Salam Maulidurrasul 1442
"Ummah Rabbani, Negara Harmoni"
Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Tengah bz online class... Mak aku buatkan sandwich
الحمدالله... Kelas online berjalan lancar.. Dah selamat menerima deretan assigment... 🤣🤣🤣🤣Bertabahlah....
BUBUR PULUT HITAM.
1cawan pulut hitam
3/4 cawan gula
1 kotak kecil santan
2 pandan
1/2 sudu teh garam
1. Basuh dan rebus pulut hitan dengan 2 cawan air biar mendidih.
2. Bila air nampak kering tambah lagi agak-agak 1 cawan air panas dan biar mendidih lagi
**jangan direbus dengan air yang banyak sekali gus kerana nanti pulut akan jadi pecah dan kurang sedap.Ulang tambah air panas sedikit demi sedikit supaya pulut kekel bentukny
3. Ulang tambah air panas dan biar mendidih perlahan hingga pulut empuk.
***Cara nak tahu pulut sudah empuk...picit biji pulut hitam yang sudah direbus itu..Jika sudah empuk..walaupun kulitnya masih berkilatbtapi bila dipicit isinya lembut didalam
4. Masukkan pandan dan1/2 kotak santan + 1 cawan air panas .Kacau rata
5. Masukkan gula dan biar mendidih perlahan hingga nampak pekat...
6. Baki santan dicampur sedikit garam..
7. Sendukkan bubur ke dalam mangkuk dan curahkan sedikit santan pekat bergaram tadi...
Jumaat & Sabtu memang free.. Actually memang memfreekan diri. Hihihi. Yang sebenarnya Dr Hisyam dah bg assigment 30m/s dah pun... Diulangi.. 30m/s..hahahaha. Dah mula draff dah cuma santai-santai jer dulu.. Kayuh slow2.. Pasni baru kayuh laju skit.. Esok class penuh pagi sampai petang.. Dulu sekolah Monday blues.. Now, Sunday blues plak... Sunday class penuh wei... Esok memang xleh update blog arr... Jadual padat. Kalau dah mula pukul 8 pagi... 7.30 dh kena set up dah. 8 pagi sampai 10 pagi.. Sambung pukul 11 smpai pukul 1.00 & pukul 2 hingga pukul Kalau dah jadual pukul 8.00 pagi hinvga 11 pagi, memang lecture akan stop pukul 11 pagi la.. Siap kena on camera wei. Lect cakap kalau x.... Nanti ada yang just online, tapi membuter... menggoreng ayam.... Goreng ayam ni Maria la.. Hari tu onlne class tetiba dia boleh lari... Ingatkan apa la emergency.. Rupanya dia cakap tengah goreng ayam, adiknya baru balik sekolah nak makan... Hahaaha habis semua ketawa la...So,pasni pastikan nak goreng ayam ker, nak jemir kain ke, buat awal-awal or buat selepas yer.. Sila on camera... Setting tempat yang sesuai. Jangam tengan online nampak background x sepatutnya plak. Hahahaha...
So, update la skit untuk hari ni sebelum stop jap esok. Mak aku......? Mak aku akan take over oficially 1st Nov 2020....Dah ajar kat PC senang skit... Sebab nampak semua icon & screen besar skit. Tapi mak aku xmo post lagi. Ada beberapa draff yang dah half way... Tapi stay save kat draff. Mak aku cakap kena buat MOU & majlis serah blog dulu.. Hahahaha🤣🤣🤣
Hari ni xde online class sebab Ganu kan cito hari Jumaat & Sabtu. . So, free skit 2 hari ni. Jangan dah balik KL ni buat aku lupa plak hari Ahad ada class suddaaaaaa..... Haaha, dh set reminder..
LEMPENG CAIR
2 cawan tepung gandum
3 1/2cawan air
1 telur
sikit garam
2 sudu minyak
sikit minyak lagi untuk sapu kuali
1. Blend semua bahan tu hingga berkrim
2. Jika guna kuali biasa sapu sikit minyak & dadarkan
kuih sesenduk demi sesenduk..
3.Jika guna pan..just sapu minyak sekali sahaja masa
dadar pertama..
4. Buat hingga selesai
& boleh hidang dengan kuah
kari atau sambal tumis.Makan dengan susu pekat pun sedap
الحدالله......
Kelas online berjalan lancar walaupun aku yang x berapa nak lancar. Haaaaaa.. Puncanya kelas mula pukul 2.00 pm. Pukul 1.30 gerak ikut mak aku nak gi tempat kerja.Dengan berdebar 1st day & 1st time nak berdepan ngan new classmate ni. Memang la xde face to face, tapi by video pun nampak la face kan... Semalam lagi mak aku cakap pc kat rumah ni tetiba no signal.. Puas dah kakak try cabut semua wayar & pasang semula,tapi tetap gagal. Mak aku dah kemurungan x dapat nak buat kerja. Dah la PC tu pun baru beli lepas PKP hari tu. PC 2nd hand.. Mak aku cakap kena ada PC kat rumah sebab takut PKP lagi nanti nak kena Work From Home. Hmmmmm sekali betul PKPB lagi sekali & start hari ni mostly goverment staff kena WFM termasuk la mak aku. Sekolah dari minggu lepas lagi dah tutup dah seluruh KL, Putrajaya & Selangor.
Pagi lagi mak aku cakap nak gi tempat kerja kena siapkan 1 kerja urgent sebelum 26 okt. Dah kalau hari ni 22Okt.Esok Jumaat dah. Sabtu, Ahad. Lagi 3 hari. So, takkan nak biar mak aku gi sengsorang dengan xde orang semua tu. Kata mak aku ofis semua tutup ssbab semua dah start WFH.Hanya ada security guard jer. Mak aku cakap nak bawa CPU tu sekali baiki sesiap. Kena baiki juga sebab kena WFH.Lagipun kan nanti mak aku nak update blog ni kan lepas ni.... Haaa kalau guna PC senang skit nak ajar walaupun PC ni lembab ngalahkan siput khinzir.. Camanalah mak aku buat kerja dengan PC ngok ngek ni.. Tapi maknaku cakap ok jer janji screen besar & keybord besar senang nak baca. Handphone ni kecik, aku pun selalu typo.. Hahahhaha... Pastu susah nk tunjuk sebab mak aku cepat give up.. Syyyyyy...
Pukul 1 lebih lepas Zohor terus gerak. Singgah beli Kuih Keria Gula Melaka nak bg Pakcik Jaga + ngan akubpun tengah lapar wei...
Nanti petang dah start online class dah... Huh, sib baik dapat group yang kena gang. Ada beberapa group tapi Alhamdulillah dapat sama ngan beberapa gang pompuan & beberapa gang lelaki. Tapi tu ar, group dah ok dah tapi timing plak x cantik. Group aku kena sesi petang. Pukul 2 petang - 5 petang. Tapi kira ok lagi la. Aku lebih rela petang asalkan kena ngan gang yang rasa ngam. Bukan group lain x ngam cuma, kita mestilah nak ngan kawan2 yang kita selesa kan....
Hari ni, siang tadi mak aku masak Nasi Impit Goreng. Recycle lebihan nasi impit yang makan ngan soto ayam hutam semalam tuNASI IMPIT GORENG
15 paket nasi impit (setiap 1potong 3x3=9)
10 batang sosej ayam(lagi bagus guna isi ayam)
1 batang carrot - potong jejari
1 cawan kobis (hiris nipis)
1 cawan kucai/sayur hijau yg lain
1 pokok daun sup
4 sudu cili blend(sy guna sambal tumis frozen)
1/4 cawan kicap lemak manis
2 bawang putih - ketuk
1 sudu teh garam
4 sudu minyak
1. Siapkan semua bahan sebelum mula memasak
2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan sosej hiris/isi ayam dan goreng hingga harum.
3. Masukkan cili blend/sambal tumis & masak hingga naik minyak. Tambah garam
4.Masukkan carrot, kobis & kacau rata.
5.Tambah kiub nasi impit sambil direnjis kicap d gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan kucai/sayur hijau d sesuaikan rasa. Tabur daun sup
Dah masuk minggu ke-3 dah kat KL,. Rindunya lahai kat Ganu. Rindu kat bilik aku weiiiii.... Apa khabar la bilik aku tu. Harap2 semuanya masih seperti asal.. Huhuhu
Semalam nyer semalam mak aku masak Soto Madura. Request aku la mengikut list menu yang aku dah sediakan. Hahahaha.. Ada 3 lagi menu yang belum mak aku tunaikan. Cookies, Bubur Pulut Hitam & Ayam Masak Merah. Hahahaha..SOTO MADURA AYAM HUTAN
Nasi Impit /Ketupat nasi
Kuah;
1 ekor ayam hutan
1 kotak kecik santan kotak
minyak masak
garam,gula
Bahan blend:
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 ketul halia
1 ketul kunyit- mak aku kata serbuk pun...bole
1 bungkus rempah sup serbuk
1 btg serai
Bahan Tumis:
1 batang kayu amnis
7 bunga cengkih
2 bunga lawang
5 buah pelaga
1/2 biji buah pala
10 biji lada hitam
Bahan Tabur/Hiasan:
daun sup
tauge mentah
limau nipis
isi ayam goreng
Sambal Kicap:
15 biji cili padi
2 bawang putih
gula,garam,cuka
**** Mak aku pesan...goreng dulu cili & bawang putih..pastu blend ngan kicap ,gula,garam & cuka....selain lebih sedap..dengan menggoreng dulu cili tu..x la sakit perut nanti.
1. Blend semua bawang2,halia,kunyit bersama rempah sup...
2. Panas minyak & tumis semua bahan blend
3.Bila dh naik minyak..masuk kaki ayam.. kalau guna ayam ..masukkan isi ayam...Bila isi ayam dh masak angkat & goreng.pastu koyak2 isi ayam tu tabur atas soto...
4. Masuk 5 cawan air & serai..biar didih..
5. Masuk plak garam,gula & 1 cawan santan
6. bila dh masak..hidang la ngan nasi impit & bahan lain
Step by step ada dalam old post
SOTO MADURA.... KAT SINI...