Thursday, 9 September 2021

TEMPE BERLADO vs SUP BEBOLA AYAM

 

Tempe berlado..Padeh sampai mengalir air mato..Tapi total dimakan juo..


Hihihihi...tiba-tiba teringat lagu  minang

" Ayam Den Lapeh"


TEMPE BERLADO

2 bungkus tempe.

1 cawan bilis bersih

2 sudu kacang tanah goreng.

1 sudu air asam jawa.

Garam,gula & minyak.


Bahan Blend Kasar:

1 cawan cili padi Bangladesh.

1 bawang besar.

3 bawang putih.


1. Tempe dihiris dan goreng garing.Bilis juga goreng garing.Kemudian,goreng kacang tanah.

2. Tumis bahan blend hingga naik minyak.Tambah air asam,garam & gula.Sesuaikan rasa.

3. Kemudian baru masukkan semua bahan yang dah goreng,gaul rata.



Masak pula sup bebola ayam.

Sup macam ni anak-anak suka.Saya dapat tempe berlado saja dah cuku.Suka lauk kering-kering.



Masak pun campak-campak sahaja.Tumis bawang & halia.Tambah air biar mendidih.Campak bebola ayam & sayuran.Perisakan dengan garam,lada hitam tumbuk & secubit gula.Siap.


12 comments:

  1. Sedapnya tempe berlado macam ni kak. Tiba tiba nak ikut nyanyi. Hihi
    Saya pun sama dapat tempe berlado pun dah cukup. Buat ratah pun sedap. Sup sup ni suka makan dengan mi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama taste...Sup nak hirup nak makan dengan mihun ok,kalau nak makan ngan nasi kena hirup asing...hihihi

      Delete
    2. Betul betul. Makan dengan nasi kena mangkuk sup lain :)

      Delete
  2. Sup bebola ayam tu...saya suka hirup kuah panas-panas. Memang sedap sangat ni ditambah lada hitam!
    Ayam deh lapeh... oh penyanyi asalnya baru saja kembali ke rahmatullah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah untuk arwah,semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman....aamiinnn

      Delete
  3. Ingatkan orang jawa aje minat tempe

    ReplyDelete
  4. Kalau dah guna cili padi bangladesh tu memang berdesing la makan, hihi. Kalau sy dapat tempe balado tu, sup bebola sy makan asing, nanti hilang baladonya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi3...berdesing baru puas makan nasi...kalau tak pedas,nanti senyap sunyi🤭

      Delete
  5. fuhh sedap tempe berlado! mkn ngn nasi panas2.. paduu

    ReplyDelete