Dapat belimbing buluh segar dari Rose.Dua hari lepas,masa balik dari tempat kerja singgah rumah Rose nak beli cili blend dari Rose.Kalau pergi rumah Rose selalunya bukan ambil cili sahaja.Bermacam la side yang mengiringi cili tu.Ros akan bagi pucuk ulam bagai.
Kali ni Rose bagi sebungkus asam gelugur(asam keping).Katanya kakak dia kirim dari Kelantan.Sukanya saya dapat asam keping ni.Bersih dan puas hati nak guna.Macam tahu-tahu pulak bekalan asam keping saya dah habis.Selalunya saya beli stok time balik Kedah.Beli kat Pekan Nat Sabtu.Ni Ros bagi,Alhamdulillah.Dia kongsi dengan saya banyak juga.Dapat la sebalang kecik tu..
Kata Rose,waktu malam tengok buahnya kecik lagi.Bangun pagi nampak buah-buah belimbing tu dah besar.Agaknya masa manusia tidur tumbuhan dan haiwan pula membesar..Saya suka menonton rancangan "Sicret In The Garden"
Seronok tengok bila video dilajukan kita boleh lihat proses biji benih bercambah,bunga berkembang,kupu-kupu keluar dari kepompong.Kalau dapat tengok rancangan macam tu,saya memang boleh hanyut "masuk" bersama dalam sreen TV tu macam saya juga berada di taman tu....hihihi
Dapat buah belimbing segar macam ni,teringat youtuber Thailand yang makan buah belimbing ni cicah sos colek Thai tu.Sapa saja yang tengok dia makan tak terkecur liur...even saya yang tak suka asam pun boleh penuh air liur dalam mulut...Hihihi
Memang dah plan dalam kepala,belimbing ni nak masak sambal tumis dengan ikan bilis.
SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH
1 cawan bilis bersih
10 biji belimbing buluh yang besar
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
¼ cawan minyak
Bahan Blend
15 cili kering
1/2 bawang besar
3 bawang putih
1. Panaskan minyak & goreng bilis hingga garing.Terus masukkan bahan blend.
2. Masak hingga naik minyak
3. Masukkan belimbing dan 1 cawan air. Air kena masuk sampai nampak macam kuah sebab belimbing perlu dimasak lama supaya keluar masamnya dan rasa lebih sedap.
4. Biar mendidih perlahan hingga kuah kering dan pekat
5. Tambah garam & gula & masak hingga naik minyak
6. Sesuaikan rasa
Selalu saya masak sambal belimbing guna cili padi merah Bangladesh tu.Tapi kali ni masak sambal versi cili kering pula..
Adoiii.. memang berkumpul ailio dalam mulut sampai lupa nak telan ni, Mak Cella uiii
ReplyDeleteHihihi...
DeleteTelan kaih...satgi meleleh...
Nasib baik ank kak lin dpt cari belimbing buluh ni.. terus kak lin try msk sambal belimbing buluh ni.. mmg sdp.. jd sambal fav.. tq mak cella sharing idea yg ohsem ni.. 💃
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteSedap kan sambal belimbing.Saya lagi suka versi cili api...mengaum bila makan..hihi
fuhhhh merecik!
ReplyDeletetergoda iman kita tgok.. haha
kecur air liur
Esok weekend boleh cari belimbing kat pasar..hihihi
DeleteSambal tumis begini, kuah berminyak tu gaul dengan nasi panas pun sodap! Lupakan saja lemak-lemak yang bakap diternak hahahaa.
ReplyDeleteLemak tu teman karib🤣
DeleteSedapnya kak.. Dah petang Ahad br nampak posting ni.. Kalau tak boleh gak cari belimbing buluh kt pasar tani
ReplyDeletepospon minggu dwpan pulak😅
DeleteAih...SA yg baca ni ha...x terkira terkumpul bertakung air liur ...
ReplyDeleteHihihi...perasan juga SA memang suka masam-masam kan...dapat dimasak lomak cili api kalau versi SA sodap ni
DeleteLauk sodap ni. Selalu jugak masak bila tak tahu nak masak apa dah. Stok belimbing buluh saya frozenkan. buah belimbing buluh ni kalau dah berbuah, banyak betul kan. Itu yang kawan akak beria suruh amek tu. Dari jatuh gugur baik amek buat lauk.
ReplyDeleteoh...saya belum pernah frozen....boleh cuba ni...
Delete