Wednesday, 21 October 2020

AYAM GORENG KUNYIT vs KARI TELUR

 Semalam mak aku masak Ayam Goreng Kunyit & Kari Telur untuk lunch kitorang. Sukanya aku dapat makan Ayam Goreng Kunyit ala-ala Warung Simple tu. 

Ayam Goreng Kunyit ala Warung Simple. Mak aku masak awal pagi untuk lunch kitorang. Abang x bawa bekal sebab hari ni abang kerja petang sampai malam. So, lepas lunch baru abnag gi kerja.Abang kata kat tempat kerja ada ration biskut & minuman untuk petang.Hmmm 2pinggan abang makan. Aku memang dah terbayang ayam kunyit kat Warung Simple. Rindu nak makan kat Warung Simple tapi sejak balik KL ni mana ada keluar kemana2 sebab ma hari ti risau Covid 19 sebab dah banyak viral pasal banyak mall kat KL ada kes +ve covid. Pastu masuk minggu lepas dah start PKPB.. Boleh jer kalau nak keluar dalam PKPB ni dengan syarat 1 kereta hanya 2 orang & kalau makan kat restoran 1 meja hanya 2 orang. Tapi jujurnya aku makin takut dengan Covid ni. Rasa x berbaloi kalau takat nak keluar semata-mata nak jenjalan & nak makan. Kesian tau dengan Dr Noor Hisyam setiap hari pesan kalau xde keperluan mendesak tolonggggggggglah duduk di rumah.!! Walaupun Dr Noor Hisyam tidaklah meninggikan suara tapi kerana lembutnya suara beliau & melihat pandangan matanya sahaja membuatkan aku rasa nak nangis tau..!!! 😭😭So, tergamak ker nak keluar semata-mata nak jalan2 & makan-makan sedangkan kita ada pilihan:

1. Duduk di rumah

2. Duduk di penjara (penjara pun lagilah x selamat

3 Duduk dalam kubur

Aku pilih duduk di rumah sambil jalan-jalan ulang alik.... 

bilik tidur👉ruang tamu👉dapur🤭

Aku pilih makan-makan... Makan... Makan... & makan... 😁Ayam Goreng Kunyit vs Kari Telur ni jer aku ulang 3x..hehehhehe..tapi makan sikit2 la... Heeee

AYAM GORENG KUNYIT.. mak aku
2 keping  besar dada ayam ( dari seekor ayam)
1 cawan tepung pedas
1 sudu serbuk kunyit
Minyak
1 cekak kacang panjang/buncis-hiris
1 batang lobak merah-hiris jejari nipis
2 cili merah - hiris nipis
1 bawang holland
1 sudu teh garam

1. Dada ayam dihiris jejalur nipis & gaul bersama tepung pedas & goreng dalam minyak banyak hingga garing rangup & toskan
2. Tinggalkan minyak anggaran 3 sudu & tumis bawang besar & cili merah hiris
3. Masukkan serbuk kunyit & kacang panjang/buncis hiris & carrot hiris
4. Tambah garam & ayam yang sudah digoreng.
JANGAN MASUKKAN AIR
5. Kacau hingga sayur sedikit layu
6. Sesuaikan rasa

##Pesan mak aku:
Jangan dimasukkan air supaya lebih sedap & tahan lama tidak basi untuk bekal. Sayur sudah cukup melembabkan

Untuk nak dapat feel & taste macam makan kat Warung Simple kena la ada kuah kari. Kalau kat Warung Simple kuah kari dia ada kaki & leher ayam. Yang ni mak aku cakap kari telur sebab xde leher ayam dan kaki ayam. Tapi sedap dia baq hanggggg

KARI TELUR... mak aku

5biji telur ayam
2 paket kecil rempah kari ikan
1/4 kotak santan(1/4 cawan santan pekat)
1asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula melaka diracik
1/2 biji timun
5cili padi
2 bawang merah+2 bawang putih(tumbuk)
4 sudu minyak

1. Panaskan minyak & tumis bawang tumbuk hingga harum
2.Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1 cawan air. Masak hingga naik minyak
3.Masukkan telur, timun, 2 cawan air, asam keping, garam & gula. Masak hingga mendidih.
4.Masukkan santan pekat & kacau rata.
5.Biar mendidih beberapa minit & kecilkan api & masak dengan api kecil 5-10 minit supaya kuah naik minyak. Sesuaikan rasa

Dia nyer feel bila gaul kuah kari pekat masin, masam, manis & lemak. Tambah lak ayam kunyit.. Melekat bau kat tangan weiiiii. Kalau ada sambal belacan ni lagi terangkat wei. Tapi sayang mak aku xde buat sambal belacan 



4 comments:

  1. Aduh, sedap tu.. masak kari telur ni fav uncle & gandingannya pasti ayam goreng, macam makan nasi daun pisnag feelnya tu.

    Aunty pun sekarang pilih duduk di rumah kecuali pergi kedai bila ada barang penting nak kena beli. Pergi kerja balik terus, dah sebulan lebih aunty tak pergi mall, tak ada keperluan mendesak pun, lagipun Iman ada kelas online yg skrg ni weekend pun kadang ada kuiz, malam pun ada kuiz. Kalau tak ada apa, sibuk dgn assignment pulak, jadi lebih baik stay at home, kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee.. Uih kalau kari telur ngan ayam goreng panas drumstick memang mantops arrrr.. Tapi aunty mesti lagi pakar masak asam pedas kan... Sedapnya..

      Kiter pun dah start onlne class hr ni untuk sem 2..Tapi ada yg kata ni masih sem 1 sebab hari tu nyer kira special sem/sem pendek.. Mmm ntahlah belum faham lagi. Tanya kakak pun, masa kakak lain. Kitorang special case sebab covid ni. Hope Iman pun bertabah lah yer. Mungkin ada hikmah yang lebih baik Allah dah aturkan untuk kita. Sambil Aunty doakan untuk Iman, selit juga tau doa untuk kiter😘

      Delete
  2. Kari telur ngan aysm goreng meletup oiii makan ngan nasi panas panas👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya tu... Nanti meletups.. Hahahaha.. Tapi makan lauk ayam goreng + kuah kari pekat yang siap melekat kat celah jari tu.. Pergh.. Aghhhh mak kiter tengah masak kari lagi tu.. Taoi bukan kari telur.. Kari ni jarang ada jual.. Tungguuuuuuu!!!!!

      Delete