Sunday, 12 September 2021

ALLAH,MALAIKAT,MANUSIA & MAKHLUK LAIN JUGA BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W

 Pagi ni tunggu tazkirah subuh daripada Ustaz Kamarul Hafiz tapi senyap sahaja.Mungkin ada hal yang menyebabkan tak dapat bersiaran.

Saya kongsikan kuliah maghrib malam semalam yang juga dari Ustaz Kamarul.


Seperti biasa setiap hari Jumaat malam,lepas maghrib ada bacaan Yassin,Surah Al-Mulk,Makhraj Huruf,Tazkirah & Bacaan Doa.Seronok belajar dengan Ustaz Kamarul ni.Walaupun beliau masih muda tapi suaranya lunak, penerangannya jelas,mudah faham untuk orang-orang tua macam saya.


Selesai Surah Al-Mulk,ada tazkirah berkaitan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w


Amalan berselawat,memang disuruh kita buat & Allah juga berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Bahkan Malaikat dan makhluk lain juga berselawat.



Namun,selawat daripada Allah,Malaikat,Manusia & jamadat adalah berbeza maksud dan tujuannya.



Bila masuk bab ni,saya tak dapat nak kongsikan dengan jelas kerana masa masuk bab ni...Ada gangguan pula..
Bila belajar online ni..
Antara kelemahan tu,mudah hilang fokus.Ada gangguan sikit dah hilang fokus.Tapi bukan la salah belajar online ni sebaliknya salah diri sendiri.Padahal dengan ada kemudahan online ni lah banyak membantu memudahkan belajar,bermesyuarat,berhubung secara maya dengan keluarga yang jauh etc.Bila dihalusi,Ma sha Allah ...banyaknya hikmah yang Allah turunkan berbanding hanya sedikit musibah yang diselitkan sebagai ujian.





2 comments:

  1. Terima kasih kak kongsikan mana yang dapat dikongsikan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah....Saya akan selalu panjangkan untuk perkongsian bersama..Semoga panjang pahala untuk ustaz & bermanfaat untuk kita

      Delete