Tuesday, 7 September 2021

PULUT AYAM ALA HADYAI


Semalam petang masak Pulut Ayam Ala Hadyai untuk dinner.Ala saja la sebab ni bukan pulut ayam kat Hadyai kan...
Hihihi


Pulut Ayam kalau masuk dalam rumah ni memang jadi kesukaan semua isi rumah.Menu simple yang cukup sedap pada tekak saya dan anak-anak.Kami anak beranak dengan pulut tak boleh berpisah lama.Dalam sebulan kadang berkali makan pulut....Saya memang suka pulut.Mungkin sebab sejak kecik memang mak selalu sediakan pulut untuk sarapan pagi.Bekalan pulut memang tak pernah putus sebab mak ayah memang tanam padi sendiri termasuk padi pulut.Dulu memang stok padi beras biasa dan padi pulut disimpan dalam jelapang untuk stok setahun sebab tanam padi setahun sekali masa tu.Jadi makan pulut terbawa hingga sekarang.Anak-anak pun yang bab pulut ni depa ikut pula menyukai.Kalau makanan lain banyak ja yang saya suka depa tak suka.
 

Ni pinggan sendiri sebab ada hati ayam sekali.Bab hati ayam takdak sapa ikut.Semua tak suka kecuali saya..Hihihi

Ayam Goreng 

Pulut kukus..
Biasa la...saya hanya kukus guna rice cooker.Saya rendam kosong selama 5 jam & kukus.Kukus kosong sahaja.Saya alas bekas kukus tu dengan net putih ( sebenarnya net putih tu adalah net bekas bawang putih yang saya belah & basuh bersih & guna buat alas pengukus.Dah lepas guna basuh,simpan semula dalam pengukus supaya tak hilang 🤭) 

Pulut Ayam lebih sedap guna pulut kukus berbanding pulut tanak sebab pulut kukus tak muak.
Alamak,....bila kukus pulut teringat janji dengan KakMim nak tutorial buat pulut kuning.Masih tertangguh lagi sebab kata nak minta Cella edit video tu sampai sekarang terbiar.Nanti kena tunai juga janji tu walaupun hanya video tanpa edit.Ada ja video dalam galery.Kalau tak tunai  dah jadi mungkir janji,munafik tu.Nau'zubillah...Sekarang kira belum mungkir kan..hanya tertangguh🙈🙈

Bahan nak perap ayam.Dalam pic ada 3 jenis.
Sebenarnya bahan tu ada 5 jenis.Yang lain tak ada dalam gambar la pulak.
-Akar ketumbar
-Bawang putih
-Lada putih
- Biji ketumbar
-Jintan putih.
Semua bahan ni agak-agak saja.

Dah tumbuk 5 bahan tu.Tambah 1 ketul kiub ayam & sikit garam halus.Saya pernah tengok dalam youtube ada tukang masak orang Thailand(non muslim)  yang guna kiub 🐷 untuk perap ayam.Katanya supaya rasa lebih sedap.Maknanya kalau makan kat sana kena hati-hati jugak la kan walaupun ayam.. terutama kalau tempat makan non muslim  yang tiada tanda halal dan diragui...Nauzubillah,semoga kita dilindungi...

Ayam dah digaul bahan tumbuk diperap beberapa jam dalam peti ais.Patut ayam tu potong 4 atau potong 6 sahaja baru cantik.Tapi sebab ayam yang ada dalam peti ais dah potong kecik,saya on  sajalah.Cuma tak comey la bila ayam kecik...hihihi

Bancuh 2 sudu tepung jagung dengan 1 cawan air,bancuh cair + sikit pewarna oren.( Cikgu Amie..saya dah jumpa pewarna oren kat Shopee)Sebenarnya Cella yang tolong cari & order.Saya tak reti..
Yang berbintik dalam bancuhan tu ialah sisa bahan perapan ayam tadi..

Gaul ayam perap dengan bancuhan tepung jagung.Goreng dalam minyak banyak hingga garing.Cuma bancuhan tepung saya macam agak pekat sikit la.Lain kali kena cairkan lagi.
Bau dia masa goreng ayam ni memang menggoda.Dah la tengah hujan lebat.Perut bergegar tau...hihihi
Ops,kena buat bawang goreng dulu..

Bawang merah dihiris gaul sikit tepung & secubit garam.Haruslah bawang  merah kecik tu ya.Kalau bawang besar dia tak segaring  & seharum bawang merah

Goreng jangan tinggal,kang hangus tak sedap.Saya goreng bawang ni dulu baru goreng ayam.Jadi minyak tu bau harum masa goreng ayam.

Simple tapi kami semua suka.Cili pencicah ayam tu,saya hanya gun Thai cili sos saja.Kalau nak cairkan sikit + sikit air panas.


9 comments:

  1. Banyak kali dah tengok tayangan Pulut Ayam kat sini.

    Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menangkis godaan ini, Aminnnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah,kurniakanlah rwzeki & kerajinan kepada SK 🤲🤲🤲

      hihihi

      Delete
  2. alahai sedapnya.. perot pon menyanyi2 ni mtk mknan.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun belum mengisi perut hari ni...
      Baru lepas diselia big bos dari awal pagi...Ni baru nak gerak cari makan...hihihi

      Delete
  3. Sedapnya pulut ayam. First time makan masa pergi Perlis tu. Terus suka. Pernah buat juga tapi kurang kick sikit. Lagi sedap yang hat Perlis tu. Kot teringin makan boleh cuba resipi mama cella ni. thanks kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom-jom try...
      Kadang saya belasah makan dengan ayam goreng biasa ja..Janji ayamnya panas-panas & bawang gorwng homemade...hihihi

      Delete
  4. Mak cella ni kalu bab pulut memang say a bagi berbintang2💎

    ReplyDelete