Hari ini entah kesibukan apa yang melanda hingga sakit kepala.Kesibukan dunia semata..
Pisang Goreng Crispy.Dapat tips nak buat pisang goreng supaya crispy.Ni bukan resipi tapi lebih kepada tips.Bahan macam sama sahaja.Cuma batter kena cair rupanya.Selalu memasak,tapi kadang benda simple pun ilmu lambat sampai...hihihi
Awak panggil pisang apa?ðŸ¤
Sesisir pisang ni harganya RM7.Itupun sebab beli kat pasar.Kalau pasar raya tak dapat la harga tu. 30 tahun dulu ketika mak ayah menanam pisang penuh sekampung,pisang tiada harga pun.Selain makan sendiri,ayam dan burung lah tumpang kenyang berkongsi rezeki.Dulu selalu baca dalam buku teka sekolah rendah,pisang goreng dijual sekeping 5sen.Masa tu saya pelik,ada ker orang jual pisang goreng?
Zaman otak belum berkembang,tak pernah keluar melihat dunia luar..Baca orang jual/beli pisang goreng pun dah pelik.Sekeping 5 sen.Maknanya sebiji pisang 10sen..mahalnya...!!
Tapi itu zaman tu,harga sebuah rumah banglo setingkat baru 35k..hihihi
Teringat kecik-kecik dulu, peraih datang kebun beli pisang. Setandan pisang lemak manis yang kecil harganya 15 sen. Allahu Akbar.... 15 sen saja! Tengok jenis pisang juga. Kalau pisang nangka atau pisang berangan memanglah harga tinggi. Dulu beli ubi kayu seringgit dapat sekarung! Beli nanas seringgit dapat berpuluh biji! Tapi sebatang tebu yang ayah saya jual harganya cecah 20 sen! Dulu 1/2 sen pun ada harga (tapi waktu tu saya belum lahir).
ReplyDeleteAlahaiii...sedapnya pisang goreng cicah kicap cili...lama x makan....tp betul la...kalau dulu pisang goreng murah...sekarang x dapat de...maybe sebab tinggi permintaan
ReplyDeletepisang awak ni sama ke tak ye dengan pisang nipah? Bentuk macam lebih kurang ada bersegi tu. Pisang memang dah mahal sekarang. Sesisir pun dekat RM10 dah. itu belum ikut jenis lagi.
ReplyDeleteSedapnya pisang goreng crispy. Makan pulak dengan sambal kicap. Terbaik :)