 30 September 2021
MASAK NASI LEMAK SAMBAL SOTONG MALAM-MALAM
SPAGHETTI RENCAH SARDIN
Baru habis online meeting.Terasa lapar yang amat.Tadi dah masak tapi macam taknak makan lagi.Sekali dah lapar tak tertahan-tahan..
Sambal cili padi pulak,memang ngam dengan spaghetti ni.Ala-ala olio oglio versi melayu.Saya guna vermicelli pasta yang kecik sikit dari spaghetti.Bila.rebus cepat lembut berbanding spaghetti.Rebus pun dalam rice cooker sebab sayang gas..🤣
SAYA BUKAN PEMINAT JASMINE TEA
Kopi cap gantang dah seminggu habis.Cella dah order kat shopee tapi belum sampai.Dua hari lepas buka sebungkus kopi Acheh..tak kena dengan tekak la..cayaq ceroi walau dah guna 2 sudu serbok kopinya.
Stok lama yang kak Mel bagi masa anaknya study kat UK.Tiap kali si Muhammad tu balik Malaysia,kak Mel akan bagi saya bermacam jenis eglish tea.Suka la saya
AL-ISTIGHFAR
الاستغفار .
أكثروا من الاستغفار فإنكم لا تدرون متى تنزل الرحمة ، ومن أرجى أوقاته آخر الليل.
Al-istighfar .
Perbanyakkanlah istighfar kerana sesungguhnya kalian tidak tahu bilakah waktu turunnya rahmat , dan waktu yang paling diharapkan turunnya rahmat adalah pada waktu akhir malam.
Wednesday, 29 September 2021
BUBUR KACANG DAN CERITANYA
Tekak teringin nak makan manis-manis tapi tak mau la makan gula-gula...hihihi
Bubur kacang banyak juga kaitannya dalam hidup saya dan orang-orang kampung saya.Mak saya dan orang kampung yang lain pernah sahaja menjadikan bubur kacang sebagai sarapan pagi.Dimakan dengan pulut atau paling tak pun dimasukkan sesenduk nasi dalam bubur tu..Tak tau la orang kampung lain buat macam tu ke tak..Tapi dulu-dulu kat kampung saya ia kebiasaan.Kalau yang berada sikit makan dengan roti benggali atau roti kapai (biskut bulat nipis-boleh google roti kapai)🤭
Bubur kacang juga menjadi hidangan hampir wajib kat kampung saya kalau ada gotong royong.Selalunya gotong royong bersihkan kubur,tebang pokok,tebas jalan untuk bersihkan semak-semak jalan kampung yang sekadar macam denai saja.Hingga awal 90-an pun kampung saya masih jalan tanah merah.Dah dekat tahun 2000 baru ada mini tar..Kesian kampung saya kan...
Lagi satu bubur kacang ni famous masa musim tanam padi dan musim menuai padi.Orang kampung akan gotong royong ( kami panggil "derau").Hari ni pakat tanam kat bendang si polan...esok pakat tanam bendang si polan lain pula.Biasanya mula pukul 8 pagi dan bila bunyi tembak batu pukul 12 semua akan berhenti.Tuan bendang akan jamu la bubur kacang.Petang sambung lagi pukul 2 sampai matahari terbenam.Begitu juga musim menuai .Semua buat cara derau.Hujung 80-an baru ada mesin padi masuk kampung.
Lastly ,paling saya ingat bubur kacang ni juga akan dimasak tuan rumah jika pindah rumah.Pindah rumah ada dua.Satu pindah sebab buat rumah baru..
SAMBAL TUMIS CILI PADI SARDIN DAN BELIMBING
Belimbing lagi ..Sardin lagi....
Biar la anak-anak semut bertiga tu tak makan.Saya akan makan dengan suka hati tanpa perlu berbagi-bagi...Hihihi...
SAMBAL TUMIS CILI PADI SAEDIN DAN MELIMBING
1 tin sardin
20 biji belimbing
Minyak,garam & gula.
Bahan Blend:
1 cawan cili padi merah.
1 bawang besar.
1. Panaskan ¼ cawan minyak dah tumis bahan blend.Terus masukkan belimbing & biar mendidih hingga naik minyak.
2. Tambah garam,1 sudu teh gula dan lagi 1 cawan air serta masak lagi hingga naik minyak sekali lagi.Masak agak lama supaya belimbing mengeluarkan masam dan menjadi lut sinar.
3. Masukkan sardin bersama sosnya dan biar mendidih perlahan supaya ikan tak hancur.
4. Sesuaikan rasa.Sambal ni akan lebih sedap jika dimasak awal beberapa jam.
Ulam timun & daun bawang saja.Hari-hari mak saya akan call cerita pokok ulamnya subur musim hujan ni tiada siapa nak makan..Layur..layur...nak suruh balik la tuuuuu...hihihi
MEE GORENG BASAH TAK LENCUN
Rasa macam dah boh kuah banyak.Tapi dia tetap tak lencun...hihihi
Saya guna Nu Mee Gardenia..Dulu masa mee ni baru keluar,saya rasa macam tak berapa sebab macam keras.Tapi dah lama-lama baru boleh tune.Mee ni bagusnya selain tidak perlu curiga pasal kebersihan dan bahan yang digunakan ,mee ni juga muai.Untuk 4 orang makan saya masak sebungkus sahaja.Masak kena lama sikit.Walauoun kembang macam mee udon,tapi tak lembik..sedap pada tekak saya.Yang penting tak perlu was-was...
"Saya Mempercayai Gerdenia"
(agak-agak Gardenia baca tak🤣)
KUBUR MENGINGATKAN KITA TENTANG AKHIRAT
يا أخي : إن القبور تذكرنا بالأخرة وبقصر أعمارنا
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (ألا وإني قد نهيتكم عن زيارة القبور ألا فزوروها فإنها تذكركم بالأخرة )).
دخل علي بن ابي طالب المقبرة فسلم على أهلها وقال يا أهل المقابر اما بيوتكم فقد سكنت أما نساءكم فقد تزوجن غيركم أما أموالكم فقد قسمت
Wahai saudaraku : Sesungguhnya kubur mengingatkan tentang akhirat dan umur kita yang pendek .
Rasulullah s.a.w bersabda : "Adalah aku dahulunya menghalang kamu daripada menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu mengingati akhirat." ِ
Ali bin Abi Talib pernah memasuki kawasan perkuburan lalu berkata : (( Wahai penghuni kubur , adapun rumah rumah kamu maka sesungguhnya ia telah didiami oleh orang lain , adapun isteri isteri kamu maka mereka telahpun berkahwin dengan orang lain , adapun harta harta kamu , maka ianya telah dibahagikan kepada orang lain)).
Tuesday, 28 September 2021
SAYA SUKA ROTI BIJIRIN GARDENIA!
Sarapan ringan kesukaan saya.
Namanya Sommerset Cottage Multigrain And Seed.Tapi sebab nama tu panjang sangat..Saya suka sebut roti bijirin saja.Ni semalam baru beli 2 bungkus terus.Saya suka sebab roti ni kasar,berserat,
mengenyangkan dan pastinya bagus sebagai makanan berkhasiat.
Tapi semua tu bukan saya ambil kisah sangat.Yang saya suka tu kerana ianya SEDAP...!
Yang ni pic Google .Sebab takut saya eja salah..hihihiRoti ni dengan secawan kopi dah cukup membahagiakan anak tekak saya.
MENGAPA RASULULLAH BERISTIGHFAR?
Monday, 27 September 2021
KUIH RENGAS DAN CERITA POKOK RENGAS
Kuih rengas pula tak tahu kenapa dinamakan begitu...
CUCUR KACANG /KUIH KASTURI
1 cawan kacang hijau- rendam semalaman
1 cawan kelapa parut putih
½ sudu teh garam
1 keping gula melaka
( boleh ganti brown sugar)
2 sudu tepung gandum
Bahan Celup:
½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
1 ¼ cawan air
½ sudu teh garam
½ sudu besar gula
beberapa titis pewarna kuning
1 sudu air kapur( yang jernih)
2 sudu minyak
*Campur semua bahan celup @ blend hingga creamy
1. Rebus kacang hijau hingga empuk
2. Campurkan gula, garam & kelapa parut.
3. Bila semua sebati, masukkan tepung & matikan api.
4. Teruskan kacau hingga kental & sebati
5. Biar suam sedikit, & bulat2kan sebesar buah limau nipis & leperkan ikutvketebalan yang disukai.
6. Celup ke dalam batter & goreng sambil dibalik2kan hingga garing
7. Toskan minyak & sedia dihidangkan
Step by step ada dalam old post KUIH KASTURI @ CUCUR KACANG ....kat sini