الحدالله......
Kelas online berjalan lancar walaupun aku yang x berapa nak lancar. Haaaaaa.. Puncanya kelas mula pukul 2.00 pm. Pukul 1.30 gerak ikut mak aku nak gi tempat kerja.Dengan berdebar 1st day & 1st time nak berdepan ngan new classmate ni. Memang la xde face to face, tapi by video pun nampak la face kan... Semalam lagi mak aku cakap pc kat rumah ni tetiba no signal.. Puas dah kakak try cabut semua wayar & pasang semula,tapi tetap gagal. Mak aku dah kemurungan x dapat nak buat kerja. Dah la PC tu pun baru beli lepas PKP hari tu. PC 2nd hand.. Mak aku cakap kena ada PC kat rumah sebab takut PKP lagi nanti nak kena Work From Home. Hmmmmm sekali betul PKPB lagi sekali & start hari ni mostly goverment staff kena WFM termasuk la mak aku. Sekolah dari minggu lepas lagi dah tutup dah seluruh KL, Putrajaya & Selangor.
Pagi lagi mak aku cakap nak gi tempat kerja kena siapkan 1 kerja urgent sebelum 26 okt. Dah kalau hari ni 22Okt.Esok Jumaat dah. Sabtu, Ahad. Lagi 3 hari. So, takkan nak biar mak aku gi sengsorang dengan xde orang semua tu. Kata mak aku ofis semua tutup ssbab semua dah start WFH.Hanya ada security guard jer. Mak aku cakap nak bawa CPU tu sekali baiki sesiap. Kena baiki juga sebab kena WFH.Lagipun kan nanti mak aku nak update blog ni kan lepas ni.... Haaa kalau guna PC senang skit nak ajar walaupun PC ni lembab ngalahkan siput khinzir.. Camanalah mak aku buat kerja dengan PC ngok ngek ni.. Tapi maknaku cakap ok jer janji screen besar & keybord besar senang nak baca. Handphone ni kecik, aku pun selalu typo.. Hahahhaha... Pastu susah nk tunjuk sebab mak aku cepat give up.. Syyyyyy...
Pukul 1 lebih lepas Zohor terus gerak. Singgah beli Kuih Keria Gula Melaka nak bg Pakcik Jaga + ngan akubpun tengah lapar wei...
Actually mak aku dah masak sejak awal pagi lagi...
Haaaaa... Lagi makanan exotic.
Semalam nyer semalam makan Ayam Hutan
Today daging kerbau...
Mak aku cakap minggu ni memang masak stok makanan yang dah lama membeku tu. Nak clearkan peti ais sebab kakak baru order bekas container untuk simpan makanan dalam peti ais tu.Patut la keliar segala Ayam Hutan,Daging Kerbau bagai.. Hahahahha
Daging Kerbau ni pun Pakcik yang bagi masa balik Raya Haji 3 bulan lepas.
Aku tahu Pakcik memang suka beli daging kerbau. Setiap kali raya xkiralah Raya Puasa or Raya Haji,
Mak aku cakap Pakcik bagi daging kerbau ni dah siap potong kiub sesiap. Tinggal masak jer.. Ayam hutan semalam pun sama siap dah basuh bersih & siap potong. TQ pokcik..!!
KARI PEKAT DAGING KERBAU
1/2 kg daging kerbau-potong kiub
3 paket kecil rempah kari ikan(+-4 sudu besar)
(guna rempah kari ikan supaya kari daging tidak muak)
1/2 kotak kecil santan (1/2 cawan santan pekat)
2 biji kentang
1 sudu teh garam
1 sudu teh penuh gula melaka
1 pelepah daun kari
4 sudu minyak
Bahan Tumis:
1batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 bunga lawang
5 hiris halia
3 bawang merah - tumbuk halus
3 bawang putih-tumbuk halus
1 tangkai daun kari
1. Panaskan minyak & tumis semua bahan tumis hingga harum
2.Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan 1 cawan air. Masak hingga naik minyak
3.Masukkan daging kerbau & biar 1/2 masak tanpa tambah air. Setelah naik minyak lagi sekali baru tambah 4 cawan air dan mazak hingga mendidih dan daging empuk.
4.Tambah kentang, garam & santan yang dicampur 1 cawan air. Masak lagi heningga kentang empuk
5.Perlahankan api supaya kuah mendidih perlahan hingga pekat & naik minyak.
6.Sesuaikan rasa & tambah lagi 1 pelepah daun kari supaya lebih harum
**Sebaiknya dimasak beberapa jam levih awal sebelum makan supaya kari lebih pekat berminyak dan lebih sedap.
Sebab aku belum makan, aku bawa bekal masa ikut mak aku gi tempat kerja
Mak aku snapkan pic masa aku te gah stress online. Masa ni baru sampai bilik kerja mak aku. Penat naik tangga terus online sebab dah pukul 1.58.Berpeluh akubtercungap-cungap. Dr dah memanggil-manggil. Siap kira & Dr cakap baru 38 orang online. Mana lagi 2?..Dr suruh semua on camera. Dari pukul 2 hingga pukul 5 memang kena on camera sebab Dr cakap beliau xnak nanti ada yang main2 online dari atas katil la bagai. Beliau dah pesan pakai kemas-kemas, wangi-wangi.. Hahaha aku dah la tercungap-cungap.
Off kan camera jap terus aku capai seketul kuih keria gula melaka yang belinteoi jalan tadi. Bau dia mengganggu fokus aku wei..
Pastu sambung la online sampai pukul 4 lebih.. Slow2 hangkut semua masuk kereta sebab takut plak dok ngan mak aku jer kat tingkat atas sunyi sepi dengan hujan nak turun. Sambung online dalam kereta tapi aku setting backgroun hijau spy Dr x perasan aku dalam kereta. Hihihi, macam la orang x nampak seat kereta tu
No comments:
Post a Comment