Sunday, 31 October 2021

NASI IMPIT RENDANG DAGING vs AIR KELAPA MUDA

 Pejam celik dah hari minggu pulak dah..hari terakhir Oktober 2021

Esok dah masuk bulan November.Lagi dua bulan 2022 pula menjelma.Berkurang setahun lagi umur kita..Itupun kalau sempat sampai 2022.Dah banyak umur ni tak boleh nak kata umurnmakin bertambah dah...tapi dah kena countdown dah...Semoga Allah mengurniakan umur yang panjang lagi barokah untuk kita...


Nasi Impit Rendang Daging pula.Hari Jumaat pulut kuning.Hari Sabtu Nasi Impit pula...
Ya,ni juadah semalam untuk lunch saya .
Pagi makan roti sahaja alas perut sebelum bermesyuarat atas talian...Nasib baik masih atas talian.Boleh juga sesambil tu merebus nasi impit.Baki rendang daging hari Jumaat ada lagi sikit.Tak ada siapa nak rebut sejak Cella dah balik Ganu...Depa dua beradik tu pun pakat makan sorang sekali saja,lepas tu terbiar dah baki rendang tu dalam kuali.Nasib baik pulut tu saya hanya tinggal sikit saja kat rumah.Dalam ¼ kg pulut sahaja dari keseluruhan 2 kg pulut tu agaknya.Kerana ada baki rendang dalam semangkuk tu,saya rebus la nasi impit.Tak banyak pun,rebus ½ bungkus Ketupat Mini Nona.Rebus 15 paket mini ketupatnya.Selalu dok beli Adabi,tapi sejak dah dua tiga kali kena yang baru versi lembik,saya kurang suka.Cuba beralih pula ketupat Nona walau tiada lagi harum seperti Adabi.Semoga lepas ni Adabi mengembalikan kekenyalan ketupatnya agar saya dapat kembali kepada Adabi...hihihi.. Elok habis meeting,nasi impit dah masak.Biar sejuk...petang-petang sikit baru lunch...Dah petang panggil lunch ke...hihihi


Nikmatnya dapat makan nasi impit rendang daging vs air kelapa muda sejuk.
Lunch la sengsorang.Kelapa muda tu pula rasanya kelapa pandan sebab bila minum haruman pandan menerpa deria bau.Adah belikan 2 biji kelapa muda dua hari lepas untuk saya.Minggu ni minuman air kelapa muda kembali menjadi minuman harian.Alhamdulillah,
kesannya...rasa lega dari sakit kepala....
Lepas minum air kelap pandan ni....bila "pipis" eh,bau pandan la🤭🤣
Kemudian baru teringat....laaaaa,ruoanya seharian belum minum air kosong.Agaknya sebab tu bau air kelapa pandan .Sama macam kalau kita minum kopi tanpa minum air kosong...memang pipis berbau kopi kan....hihihi tak senonoh!

Saya makan 3 bungkus ketupat tu.Masih berbaki 12 bungkus.
Depa dua ketoi tu belum balik.Sampai ke maghrib,depa balik pakat kenyang dah makan kat luar.Tengah memikir nak diapakan 12pcs ketupat tu.


Rasa macam raya pulak..hihihi..



 Brrrrr ...Alhamdulillah..
Kekenyangan sampai ke malam penangan nasi impit rendang daging dan air kelapa ni.Mana tak kenyang...Dengan isi kelapa saya belasah sampai licin....hihihi

ANAK SOLEH PENYEJUK JIWA

 


الولد الصالح قرة عين والديه . كل والد يرجو أن يكون أولاده قرة أعين  له في الدنيا والآخرة، وذلك من شيم الصالحين، كما قال ربنا سبحانه وتعالى: {وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا } [الفرقان: 74] .


Anak yang soleh adalah penyejuk jiwa kedua ibu bapanya . 


Setiap bapa mengharapkan agar anak anaknya menjadi penyejuk jiwa untuknya di dunia dan di akhirat dan itu sememangnya menjadi sifat orang orang yang soleh sebagaimana dinyatakan oleh Allah di dalam firmannya :

"Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa".

Saturday, 30 October 2021

JAGUNG KELAPA

 

Jangung Kelapa.
Makanan nostalgia jugak ni.Dulu mak saya selalu juga buat ni.Tapi mak buat lagi sedap la.Jagung fresh,kelapa kukur sendiri.Makan pula berebut adik beradik sebab bendanya tak banyak.Memang lagi nikmat.

Bila terasa rindu makanan masa lalu...Buat jugak la.Ni saya hanya guna 1½ tongkol jagung.Asalnya rebus 2 tongkol jagung.Anak-anak tak minat jagung rebus.Saya pun hanya berjaya habiskan ½ tongkol jagung rebus.Makan sorang-sorang tak feel  sangat kan... 

Baki lagi 1½ tongkol jagung,saya hiris dari empulurnya.Dapat isinya dalam 1 cawan.Saya tambah ½ cawan kelapa parut putih,1 sudu gula dan secubit garam.Itu sahaja.Gaul rata dan siap.
Saya tak kukus pun kelapanya sebab saya lebih suka kelapa fresh berbanding dikukus..Kalau dapat kelapa muda yang isinya sudah keras boleh diparut kasar tu..lagi sedap sebab tak berhampas.
Jagung pun pada saya kalau guna jagung sejuk beku yang orang buat corn in cup tu kagi sedap sebab jagungnya  juicy.Tapi pilihlah jagung yang bijinya penuh tidak terpptong bahagian bawahnya baru sedap.

ni pic dari Google..
Jangan pilih yang macam ni.. ¼ bahagian bawah jagung sudah terpotong.Isi macam ni kurang sedap sebab jusnya sudah keluar.

ni pun pic Google..
Pilih jagung penuh macam ni.Bahagian bawahny tidak terpotong.Rasanya lebih juicy dan manis.Bila kunyah pun feel sebab meletus dalam mulut..



Buat 1½ tongkol pun saya sorang juga yang makan.Depa dua beradik tu langsung tak sentuh pun.Depa hanya suka popcorn....(sambil tonton movie)...hihihi



PULUT KUNING RENDANG DAGING

Sambung cerita pulut kuning semalam ..PULUT KUNING JUMAAT


Ni pulut kuning petang hari Jumaat...hihihi
Nasib baik pulutnya masih elok,rendangnya masih ok.Sampai rumah semalam terus sendukkan pulut dan rendang ni.Eh,teringat pula belum solat.Kerana nak makan dengan tenang,tahankan dulu nafsu nak makan.Lepas solat la baru lega nak makan.Eh,sebab dah tak kalut apa-apa,make up la sikit pulut sebelum makan.Kasi dia 🎼sekuntum mawar merah sebuah puisi🎵🎶...hihihi


Lepas masak pepagi buta tu tak sempat nak jamah pun sebab mengejar masa.Kena keluar awal sebab anak bujang nak tolong hantar & kemudian bawa kereta ke pusat service.
Alhamdulillah,sebelum pukul 7 pagi saya dah siao masak dan isikan dalam bekas.

Saya mulakan sejak malam untuk masak rendang dulu

Ni belum masuk santan
Nampak...bila kacau pun kuah tu nampak cair tak bersalut pada sudip.

Kemudian bila tambah santan,saya biar mendidih dalam 10 minit & padam api.Esok pagi sambung masak sebab nak tidur awal.Nanti awal pagi nak bangun masak pulut.Sambil kukus pulut boleh la panaskan rendang hingga kering

Ni pagi...Rendang dah kering berminyak dah.
Macam lipas kudung jugak la nak siapkan pepagi.Tapi saya lebih rela siapkan sengsorang daripada dibantu🤭sebab kalau dibantu saya rimas  Kalau sorang boleh buat ikut kepala saya .


Rendang Daging.Macam biasa kalau daging selalunya saya akan masak guna campuran Rempah Rendang Adabi.Saya suka aroma berempah Adabi dan warnanya akan sedikit gelap.Paduan gula nissey(Kelantan)atau nisang (Trengganu)atau Gula Kerek(Kedah) memang menerbitkan rasa yang sedap pada selera saya.
Saya gunakan 2 kg daging.Tapi resipinsaya c&p dari old post guna 1kg daging.

RENDANG DAGING ADABI

1 kg daging lembu -
1 paket rempah rendang Adabi
1 kotak santan
1 asam keping
1 sudu besar kerisik
1 daun kunyit
1 sudu garam
1 keping kecil gula nisan /gula Melaka
½ cawan minyak

Bahan  Blend:
20 cili kering
3 batang serai
1 ketul lengkuas - besar ibu jari
1 ketul kunyit - saiz ibu jari
1 bawang besar
5 bawang putih

1. Daging dipotong 4 dan rebus empuk, baru dihiris- hiris.( rebus dulu baru potong supaya lebih manis & berjus).Tetapi jika hendak dimasak terus dalam kuah,hiris dahulu,tetapi perlu masak lebih lama hingga empuk.
2. Panaskan minyak & tumis bahan blend + rempah rendang hingga naik minyak
( perlu tumis kerana guna santan kotak.Jika guna santan segar ,tidak perlu tumis,hanya terus masukkan bahan blend bersama daging hiris dan masak hingga pekat kerana santan akan mengeluarkan minyak bila dimasak lama.
3. Bila naik minyak masukkan daging rebus hiris dan air rebusan daging.
4. Tambah garam,gula melaka,asam keping dan masak hingga agak kering baru masukkan santan kotak.
5. Masukkan kerisik dan masak dengan api kecil sambil dikacau sesekali supaya tidak berkerak
6. Masak api perlahan supaya naik minyak cantik dan sesuaikan rasanya..
7. Tabur daun kunyit



Sebelum tidur...Rendam la pulut kan...hihihi

PULUT KUNING
1 kg pulut
1 sudu makan serbuk kunyit
1 asam keping

*** Basuh dan rendam pulut bersama serbuk kunyit dan asam keping.
Rendam semalaman @ sekurang2nya 4 jam

- Pastikan pulut tenggelam sekurang2nya  2 ruas jari kerana masa direndam pulut akan menyerap ait.
- Asam keping digunakan supaya mendapat warna kuning yang bersih.
Panaskan kukusan .
2. Toskan pulut dan kukus hingga pulut masak dan berkilat...anggaran 1/2 jam

Bahan Santan:
2 cawan santan pekat- guna santan fresh(kalau santan kotak saya pernah cuba -tak cantik,tak berkilat)
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula

** Campur semua bahan santan dan kacau hingga garam dan gula larut

2. Bila pulut sudah masak..tuangkan pulut dalam bekas yang besar.
3. Siramkan bancuhan santan tadi dan gaul rata..
- pulut akan nampak basah dan sedikit melekit.
- Setelah digaul sangan biarkan pulut rehat lebih   kurang 10 minit dan pulut akan hilang melekit dan jadi berkilat dan berminyak

** Untuk rasa yang lebih berlemak..boleh terus hidang..tetapi jika untuk tahan lebih lama..
pulut yg sudah digaul santan...dikukus lagi sekali hingga berwap lebih kurang 10 minit.
TETAPI pastikan tidak ditutup  supaya pulut kekal cantik.Jika ditutup semasa kukus kali kedua ni..pulut akan lembik dan benyek kerana wap yang terperangkap



Saya guna kukus old school ja..🤭
Takdak kukus elektrik...
Kukusan saya ni agak besar,boleh muat 3kg sekali kukus.Tapi dari pengalaman,baik kukus sekilo sekilo lagi cepat.Kalau terus masuk 2kg wap lambat naik & pulut lambat masak.Pernah sekali saya kukus sekali harung 2kg.Bahagian tengah tak masak.Terpaksa ulang kukus.Buang masa kan..pulut pun jadi patah-patah sebab asyik kacau nak kasi naik wap.Better kukus sekilo sekilo..in sha Allah elok


Pulut kuning yang baru dikukus.

Untuk agihan...saya bungkus rendangnya dalam plastik lauk.Biar sejuk dulu baru ikat.Kalau ikat panas-panas takut mudah basi.
Begitu juga dengan pulut.

Nak buat banyak memang tak daya.Untuk 2kg pulut &  2kg daging ni saya tak pasti kalau orang berniaga boleh dapat berapa pack.Saya hanya pack sebanyak satu dozen sahaja dengan portion yang agak banyak.Cukup untuk kongsi 2 orang (kalau tak kuat makan la🤭)


Saya guna tuppeware bulat tu untuk scoop pulut kuning dan 2 senduk rendang daging.
Asalnya nak letak daun salad dan buah tomato ceri.Tapi sebab mengejar  masa tak sempat nak basuh dan lap daun salad...
Maka isi saja pulut dan rendang togel...hihihi
Konon nak buat video pun tak terbuat.Huhuhu...






MULAKAN PERUBAHAN HIDUP DENGAM SOLAT

 

عندما تريد أن تغير حياتك ولا تعلم من أين تبدأ ، ابدا من الصلاة.


Ketikamana kamu mahu mengubah hidup kamu sedangkan kamu tidak tahu daripada mana hendak mula , mulakanlah dengan solat.

Friday, 29 October 2021

SALAM MAGHRIB

6.50


6.52


6.55


6.57

6.58......Salam Maghrib


PULUT KUNING JUMAAT

Awal pagi tadi bersilat di dapur masak Pulut Kuning Rendang Daging.


Papar gambar ja dulu...Nanti malam2 sikit cerita panjang.



Bawa ke tempat kerja.Jika  ada pahala barokahnya, diniat hadiahkan pahala itu kepada mak di hari Jumaat penghulu hari ini.Semoga mak dipanjangkan umur yang barokah.Amiinn...


 

ORANG BERSELAWAT DIAMPUNKAN DOSA

Orang Berselawat Diampunkan Dosa

=======

1. Pada hari jumaat ini perbanyakkanlah berselawat. Mereka yang banyak berselawat akan diampunkan dosa mereka. Perkara ini direkodkan dalam sebuah hadis Nabi yang menceritakan tentang kisah Saidina Ubai bin Ka’ab yang bertanya kepada Rasulullah tentang berapa banyak selawat yang seharusnya di ungkapkan ke atas Baginda Nabi. 


2. Saidina Ubai bertanya kepada Rasulullah:


يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلاَةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلاَتِي؟


“Wahai Rasulullah, aku ingin memperbanyak berselawat ke atasmu. Berapa banyak aku harus berselawat kepadamu dalam doaku? Lalu Rasulullah bersabda: Terserah kepadamu wahai Ubai. 


3. Ubai menyebutkan beberapa bilangan dan Rasulullah hanya menjawab: Terserah kepadamu. Sehinggalah di hujung dialog tersebut Ubai bertekad untuk menjadikan seluruh doanya mengandungi selawat kepada Baginda Nabi. Lalu Rasulullah bersabda:


إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ، وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ


“Jika demikian, Allah akan mencukupkan segala keperluanmu dan mengampunkan dosamu.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan)


4. Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah. Allah dan para malaikat turut mengucapkan selawat ke atas Nabi. Selawat bukan sahaja menjadikan kita lebih dekat dengan Rasulullah, bahkan dosa kita berupaya di ampunkan.


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Thursday, 28 October 2021

BAWA BEKAL MEE.....MAKANNYA NASI LEMAK

Sambung cerita pagi tadi.Tengah goreng mee,Shifa call tanya nak nasi lemak tak,dia tengah beli nasi lemak Paksu.Terus terliur nasi lemak walau dah gorwng mee.


Shifa belikan saya nasi lemak sambal paru.Ya Allah rasa sedapnya dah lama tak makan nasi lemak sambal paru.
Saya bancuh 2 cawan kopi O panas.

Terima kasih Shifa,belanja nasi lemak paru.

Sambung pula sebungkus Pulut Inti.Pun Shifa kata dia beli @ lori Paksu.Dah kenyang,macam malas ja nak sambung kerja🤭


Mee bekal ni ...dibawa ke lunch la pulak...


Baru pukul 10.15 pagi.Tapi kenapa jam dinding tu pukul 12.30.Nampak jam dinding tu macam bergerak lagi tapi kenapa tak sama waktu.Terus panjant kerusi.Turunkan jam tu...


Ya Allah.....
Baterinya dah bergaram..hihihi
Kalau dulu2 zaman bateri kereta yang jenis kena selalu isi air bateri tu macam ni la...
Kalau lama tak cuci memang naik bunga garam kan...
Nasib baik sekarang dah ada bateri kering tak payah isi air...
Ini bateri jam kotttt...
Pun bergaram,lama sangat terbiar dalam PKP hari tu..hihihi.
Dah berminggu tak perasan sebab nampak jam tu bergerak saja.Tapi tak perasan pula masa tak sama sebab selalu tengok jam tangan atau jam kat handphone...hihihi


Tengahari lunch  dengan Shifa..Bukan lunch sangat  pun...sebab makan dah menginjak petang tadi sebelum balik...hihihi...makan bekal mee tak berkicap tu.Ada kicap kat pantry...tambah la sendiri sebab tadi kat rumah kicap tak ada opener nak buka penutupnya..hihihi...
Balik tadi terus beli barang nak masak pulut kuning.Sebut pulut kuning teringat janji dengan kak Mim nak tunjukkan video masak pulut kuning,sampa sekarang saya belum lunaskan janji tu🙈.Plan nak masak pulut kuning esok...Kalau rajin laaaaaa...
Hihihi..

GORENG MEE TELUR RENCAH SATE AYAM.. TANPA KICAP

 Tak tau nak masak apa untuk sarapan dan bekal.


Selongkar pantry,jumpa mee telur.Selongkar peti ais,ada 25 cucuk sate ayam yang anak bujang tu beli beberapa hari lepas.Saya tak makan sate tu sebab masa tu tengah sakit kepala.
Alhmadulillah depa dua beradik tu tak habiskan sate tu.Dapat saya jadikan rencah mee ni.Saya ambil 10 cucuk sate ayam tu buat rencah.Baki saya tinggalkan,kot depa tercari sate kang depa ingat saya makan sorang pula 25 cucuk sate tu🤣



Tengah menggoreng mee,
Nak renjis kicap,sekali tak jumpa pula opener.Selalu saya guna gunting yang serba guna tu.Gunting yang ada function nut creaker dan opener tu.Ni dah puas mencari,sampai mee dah mula berkerak kat kuali.Akhirnya tutup api gitu saja tanpa renjis kicap.Tak tau la apa rasa mee ni sebab belum makan.Gambar pun rakam live dari kuali jak🤭Tak senonoh kan..!


Ni la kicap yang sudah lama saya merajuk tak beli sebab mahal🤣

Saya beralih kepada kicap pak Jalen.Tapi sesekali rindu bertandang terhadap kicap kaki ampu ni(kipas🤭)

Beli juga botol kecik kecik ni RM5.Kedekut duit nak beli botol besar RM9.50.

Dulu duit not merah sepuluh ringgit boleh beli 3-5 biji durian .Dulu laaa.Tapi tak la dulu sangat.Dalam 5 tahun dulu.Sekarang sepuluh ringgit hanya dapat beli sebotol kicap.Baki 50 sen.Tu pun cashier tolak lagi 20 sen untuk plastik sebab tak bawa beg🤭.Takkan ampa nak bawa botol kicap gitu jer kan.Baki 30 sen tak lepas nak bayar parking untuk ½ jam.Silap haribulan,tengok-tengok DBKL tengah tulis saman sebab tak masuk syiling dalam meter parking..Huwaaaaa...

Saya kalau diberi jari untuk menaip,mula la melalot meraban..😁😁😁
Ok,nak gerak ke tempat kerja dah..
Sempat lagi menaip dulu.🤭
Shifa dah call tu,tanya datang tempat kerja ke tak..Dia nak beli nasi lemak...🥰
Laaaaaaaa...kalau tau tadi saya tak masak dah🤭

Takpa lah saya c&p juga la resipi dari old post...
Bye...jumpa lagi..


MEE TELUR GORENG

2 paket mee telur 

5 batang sosej- hiris

(saya ganti 10 cucuk sate ayam)

1 pokok daun bawang

2 sudu cili blend + bawang blend

2 bawang putih

1 kiub bilis

4 sudu minyak

kicap lemak manis.

(saya tak bubuh sebab tak boleh buka botol kicap🤣)


1. Jerang air dalam periuk untuk celur mee.


2. Sesambil tu panaskan minyak dalam kuali & tumis bawang putih cincang.


3. Masukkan sosej hiris/ sate ayam & goreng hingga harum.


4. Tambah cili + bawang blend & masak hingga naik minyak.Tambah kiub bilis.Garam hanya masuk jika perlu.


5. Celur mee dalam air mendidih lebih kurang 2 minit & bila nampak sudah lerai,terus cedok & masukkan dalam tumisan.


6. Gaul rata sambil renjis kicap supaya merata.


7. Masukkan daun bawang hiris & sesuaikan rasa.



ORANG MENINGGAL BERHAJATKAN DOA DARIPADA KITA

 


اللهم اجعل قبره روضة من رياض الجنة ولا تجعل قبره حفرة من حفر النار .

 اعلم يا أخي أن الميت في حاجة إلى الدعاء والصدقة وسؤال الله سبحانه أن يغفر له وأن يتغمده بالرحمة، وأن يعفو عنه، وأن يرفع درجاته في الجنة .


"Ya Allah, jadikanlah kubur si mati ini sebagai taman-taman syurga dan janganlah Engkau jadikan kuburnya itu sebagai kawah-kawah neraka".


Ketahuilah wahai saudaraku bahawa orang yang telah meninggal dunia sangat berhajat kepada doa dan sedekah daripada kita , memohon kepada Allah agar Allah mengampuni dosa dosanya serta menaungi rahmat ke atasnya , memberikan kemaafan serta mengangkat darjat kedudukannya di dalam syurga .

Wednesday, 27 October 2021

ULAR MASUK RUMAH MAK- SIMPAN BAYGON SPRAY UNTUK KECEMASAN

 Semalam Achik upload gambar ni kat whatsApp group family.


Bila nampak bomba,dah boleh agak kes ular masuk rumah lagi la ni..
Tahun 2019 dah pernah dah sekali ular sawa burung masuk rumah siap tidur dengan nyenyak balik sliding door.Pun bomba datang tangkap.Cari entri tu tak jumpa pula.

Hari Jumaat,mak call bagtau anak sulungnya (maksudnya abang saya la🤭) balik bersama Kak Long.Lepas makan Kak Long menjerit terkejut terserempak ular tedung  kat belakang rumah.
Dah call bomba,bomaba datang cari tak jumpa pula sebab ular tu dah menyusup entah kemana.
Bomba pesan suruh beli Baygon Spray simpan untuk kecemasan semburkan kepada ular atau tempat yang dikhiatiri ada ular.Mak kata abang belikan Bygon Spray untuk mak simpan.Katanya Baygon sangat berkesan untuk menghalau dan melemahkan ular.
(wallahua'lam)


Ni pic dari group penduduk bagitau ular masuk dalam kawasan rumah mak hari Jumaat tu dah keluar ke arah bendang.


Ni mak cakap mak pula terserempak ular dekat pintu dapur.Mak kata mak & ular sama-sama terkejut.Ular menyusur masuk pintu dapur & swmbunyi bawah mesin basuh.Mak call Achik & Achik call bomba.Bila bomba sampai cari bawah mwsin basuh tak ada pula ular tu.Bila mesin basuh diterbalikkan pun tak nampak ular tu.Kata mak nasib baik masa bomba tanya kalau-kalau ada  Bygon Spray,memang abang dah belikan hari Jumaat tu.Bila bomba spray dicelah-celah mesin basuh tu,nampaklah ular tu memcari jalan keluar.

Rupanya ular tu dah menyusup ke dalam mesin basuh.Taktau macamana dia boleh meloloskan diri.Lama juga la anggota bomba ambil masa nak keluarkan ular tu.Mak kata bomba bagitau itu ular tedung(king cobra) tapi saiz kecik sikit dari yang nampak hari Jumaat.

Alhamdulillah,tiada kecelakaan.Terima kasih anggota bomba terlibat.
Kata mak lepas ni memang kena pastikan bekalan Baygon Spray sentiasa ada.Mak cakap masa hari Jumaat tu pun bomba dah semburkan di lubang-lubang kat tepi tembok belakang dapur.

Mungkin sebab sekarang musim hujan dan banjir menyebabkan ular-ular tedung  yang antara  habitatnya di sawah padi dan  bersarang dibatas-batas bendang tu mencari perlindungan kerana air naik.Rumah pula memang ditengah bendang memang menjadi laluannya la.Semoga Allah lindungi mak dan ular-ular itu juga tidak mengganggu mak.Memang kita berkongsi dunia yang sama dengan pelbagai makhluk,namun harapnya kita saling menghormati privacy masing-masing.

TANYA ANAK TENTANG SOLAT

 


Tanya Anak Tentang Solat

===========

1. Salah satu perkara yang boleh diamalkan dalam hidup berkeluarga adalah membiasakan diri bertanya kepada anak tentang solat. Pernah suatu ketika, Rasulullah ﷺ hadir ke rumah Saidatina Maimunah dan Baginda dapati seorang budak (Abdullah bin Abbas) ada di rumah tersebut. Lalu soalan pertama yang ditanya oleh Baginda Nabi adalah:


أصلَّى الغلامُ قالوا نعَم


“Adakah anak kecil itu sudah solat? Lalu mereka menjawab: Ya, dia sudah solat.”  (HR Abu Daud)


2. Begitulah soalan yang ditekankan oleh Nabi dalam kehidupan keluarga terutama anak kecil. Anak-anak ini seharusnya sentiasa diingatkan tentang solat. Sehingga kita tiada nanti, terpahat dalam ingatan mereka bahawa ayah atau ibunya sentiasa mengingatkan dirinya tentang solat.


3. Baginda Nabi bukan sahaja mengingatkan anak kecil tentang solat, bahkan, anak yang telah dewasa (dan yang telah berkahwin) juga diingatkan tentang solat. Ini selari dengan firman Allah yang menyebutkan:


وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا


“Dan perintahkanlah (wahai Muhammad) ahli keluargamu supaya menunaikan solat, dan hendaklah kamu bersabar atasnya (atas urusan ini). Surah Taha: 132.


4. Menurut al-Imam al-Qurtubi, setelah turunnya ayat ini, Rasulullah ﷺ akan singgah pada setiap pagi di rumah anaknya Saidatina Fatimah dan Saidina Ali, menyeru mereka supaya menunaikan solat. 


5. Lihatlah bagaimana sekalipun anak tersebut telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai suami, Rasulullah masih mengingatkan anaknya supaya menunaikan solat. (al-Qurtubi, al-Jami Li Ahkam al-Quran, al-Qahirah, 1964, 11/263).


6. Oleh yang demikian, jangan jemu bertanyakan anak tentang solat. Jadikan soalan ini satu rutin sekalipun setelah anak tersebut berumah tangga, agar mereka tahu, bahawa solat adalah perkara yang paling utama dalam kehidupan mereka.


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Tuesday, 26 October 2021

MAKAN LIMAU BALI CICAH KUAH ROJAK

 

Limau Bali Cicah Kuah Rojak.Telioq dak?

😁😁


Ceritanya semalam.Balik dari tempat kerja,saya menyinggah Hero nak beli whole kelapa muda.Dah 2 hari sakit kepala.Semalam dok buat kerja sambil dok menaip sambil ayaq mata menitis.Bukan sedih tapi sangat sakit kepala.Dah makan Paracetamol.Dah makan Synflex pun kepala ni dah imune dengan ubat-ubatan tu.Kena back to nature...minum air kelapa.
Petua minum air kelapa mudah dan doanya ada saya kongsikan


Kalau dah mak-mak.Bukan kelapa saja dibeli.Dengan pisang & limau bali sekali.Sebab semua benda ni dok sebelah menyebelah.hihihihi...

Limau ni sepatutnya ada plastik balut dia warna merah.Saya dah buang.Sebiji ni RM 9.99,yang sebenarnya RM10🤭

Gigih la kopek limau bali. we Teliur sebab hari tu nampak Achik post kat status..ada kawan dia bagi rojak buah.Ada macam-macam buah termasuk limau bali ni.Terliur pula saya walaupun saya bukan peminat rojak buah.
Dulu kat rumah mak @ kampung ada 3 pokok limau bali ni .1 dah mati,tinggal 2.Satu tu memang rendang,mak ikatkan buai papan jadi tempat berehat.Akhirnya arwah juga pokok tu.Tinggal sepokok lagi dicoreng atap pisang sikat depan rumah.Buahnya manis.Isinya merah macam ni la.Pokoknya berjiran dengan pokok jering.Mak ikat hammoc kat situ jadi tempat berehat.Tapi sebab mak pun dah tak peduli pokok tu,habis ditumbuhi pokok duit-duit.Tahun lepas balik kampung tengok pokoknya dah mati juga.Innalillah...

Bila makan buah limau bali ni juga teringan masa pergi Vietnam beberapa tahun lepas.Ramai wanita Vietnam menjual buah limau bali ni dengan cara mengandar macam orang jual nasi kandar dulu-dulu tu.Saya terliur nak beli sebab nampak kemas jualannya.Buah limau bali ni dikupas depan kita.Dibuang kulit dalamnya dan isinya yang merah ni disusun kemas dalam bekas polisterin dan diwrap dengan plastik.

Penjual tu mempelawa jualannya.Tapi dalam bahasa Vietnam,manalah faham kan.Agaknya la dia mempelawa untuk beli...hihihihi...Walaupun tiada yang membeli,dia tetap sabar.Dibuka jualannnya depan kami,sambil mengupS buah limau bali ni & susun kemas-kemas.Saya tertarik untuk membeli.Masa saya nak beli,ada yang cakap takut tak halal..Hihihi...Dah dia kopek depan kita,nampak kemas serta tiada unsur kebabian dan keanjingan. Saya yang jahil ini  tak nampak dimana keraguannya,maka saya beli nak makan dalam bas.Tapi pencicah dia saya tak mau la...Hihihihi.
Lepas saya beli,berderet la pulak ikut beli...hihihi.Rezeki wanita penjual tu berkat kesabarannya dan tidak berputus asa...

Buah limau bali yang saya beli  ni tak tau la buah tempatan atau buah import.


Saya jadi excited nak kopek sebab dah lama tak kopek limau bali...
Kalau beli durian pun sama...Saya suka nak cekah durian sebab feel dia...Begitu juga kalau dapat kupas kelapa....

Buang kulit dia baru nampak sexy


Ada orang buat kerabu.Gaul dengan cili,bawang,udang kering,limau nipis dan garam..

Saya cicah kuah rojak saja.Sebenarnya saya lagi suka kalau dapat cicih pencicah a.k.a garam belacan tanpa kicap ni.Tapi malas nak blend sendiri🤭